Wednesday, May 26, 2021

Tiga Murid Berbilang Kaum Lakon Drama Melayu (e-Berita Harian)

 


PELAKON CILIK: Tiga kanak-kanak yang menjayakan drama Melayu 'Long Qiam Pass', (dari kiri) Mrittika Rajanthran, Justin Ling Yiwei dan Muhammad Mikail Soffian. Drama itu berkenaan tiga murid sekolah berbeza bangsa yang menghadapi masalah sama mengenai kawan, keluarga dan sekolah. - Foto THE MOVING VISUALS CO


NURMAYA ALIAS
Aug 11, 2017 | 05:30 AM


MENGHAFAL dialog drama dalam Melayu satu cabaran buat pelakon cilik Mrittika Rajanthran, 10 tahun, dan Justin Ling Yiwei, sembilan tahun, memandangkan bahasa Melayu bukan bahasa ibunda mereka.

Namun, mereka menyahut cabaran drama Long Qiam Pass itu - yang memaparkan watak tiga pelajar kanak-kanak berbilang bangsa - dengan penuh kesungguhan.

Dalam drama tersebut, Mrittika membawa watak Maya, seorang pelajar India bijak yang selalu mahukan kecemerlangan dalam apa jua yang dilakukannya, dalam pelajaran mahupun kegiatan luar.

Justin pula melakonkan watak Dash, yang berasal daripada keluarga Cina miskin.

Seorang lagi pelakon cilik, Muhammad Mikail Soffian, sembilan tahun, tampil sebagai Jaffri, anak tunggal dalam keluarga Melayu yang ibu bapanya selalu sibuk dengan pekerjaan.

Drama lapan episod itu memaparkan kisah tiga rakan baik ini, yang menuju ke kedai runcit milik Mama Long, seorang yang bijak dan berpengalaman, setiap kali mereka menghadapi masalah berkenaan kawan, keluarga atau sekolah.

Menggunakan kisah-kisah dari tahun 1950-an sebagai pengajaran, Mama Long berusaha mendengar dan mengatasi masalah Jaffri, Dash dan Maya.

Menariknya ialah penonton akan melihat menerusi cerita Mama Long bahawa masalah yang dihadapi kanak-kanak itu serupa masalah yang dihadapi kanak-kanak pada 1950-an.

Watak Mama Long dilakonkan oleh Tan Kar Sim, yang lebih dikenali sebagai Uncle Sim, yang pernah muncul dalam beberapa iklan Visa payWave.

Long Qiam Pass drama bahasa Melayu pertama terbitan syarikat penerbitan The Moving Visuals Co.

Penerbit drama itu, Muhammad Mahfuz, berkata: "Kami mahukan drama yang relevan untuk kanak-kanak masa kini dan mampu membuat mereka tergelak dan berfikir.

"Namun, pada masa sama, kami juga ingin membuka mata mereka pada cara kehidupan kanak-kanak pada 1950-an dan mengajar mereka tentang apa yang menarik pada waktu itu seperti permainan pada era itu dan juga tokoh terkenal seperti P. Ramlee."

Berkongsi pengalaman menghafal dialog bahasa Melayu drama Long Qiam Pass, Mrittika dan Justin berkata ibu bapa mereka banyak membantu.

Mrittika, yang biasanya menghafal dialog di set penggambaran, berkata: "Bapa saya akan memberitahu saya maksud dialog itu supaya lebih mudah bagi saya memahami dan menghafalnya."

Katanya lagi, pada awalnya dia gementar berada di depan kamera kerana ia kali pertama dia berlakon dalam drama.

"Tetapi, lama-kelamaan, ia menyeronokkan. Mikail dan Justin juga selalu beri saya galakan untuk menghafal dialog dalam bahasa Melayu," kata Mrittika, murid Sekolah Rendah Coral.

Anak bongsu tiga beradik itu juga antara pelajar di sekolahnya yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga sejak dua bulan lalu.

Bagi Justin pula, dia menghafal dialog drama itu di rumah dengan bantuan ibunya.

"Menerusi drama ini, saya belajar bercakap dalam bahasa Melayu. Saya dapati agak susah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu kerana bunyinya berbeza walaupun ejaan perkataannya sama seperti bahasa Inggeris," kata anak sulung dua beradik itu yang menuntut di Sekolah Rendah Lianhua.

