Sunday, April 16, 2023

D5BM 2023 - Latihan Membaca 1 (Penggal 2)

     Sheda berasa resah dan cuba untuk melelapkan matanya tetapi gagal. Masalah yang dihadapinya itu sangat rumit. 

     “Esok, Cikgu hendak bertemu dengan ibu bapa kamu,” kata Cikgu Aikim.

     “Maafkan saya, Cikgu. Saya berjanji tidak akan ulangi kesalahan itu,” janji Sheda.

     “Cikgu harus bertemu dengan mereka agar perkara ini dapat dijelaskan dengan baik,” jelas Cikgu Aikim.

     Sheda tidak boleh bayangkan perasaan ibu bapanya jika mendapat tahu bahawa dia terlibat dengan kesalahan itu. Sheda mengeluh kesal. 

     Ketika bertemu dengan Cikgu Aikim, ibu bapa Sheda kelihatan tenang. Cikgu Aikim menerangkan apa yang telah berlaku. 

     Sheda menemani temannya ke kedai untuk membeli air minuman. Sheda telah membayar air minumannya tetapi temannya itu telah mencuri air minuman kerana tidak cukup wang. Mereka berdua ditangkap lalu dibawa ke sekolah.