Tuesday, September 15, 2020

Darjah 4 (2020) - Karangan 6B


     Pada hari Ahad lalu [1Bi], Adi [2S] bermain dengan mancis [3A] di dalam biliknya [4Di]. Adi berasa bosan [5M]. Dia bermain dengan mancis kerana dia ingin tahu cara untuk menyalakan mancis [6Ba]. Dia mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan.


     Tiba-tiba [1Bi], angin bertiupan lalu mancis yang ada di lantai itu terkena langsir di bilik Adi. Adi [2S] yang berada di dalam biliknya [3Di], tidak nampak ada api yang membakar langsirnya. Kemudian, bilik Adi dijilat oleh api [4A]. Langsirnya pun terbakar [5M]. Adi berasa terperanjat [6Ba]. Adi pun keras kepala kerana degil tidak menuruti nasihat ibunya tentang bahaya bermain dengan mancis.

     Kemudian [1Bi], Adi [2S] berasa cemas [3Ba]. Dia bergegas ke bilik ibu bapanya [4Di]. Dia pun mengejutkan mereka [5A] untuk meminta pertolongan [6M]. Mereka harus campur tangan kerana melibatkan diri dalam perbuatan Adi.

     Akhirnya [1Bi], ibu bapa Adi [2S] bergegas ke bilik Adi [3Di]. Mereka membuka pintu Adi lalu ternampak banyak asap hitam. Mereka cari jalan kerana harus berusaha untuk memadamkan api itu. Kemudian, bapa Adi menyimbah air ke arah api [4A] itu merebak [5M]. Ibu bapa Adi dan Adi berasa lega kerana api itu terpadam [6Ba]

(166 perkataan)

Bahasa dalam karangan telah dibaiki.


Dikarang oleh:
Farisya Alyssa Waryuni Binte Muhammad Nazry
4 Diamond
Kampung Punggol View

Markah:
Isi - 7/7
Bahasa - 8/8

Ulasan Guru:
Wahebat! Isi karangan kamu amat padat. Penggunaan peribahasa dan makna amat baik :).

No comments:

Post a Comment