Wednesday, August 21, 2013

Darjah 6BML (2013) - Kefahaman halaman 17, 18 dan 19

Salam sejahtera Cerdas,

Murid-murid BML, sila selesaikan kefahaman halaman 17, 18 dan 19 dalam buku PSLE 2008-2012. Saya akan berikan jawapan pada 22.08.13, pukul 9 malam.

Ingat, berusaha menjawab kesemua soalan sebelum menyemak jawapan. Ketabahan kunci kejayaan.

Gunakan kesemua petua dan langkah-langkah yang telah saya ajarkan semasa menjawab soalan-soalan kefahaman.

Selamat mencuba!

Jawapan:
1. Hubungan Ain dengan Syikin adalah kawan sejak kecil (2).
2. Tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Syikin adalah menceritakan kepada Cikgu Malik bahawa Ain meniru semasa ujian (2).
3. Dua sebab Ain berasa tertekan adalah ibu bapanya pasti hampa jika dia gagal dalam ujian (2) dan dia menganggap dirinya tidak sebijak kakak dan abangnya (2).
4. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Ain marah akan Syikin adalah matanya tajam merenung Syikin semasa disoal oleh Cikgu Malik (2) dan dia sengaja menumpahkah air ke atas lukisan Syikin (2).
5. Dua sebab pen itu amat dihargai Syikin adalah pen itu pemberian datuknya (2) sebagai hadiah kenang-kenangan (2).
6. Perkara yang sebenarnya terjadi kepada pen Syikin adalah pen itu tertinggal dalam buku latihannya (2) manakala lukisan Syikin tidak sengaja dirosakkan oleh Ain (2).
7. Syikin berasa sedih kerana dia buruk sangka akan Ain (2) dan menuduhnya mengambil pennya (2).
8i. gagal mengotai / gagal memenuhi / gagal menunaikan / mungkir
8ii. membisu / tidak berkata apa-apa /membiarkan sahaja / tidak mempedulikan
9i. hanya / cuma
9ii. kecewa
10i. menjauhi
10ii. membetulkan

No comments:

Post a Comment