Tuesday, April 20, 2010

Karangan Darjah 4 - (5) Sikap Kurang Sopan 11.03.10 (Karangan Terbaik 2)


_____Jam menunjukkan waktu untuk makan malam. Encik Lim mengajak keluarganya untuk pergi ke sebuah restoran. Mereka pergi ke sana dengan menaiki sebuah kereta besar yang berwarna biru. Mereka sekeluarga berasa sungguh gembira kerana sudah lama mereka tidak pergi ke restoran itu.

_____Apabila Encik Lim sekeluarga sampai di destinasi, mereka masuk ke dalam restoran itu lalu mencari tempat duduk. Ru Ong, anak lelakinya, menunjukkan jarinya ke arah sebuah meja yang kosong. Mereka menuju ke meja itu lalu keluarga Encik Lim memberitahunya makanan apa yang perlu dipesan. Encik Lim beratur manakala Puan Lim dan anak-anak mereka duduk di meja sambil menunggu. Selepas menunggu selama lima minit, Encik Lim membawa makanan-makanan yang sedap ke mejanya.

_____Semasa makan, mereka memperhatikan seorang lelaki tua. Puan Lim berasa kasihan terhadap orang itu. Orang tua itu beratur untuk membeli makanan. Selepas beratur selama empat minit, dia mencari meja yang kosong. Dia pun ternampak sebuah meja lalu menuju ke situ. Ada sebuah dulang yang telah digunakan di atas meja itu.

_____Apabila orang tua itu hendak duduk, dua orang remaja berebut ke tempat itu. Ramai orang menoleh lalu berasa terkejut dengan sikap mereka. Mereka mula berbual tanpa menghiraukan orang tua itu. Encik Lim berdiri lalu pergi ke arah meja itu. Dia memberitahu orang tua itu bahawa dia akan memarahi remaja-remaja itu. Orang tua itu menahannya daripada berbuat begitu. Encik Lim mengatakan bahawa sikap mereka tidak sopan. Dia tetap memarahi remaja-remaja itu. Muka mereka pucat dan berasa malu setelah dimarahi Encik Lim. Encik Lim menyuruh mereka meminta maaf daripada semua orang di restoran itu termasuk orang tua itu.

_____Mereka pun berdiri lalu meminta maaf. Kesemua pelanggan memaafkan mereka. Remaja-remaja itu berjanji bahawa mereka tidak akan bersikap biadab lagi. Mereka memberi tempat duduk kepada orang tua itu lalu keluar dari restoran itu dengan perasaan malu. Ru Ong, Ri Ing dan Puan Lim besar hati terhadap tindakan Encik Lim. Orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada mereka lalu memperkenalkan dirinya sebagai Encik Darwin. Setelah itu, Encik Lim sekeluarga pulang ke rumah.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nurul Dinah Danisyah Bte Mazli
Sekolah Rendah Qihua
Darjah 4-3

Markah:
Isi - 9
Bahasa - 7

Ulasan guru:
Bahagian akhir karangan terlalu ringkas. Isi cerita tersusun.

2 comments:

  1. assalamualaikum cikgu ini kamal saya hendak tanya cikgu mengapakah dua orang remaja berebut ke tempat itu. saya rasa ayat yang betul ialah Apabila orang tua itu hendak duduk, dua orang remaja berlari ke tempat itu dan duduk.

    ReplyDelete
  2. salam kamal,

    ayat awak pun betul juga ... namun, ayat dinah pun sama ...


    salam,
    cikgu hizam

    ReplyDelete