Thursday, August 22, 2013

Darjah 6BML (2013) - Kefahaman halaman 20, 21 dan 22

Salam sejahtera Cerdas,

Murid-murid BML, sila selesaikan kefahaman halaman 20, 21 dan 22 dalam buku PSLE 2008-2012. Saya akan berikan jawapan pada 23.08.13, pukul 9 malam.

Ingat, berusaha menjawab kesemua soalan sebelum menyemak jawapan. Ketabahan kunci kejayaan.

Gunakan kesemua petua dan langkah-langkah yang telah saya ajarkan semasa menjawab soalan-soalan kefahaman.

Selamat mencuba!

---

Sudahkah kamu selesai sebelum semak? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ...

Jawapan:
1. Azlin dan Farah bertemu kembali setelah lama berpisah dalam pertandingan badminton (2).
2. Dua sebab Azlin berubah hati terhadap Farah adalah Farah mampu menunjukkan kelakonan yang lebih baik (2) sehingga dia mula malu dan cemburu apabila bapanya memuji Farah (2).
3. Dua aktiviti yang biasa dilakukan Azlin bersama Farah pada satu ketika dahulu adalah sering berkunjung ke rumah satu sama lain (2) dan bertemu untuk latihan badminton pada masa yang terluang (2).
4. Dua bukti bahawa Azlin masih berdendam terhadap Farah adalah dia tidak membalas senyuman Farah (2) dan mengetap bibirnya menahan marah ketika Farah berjalan masuk ke gelanggang (2).
5. Dua tindakan Farah yang menunjukkan bahawa dia telah memaafkan Azlin adalah dia berlari ke arah Azlin semasa kakinya terseliuh (2) dan dia datang ke rumah Azlin untuk menziarahinya (2).
6. Dua bukti bahawa sikap iri hati Azlin itu telah merugikan dirinya adalah dia bermusuhan dengan Farah (2) dan tidak dapat belajar kemahiran bermain badminton daripada Farah (2).
7i. tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya / tidak dapat fokus
7ii. ditunda / dimansuhkan / dihentikan

No comments:

Post a Comment