Wednesday, May 2, 2018

D6 2018 - Karangan Diagnostik



_____Pada hari Sabtu yang lalu [1B], Puan Siti dan anak-anaknya [2S], Mina dan Ali, berada di rumah [3D]. Puan Siti mahu pergi ke pejabat [4A] kerana mahu mendapatkan gajinya [5M]. Dia menyuruh Mina [6Ba] untuk memasakkan mi segera untuk Ali.

_____Selepas [1B] Puan Siti [2S] keluar dari rumah [3D], Mina pergi ke dapur untuk menjerang air [4A]. Dia menyalakan api dapur untuk memasak mi segera [5M] lalu meminta adiknya menjenguk-jenguk air mendidih dalam cerek. Adiknya mengangguk-angguk kepalanya [6Ba]. 

_____Kemudian [1B], Mina [2S] menuju ke biliknya [3D] untuk membaca buku. Malangnya, dia terlelap [4A] di atas katil kerana terlalu mengantuk [5M]. Semalam, dia asyik bermain dengan telefon bijaknya [Ba].

_____Tiba-tiba [1B], Mina [2S] terdengar suara adiknya menjerit [3A] meminta pertolongan. Mina bergegas ke dapur [4D] lalu ternampak adiknya terduduk di lantai sambil menangis keran tangannya melecur [5M]. Air dalam cerek telah tertumpah [6Ba].

_____Selepas itu [1B], Mina [2S] pergi ke rumah jirannya [3D] untuk segera mendapatkan bantuan [4A]. Jirannya, Kak Rina, membawa peti kecemasan untuk membubuh ubat [5M] pada tangan Ali. Ali masih berasa sakit [6Ba].

_____Akhirnya [1B], Mina [2S] menghubungi ibunya untuk memberitahu apa yang telah berlaku [3A]. 15 minit kemudian, Puan Siti pun pulang ke rumah [4M]. Dia memeriksa keadaan tangan Ali kerana bimbang [5M] lalu memeluk Ali. Mina tidak dapat melupakan perisitiwa itu [6Ba].

(Karangan telah dibaiki.)

Dikarang oleh:
Muhammad Ar'Fahrul Bin Sazali
6 Jade

Isi - 15
Bahasa - 13