Thursday, November 22, 2012

Bidai 2 - Syabas!

Salam Keluarga Bidai 2,

Awak telah mengharumkan nama Bidai 2 kerana telah memahat rekod baru dalam pencapaian Bahasa Melayu sebagai sebuah kelas ... Rekod lama ialah 13 A*. Tahun ini, awak mencapai 16 A*! Saya berasa amat terharu dan bertuah menjadi guru awak ...

H ... E ... B ... A ... T ... HEBAT!

Keputusan keseluruhan Bidai 2 ialah 16 A* dan 20 A manakala BML pula 1 Cemerlang dan 9 Merit ... Tahniah kepada mereka yang berjaya mencapai sasaran ... Bagi mereka yang mencapai sasaran, saya akan mengepos cek ke rumah awak ... Harap beri saya alamat rumah terkini masing-masing melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau WhatsApp ke 90234134 menggunakan format berikut:

'Salam, Abg Z. Saya (nama penuh). Alamat rumah saya ialah (alamat penuh rumah). Tk.'

Oleh itu, seperti yang telah kita persetujui, Bidai 2 berhak berbaling (bowling) di SAFRA, Yishun ... Tarikh dan masa akan ditetapkan ... Maka, teruskan membaca pesanan dalam ruang ini ... 


Salam,
Abg Z

Wednesday, November 21, 2012

Bidai 2 - A* & Cemerlang

Salam Keluarga Bidai 2 (2012),

Sekiranya kamu berjaya meraih A* (Bahasa Melayu) atau Cemerlang (Bahasa Melayu Lanjutan), kamu berhak menerima galakan sebanyak $20 ...

Namun, ganjaran itu akan berbentuk cek yang akan diposkan ke rumah masing-masing ... Oleh itu, pastikan alamat rumah kamu betul ...

Semoga berjaya!


Salam,
Abg Z

Bidai 2 - DVD Perpisahan 2012

Salam Keluarga Bidai 2 (2012),

Harap dapatkan sekeping DVD daripada Qhairul Dzikri esok, 22.11.12, sebelum pengumuman keputusan PSLE, dalam pukul 11 pagi di dewan ...

Semoga sasaran yang telah kita mempersetujui tercapai ...

Selamat maju jaya!


Salam,
Abg Z