Wednesday, October 25, 2017


_____Pada hari Jumaat lalu, di kolong sebuah blok, ada seekor kucing sedang mengiau-ngiau kerana ia sedang mencari makanan. Ia kelaparan kerana tidak ada makanan.

_____Kemudian, ada tiga orang kanak-kanak lelaki berjalan di kolong blok itu. Anak kucing itu melarikan dirinya kerana ia dikejar oleh tiga kanak-kanak itu. Anak kucing itu berasa takut.

_____Selepas itu, tiga kanak-kanak itu mengikat ekor kucing itu dengan getah kerana mereka fikir bahawa perbuatan itu menyeronokkan. Anak kucing itu berasa sakit.

_____Akhirnya, seorang wanita ternampak mereka sedang mengikat ekor kucing itu. Wanita itu menghubungi SPCA kerana kucing itu kesakitan. Kucing itu dihantarkan ke SPCA supaya ia boleh dirawat.

(Isi karangan telah dibaiki.)


Dikarang oleh:
Farah Amirah Binte Md Sunasri
3 Opal

Isi: 8/8
Bahasa: 7/7