Thursday, July 10, 2014

Karangan Darjah 3 (2014) - Karangan Terbaik 6


_____Pada hari Ahad lalu, pukul tujuh pagi [1B], Adam [2S] bermain mancis [3A]. Dia hendak bermain mancis [4B] kerana dia tidak ada apa-apa rancangan [5M] di rumah [6M]. Dia keras hati walaupun ibunya melarangnya bermain mancis.

_____Dia bermain mancis di tepi tingkap lalu tiba-tiba, api terkena langsir [1A]. Adam [2S] cari jalan untuk memadamkan api itu. Api itu terkena langsir [3B] dengan cepat kerana angin kencang [4M]. Dia berada di dalam bilik tidurnya [5M] pada waktu itu [6B].

_____Kemudian [1B] Adam [2S] mengejutkan ibu bapanya [3A]. Dia cari jalan untuk mengejutkan mereka. Ibu bapa Adam sedang nyenyak tidur [4B]. Dia memberitahu ibu bapanya bahawa langsirnya terbakar [5M] di dalam bilik tidurnya [6M].

_____Beberapa saat kemudian [1B], ayahnya [2S] mengambil sebuah baldi [3A] lalu mengisi air ke dalam baldi itu di tandas [4M]. Ibu ayah dan Adam terkejut kerana nampak api semarak. Ayahnya pula mengambil baldi [5B] itu lalu menyiram air ke api itu [6M]. Nasib baik ayah Adam ada akal lalu api itu terpadam.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Muhammad Raif Hakimi Bin Mohamad Nizam
3 Innovative
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 7/8
Bahasa - 6/7

Ulasan guru:
- [Bila?] mesti nombor 1 [1B], permulaan bagi setiap perenggan
+ susunan ayat amat baik
+ pemilihan peribahasa sesuai

No comments:

Post a Comment