"Pada akhir episod, penonton akan tahu siapa Mama Long sebenarnya," tambahnya.

Mikail, murid Sekolah Rendah Chua Chu Kang, pula berkata bahawa dia suka drama itu yang memaparkan kanak-kanak berbilang bangsa.

Dialog yang paling disukainya ialah 'macam mak nenek' yang sering kali ditujukan kepada watak Maya dalam drama itu.

"Tapi, saya dapati agak mencabar jika kawan-kawan saya tak ingat dialog dan kami perlu berlakon semula," kata anak bongsu dua beradik ini.

Sebelum ini, Mikail pernah berlakon dalam telemovie Nur Ainun, beberapa iklan dan filem pendek animasi buat projek tahun akhir mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Justeru, apakah yang boleh dipelajari penonton kanak-kanak menerusi drama ini?

"Kita mesti bekerja keras jika mahukan sesuatu," ujar Mikail.

Drama 'Long Qiam Pass' ditayangkan setiap Jumaat pada 8.30 malam di saluran Suria.

https://www.beritaharian.sg/gah/tiga-murid-berbilang-kaum-lakon-drama-melayu

meWATCH: https://www.mewatch.sg/watch/Long-Qiam-Pass-E1-Magic-155394

Monday, May 10, 2021

D5BML 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (10.05.21)

Arahan: Selesaikan tugasan terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan. Gunakan pena berdakwat hijau untuk membuat pembetulan.

1. (6) - BML - sikap Cikgu Salimah yang sentiasa tenang
2. (1) - D3/D4 - tidak tahu apa yang hendak dilakukan
3. (7) - BML - memang sesuai benar
4. (8) - D5/D6 - berdamai dan melupakan
5. (5) - D5/D6bukan sahaja tidak berjaya memasang tayar, keadaan basikal itu kelihatan lebih teruk

6. menyukai (imbuhan-->imbuhan)
7. isi (perkataan-->perkataan)
8. dengan (perkataan-->perkataan)
9. dijadikan (imbuhan-->imbuhan)
10. untuk (perkataan-->perkataan)

Tuesday, May 4, 2021

D5 2021 - Karangan 4B (05.05.21)

(1200h)
Pada hari ini, kamu akan mempelajari cara memilih, memadankan dan menyelit peribahasa dan makna dalam proses Karangan 4. Kamu perlu merujuk senarai peribahasa darjah 5 dan 6, #1 hingga #15 sahaja.

Kita akan mula dengan Permainan Kahoot!

Apakah fungsi peribahasa dan makna dalam penulisan karangan? (Maisarah)




(1210h)
Matlamat Pembelajaran:
Kamu dapat,
1. mengenal pasti enam (6) peribahasa dan makna sesuai yang boleh digunakan dalam sesebuah karangan berdasarkan gambar.
2. memadankan satu (1) peribahasa dan makna yang sesuai dalam setiap perenggan.
3. menyelit peribahasa dan makna dalam setiap perenggan tanpa menjejas logik dan susunan cerita.

Ukuran Kejayaan:
Kamu dapat,
1. memilih satu (1) peribahasa dan makna sesuai yang boleh digunakan dalam perenggan (6).
2. menyelitkan satu (1) peribahasa dan makna sesuai dengan betul dalam perenggan enam (6).
3. menaip semula perenggan enam (6) dengan menyelitkan satu (1) peribahasa dan makna sesuai dengan betul.




(1215h)
Perbincangan
1. Paparan Menti tentang kosa kata dalam rencana akhbar.
2. Apakah makna 'bersenjata'? (Iman)
3. Apakah makna 'disyaki'? (Sharifah)
4. Apakah makna 'diberkas'? (Atia)



5. Paparan Padlet tentang peribahasa berkaitan rencana akhbar.
6. Mengapakah kamu pilih 'berani mati'? (Aqyff)
7. Mengapakah kamu pilih 'berani mati'? (Syakir)
8. Mengapakah kamu pilih 'langkah seribu'? (Iffah)



9. Paparan Padlet tentang kosa kata dalam karangan berdasarkan gambar.
10. Apakah makna 'saksi'? (Kaisah)
11. Apakah makna 'curiga'? (Dzukhyra)
12. Apakah makna 'musnah'? (Ariqah)






(1225h)
Arahan (Kegiatan 1 - Berkumpulan):
1. Dalam kumpulan, kenal pasti satu (1) peribahasa dan makna sesuai yang boleh digunakan dalam setiap perenggan. [Pembelajaran Kooperatif]
2. Kemudian, catatkan peribahasa dan makna sesuai dalam Padlet: https://padlet.com/cikguhizam/5budiman2021a
3. Berikan komen dalam tingkap kumpulan-kumpulan lain. [Pembelajaran Kolaboratif]

Jelaskan sebab kumpulan kamu memilih peribahasa X dalam perenggan Y? (Zafeerah)

Bagaimanakah kamu kenal pasti jika pilihan peribahasa kawan kurang sesuai? (Ramadhan)




(1240h)
Pembelajaran:
1. Dengar penjelasan guru dengan teliti cara untuk menyelitkan satu (1) peribahasa dan makna dalam perenggan.
2. Kamu akan buat perkara yang sama dalam kegiatan berkumpulan.

Apakah cara baik untuk menyelitkan peribahasa dan makna dalam perenggan? (Sofea)




(1245h)
Arahan (Kegiatan 2 - Berkumpulan):
1. Dalam kumpulan, taip semula perenggan berikut dalam Padlet dengan  menyelitkan peribahasa dan makna yang sesuai selepas isi [M]. [Pembelajaran Kooperatif]
3. Berikan komen dalam tingkap kumpulan-kumpulan lain. [Pembelajaran Kolaboratif]




(1300h)
Arahan (Kegiatan 3 - Individu):
1. Kamu perlu menaip semula perenggan enam (6), dalam Padlet: https://padlet.com/cikguhizam/5budiman2021b, sambil menyelitkan satu (1) peribahasa dan makna sesuai dengan betul. 
2. Jika selesai, merah jambukan tingkap kamu.
3. Berikan komen dalam tingkap teman-teman lain.
4. Jika tidak sempat selesai, pulang ke rumah lalu selesaikan sebelum 1700h.




(1315h)
Adakah peribahasa lain yang boleh digunakan dalam perenggan enam (6)? Mengapa? (Asyiqin)

Apakah akan kamu lakukan jika peribahasa #1 hingga #15 (darjah 5 dan 6) tidak sesuai bagi sesuatu karangan? (Nazhif)


Arahan Penutup
1. Isikan Borang Google di rumah: 
https://forms.gle/GH6JvpCwsVkkessS6
2. Pulangkan peranti bijak bergilir-gilir.
3. 'Wipe Down' dan berkemas untuk bersurai.

D5 2021 - Pra-Pembelajaran 2 (04.05.21)

Pra-Pembelajaran 2 (15 minit)

Arahan:

1. Sila lihat gambar bersiri berikut.




2. Berdasarkan gambar yang kamu lihat, taipkan perkataan-perkataan yang ada kaitan, dalam Padlet:
https://padlet.com/cikguhizam/5budiman2021karangan4b. Taipkan satu (1) perkataan bagi setiap gambar.

3. Merah jambukan tingkap kamu jika selesai.

4
. Berikan komen dalam tingkap teman-teman daripada kumpulan yang lain.

D5 2021 - Pra-Pembelajaran 1 (04.05.21)

Pra-Pembelajaran 1 (15 minit)

Arahan:

1. Sila klik pautan berikut untuk membaca rencana berita:

2. Selepas membaca, buka tapak web, www.menti.com (20409378), untuk menaipkan tiga (3) perkataan baharu atau tidak difahami.

3. Gunakan kamus atau e-kamus (www.dbp.gov.my) untuk menjejak makna tiga (3) perkataan itu. Gunakan BM-BI jika perlu. Jika kamu selesai, jejak makna perkataan-perkataan lain.

4. Fikirkan satu (1) peribahasa Darjah 5/6, antara #1 dan #15, yang sesuai dengan konteks rencana berita tadi. Kamu boleh merujuk senarai peribahasa.

5. Taipkan satu (1) peribahasa pilihan kamu dan makna peribahasa itu dalam Padlet:
https://padlet.com/cikguhizam/5budiman2021. Merah jambukan tingkap kamu jika selesai.

6. Berikan komen kepada pilihan peribahasa teman-teman daripada kumpulan yang lain.

7. (Tambahan) Guna enjin carian 'Google Search' untuk mencari maklumat tentang hukuman bagi jenayah merompak di Singapura.