Tuesday, February 23, 2021

D3 2021 (Arif) - Latihan Membaca (Rakaman Suara)

Pelajar-pelajar berikut perlu merakam bacaan menerusi www.vocaroo.com lalu hantar menerusi e-mel kepada mohd_hizammuddin_mohd_yusof@moe.edu.sg

1. Eryna
2. Rasheda
3. Adryna
4. Malaeka

Sila baca sambil merakam petikan berikut:


     Cuaca pada hari itu cerah. Budi sedang berjalan pulang dari sekolah. Dia menunduk kesedihan.

     “Aku gagal lagi dalam ujian. Kalau aku tunjukkan kertas ujian ini kepada Ibu, tentu dia akan memarahi aku,” kata Budi sambil membelek-belek kertas ujian yang diberi oleh Cikgu Sarah tadi.

     Setelah sampai ke rumah, Budi ke dapur. Dia melihat ibunya sedang sibuk memasak. Dia menyapa ibunya. Ibunya melihat ke arah Budi yang sedang kelihatan risau. Budi memberitahu ibunya perkara yang terjadi.

     “Tidak mengapa, Budi. Budi perlu berdaya bingkas dan jangan putus asa. Belajar dengan lebih gigih lagi supaya lulus dalam ujian seterusnya, ya?” pujuk ibu Budi sambil memeluknya.

     Budi mengangguk. Dia lega ibunya tidak memarahinya. Dia berazam untuk mendapat markah yang baik dalam ujian akan datang.



Tugasan ini perlu diselesaikan pada hari Rabu (24.03.21) sebelum 5.00 petang.

Selamat mencuba!

Tenkiu veri nais :).

No comments:

Post a Comment