Sunday, February 28, 2021

D5BML 2021 - Tugasan #2 (Karangan BML 2B)

Matlamat (Objektif)
Kamu akan:
1. mengenal pasti bentuk Dialog 'A'.
2. menulis dialog dengan menggunakan bentuk Dialog 'A' pada Perenggan 2, 4, 6, 8, 10 dan 12.

Sila lihat paparan 'Karangan Berdialog A' berikut:


Contoh dialog (merah) dalam paparan atas mengandungi format yang ada tanda-tanda baca wajib seperti Tanda Pembuka Kata (kuning), Tanda Seru/Tanya/Koma (hijau), Tanda Penutup Kata (kuning) dan Tanda Nokhtah (biru). Sepotong dialog perlu ringkas tetapi memberikan kesan (impak), antara 8 hingga 12 perkataan.

Sila lihat paparan 'Format Dialog A' berikut:


Sekarang, kamu akan salin semula Karangan BML 2B dalam kertas kajang. Tuliskan dialog-dialog sesuai yang memberikan kesan dalam Perenggan 2, 4, 6, 8, 10 dan 12. Hantar Karangan BML 2B pada hari Selasa (2 Mac 2021) dalam kelas Bahasa Melayu.


Karangan BML 2B

     Pada pagi hari Sabtu lalu, cuaca amat mendung. Angin bertiup kencang menerusi jendela kamar tidurku. Aku cepat-cepat menutup daun-daun jendelaku sebelum tempias hujan membasahi langsir. (25p)

     Perenggan 2 (Tulis Dialog A)

     "Eh, sejuk betul suhu dalam kamar aku ini!" aku mendengus.     
    
     Suhu dalam kamarku begitu dingin meskipun aku tidak menyalakan alat hawa dingin. Aku menggosok-gosok kedua-dua telapak tanganku untuk mendapatkan haba. Namun begitu, aku masih menggigil kesejukan. (26p)

     Perenggan 4 (Tulis Dialog A)

     "Baik aku keluar dari kamar ini," aku berkata sendirian.
     
     Kemudian, aku memulas tombol pintu kamarku untuk pergi ke kamar istirehat untuk menonton rancangan di televisyen. Sebenarnya, aku berseorangan di rumah kerana keluargaku menghadiri majlis walimah Pak Cik Irfan, sepupu ayahku. Aku berasa letih lalu enggan mengikuti mereka. (38p)

     Perenggan 6 (Tulis Dialog A)

     "Ahhh!" aku bersangap sambil meregangkan kedua-dua tangan dan kakiku.

     Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu bunyi dentingan di kamar dapur. Barangkali daun-daun jendela di kamar dapurku belum ditutup. Pasti angin kencang menembusi jendela lalu meniup sudu-garpu yang mengakibatkan bunyi berdenting. Aku pun berjingkit-jingkit untuk menuju ke kamar dapur. (37p)

     Perenggan 8 (Tulis Dialog A) 

     "Astaghfirullah!" aku menjerit lantang kerana terperanjat dan geli.

     Aku mengurut-urut dadaku. Seekor lipas berterbangan dalam kamar dapurku seolah-olah sebuah helikopter yang mahu membuat pendaratan kecemasan. Aku cuba mengelak daripada terkena lipas yang menggila itu. Aku mencapai sebuah tin penyembur serangga lalu menyembur racun ke arah lipas itu. (39p)

     Perenggan 10 (Tulis Dialog A) 

     "Ha, matilah engkau!" aku terpekik kesukaaan tetapi masih berasa geli.

     Akhirnya, lipas itu tersembam ke lantai kamar dapur. Aku berpuas hati kerana tidak perlu berasa geli-geleman lagi. Ia terbujur kaku. Aku mencapai sebatang penyapu dan penadah sampah lalu mengalihkan bangkai itu ke dalam tong sampah. (35p)

     Perenggan 12 (Tulis Dialog A) 

     "Alhamdulillah. Bilakah Ibu dan Ayah ingin pulang ke rumah?" aku bertanya sendirian.

(??? perkataan)


No comments:

Post a Comment