Wednesday, March 30, 2011

Karangan Darjah 5 - (3) Peristiwa Sakit di Rumah 21.02.11 (Karangan Terbaik)

_____”Ah, panas terik sungguh hari ini,” aku berbisik sendirian.

_____Aku baru sahaja pulang dari sekolah dengan adikku, Herman. Peluh menitis keluar dari dahiku dan adikku. Setelah sampai di rumah, aku ternampak ibuku, Puan Rima, memicit pelipis kepalanya. Ibuku tinggal di rumah seorangan kerana ayahku, Encik Shah, bekerja di kilang sementara kami pula pergi ke sekolah. Aku memegang bahu ibuku. Ibuku terkejut lalu memandang aku. Kemudian, aku menyuruh ibuku berhenti mengemas rumah untuk beristirehat. Selepas itu, aku memapah ibuku masuk ke dalam biliknya.

_____Aku membaringkan ibuku di atas katil sebelum menyentuh dahi ibuku. Panas sungguh dahinya. Aku mengambil air suam lalu meletakkan cawan itu di meja yang berada di sebelah katil ibuku. Setelah itu, aku melangkah keluar dari bilik ibuku.

_____Aku menghidangkan makanan di atas meja makan lalu menjamu selera bersama adikku. Lazat sungguh makanan itu. Aku dan adikku makan dengan gelojoh sekali kerana kami terlalu lapar dan juga kerana makanan itu enak-enak belaka.

_____Selepas makan, aku mencuci pnggan sehingga bersih untuk menghilangkan sisa-sisa makanan. Adikku pula sedang menyalin pakaiannya. Aku ada akal untuk belajar setelah makan tengah hari. Peperiksaanku akan menjelang beberapa minggu lagi.

_____Setelah itu, aku pun menyalin pakaian lalu belajar. Walaupun aku penat, aku memerah otak untuk menyelesaikan soalan-soalan yang susah itu. Aku mengajar Herman membuat kerja sekolahnya. Aku berasa gementar apabila teringat tentang peperiksaanku yang akan menjelang.

_____Setelah itu, aku dan Herman memasuki bilik ibu bapaku dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat muka ibuku pucat lesu. Kemudian, ibuku muntah. Aku segera menelfon ambulans yang tiba dalam beberapa minit sahaja. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa ibuku hamil. Akhirnya, kami mendapat seorang lagi anggota keluarga. Ibuku bercadang untuk menamakan adikku, Puteri Emas.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:

Nurul’ain Bte Nazrin

Diligence 5-1

Markah:

Isi – 16

Bahasa – 16

Ulasan guru:

Awasi gelaran orang pertama, kedua dan ketiga. Permulaan ayat setiap perenggan tidak bervariasi.

1 comment: