Tuesday, May 19, 2020

D6 2020 - Persiapan Lisan PSLE (Latihan Bacaan)


Arahan:


1. Rujuk 'Bacaan Lantang - Latihan 2'






Teks Bacaan:

     Nurul besar hati kerana menerima anugerah Pelajar Cemerlang pada Hari Penyampaian Hadiah, pagi tadi. Rakan-rakannya memberikan tepukan gemuruh sambil mengucapkan tahniah kepada Nurul.

     “Bagaimanakah perasaan Nurul dan apakah rahsia kejayaan kamu?” tanya Sufia, wartawan majalah sekolah.

     “Saya bersyukur mendapat anugerah ini. Saya menganggap belajar merupakan tugas utama selain daripada melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Saya mengamalkan hubungan yang baik dengan teman-teman. Sebagai seorang pengawas, saya sering menasihati teman-teman supaya patuh akan peraturan-peraturan sekolah. Saya sering meluangkan masa belajar bersama-sama teman-teman di perpustakaan selepas waktu sekolah,” jelas Nurul.

     “Terima kasih kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan awak,” kata Sufia.

     Sufia tidak sabar untuk menulis rencana mengenai kejayaan Nurul. Dia berharap kejayaan Nurul akan menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar lain.


2. Rakam bacaan kamu dengan menggunakan www.vocaroo.com (rujuk cara-cara berikut).

  












3. Selepas merakam bacaan, salin (copy) lalu tampal (paste) pautan (link) dalam Padlet: 



4. Kamu digalakkan mendengar rakaman bacaan kawan-kawan lalu memberikan markah dan komen. Ingat! Komen kamu mestilah beradab (netiquette).


5. Tarikh tutup latihan ini ialah 22hb Mei 2020, jam 5 petang.


6. Selamat mencuba!