Monday, September 21, 2020

Darjah 6 (2020) - Karangan 5



     Pada hari Ahad lalu [1Bi], Ryan dan ayahnya, Encik Afiq, [2S] berlari-lari anak [3A] di taman yang berdekatan dengan blok mereka [4Di]. Mereka pergi ke sana kerana mahu bersenam [5M]. Ryan besar hati kerana gembira [6Ba] dapat meluangkan masa bersama-sama ayahnya.

 

     Tiba-tiba [1Bi], seorang penunggang skuter elektronik, Qurie, [2S] memintas laluan Ryan dan Encik Afiq [3A] di laluan pejalan kaki [4Di]. Perbuatan Qurie yang keras kepala kerana degil itu menakutkan pengunjung-pengunjung di taman itu [5M]. Ramai pengunjung yang terperanjat [6Ba] akan perbuatan Qurie yang tidak menghiraukan keselamatan orang awam.

 

     Kemudian [1Bi], Puan Dahlia dan Shanis terdengar suatu bunyi hon [2S] di belakang mereka. Shanis memekik [3Ba] kerana dilanggar oleh skuter elektronik yang ditunggang oleh Qurie. Shanis terduduk kerana [4M] kaki kirinya tercedera [5A]. Kemalangan itu berlaku berdekatan dengan sebuah bangku [6Di]. Puan Dahlia mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

 

     Selepas itu [1Bi], di laluan pejalan kaki [2Di], Shanis [3S] sedang terduduk sambil memegang kaki kirinya [4A]. Malangnya, kaki kirinya berlumuran darah [5M]. Dia menangis kesakitan [6Ba]. Puan Dahlia kecil hati kerana tersinggung oleh perbuatan Qurie.


--------------------------------------------------------------------

 

     Seterusnya [1Bi], Ryan dan ayahnya [2S] bergegas untuk menolong [3A] Shanis. Encik Afiq menolong kerana mahu rawatan kecemasan [4M] kepada Shanis di laluan pejalan kaki [5Di]. Encik Afiq kelihatan tenang [6Ba]. Dia ambil berat kerana memberikan perhatian kepada Shanis yang patah kaki kirinya.

 

     Akhirnya [1Bi], Shanis [2S] dihantar ke Hospital Sengkang. Seorang doktor yang bertugas di hospital itu [3Di] memberikan rawatan lanjut [4M] kepada Shanis. Doktor Bala membersihkan luka [5A] di kaki kiri Shanis. Puan Dahlia berasa risau [6Ba] akan keadaan Shanis. Dia berterima kasih kepada Encik Afiq yang murah hati kerana suka memberikan bantuan.


(
237 perkataan)


Bahasa dalam karangan telah dibaiki.


Dikarang oleh:
Rilla Amanda Binte Didi Sofian
6 Opal
Kampung Punggol View

Markah:
Isi - 16/20

Ulasan Guru:
Susunan isi-isi dalam gambar 5 dan gambar 6, amat baik. Penggunaan peribahasa betul dan jelas. Syabas!

Tuesday, September 15, 2020

Darjah 4 (2020) - Karangan 6B


     Pada hari Ahad lalu [1Bi], Adi [2S] bermain dengan mancis [3A] di dalam biliknya [4Di]. Adi berasa bosan [5M]. Dia bermain dengan mancis kerana dia ingin tahu cara untuk menyalakan mancis [6Ba]. Dia mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan.


     Tiba-tiba [1Bi], angin bertiupan lalu mancis yang ada di lantai itu terkena langsir di bilik Adi. Adi [2S] yang berada di dalam biliknya [3Di], tidak nampak ada api yang membakar langsirnya. Kemudian, bilik Adi dijilat oleh api [4A]. Langsirnya pun terbakar [5M]. Adi berasa terperanjat [6Ba]. Adi pun keras kepala kerana degil tidak menuruti nasihat ibunya tentang bahaya bermain dengan mancis.

     Kemudian [1Bi], Adi [2S] berasa cemas [3Ba]. Dia bergegas ke bilik ibu bapanya [4Di]. Dia pun mengejutkan mereka [5A] untuk meminta pertolongan [6M]. Mereka harus campur tangan kerana melibatkan diri dalam perbuatan Adi.

     Akhirnya [1Bi], ibu bapa Adi [2S] bergegas ke bilik Adi [3Di]. Mereka membuka pintu Adi lalu ternampak banyak asap hitam. Mereka cari jalan kerana harus berusaha untuk memadamkan api itu. Kemudian, bapa Adi menyimbah air ke arah api [4A] itu merebak [5M]. Ibu bapa Adi dan Adi berasa lega kerana api itu terpadam [6Ba]

(166 perkataan)

Bahasa dalam karangan telah dibaiki.


Dikarang oleh:
Farisya Alyssa Waryuni Binte Muhammad Nazry
4 Diamond
Kampung Punggol View

Markah:
Isi - 7/7
Bahasa - 8/8

Ulasan Guru:
Wahebat! Isi karangan kamu amat padat. Penggunaan peribahasa dan makna amat baik :).