Sunday, April 17, 2011

Karangan Darjah 5BML - (4) 11.04.11 (Karangan Terbaik)

_____Sukar aku mempercayainya. Azrul ditugaskan sebagai ketua kami. Mustahil aku dapat bekerjasama dengannya dalam projek ini. Cikgu Amirah telah memilih Azrul untuk menjadi ketua kami dalam projek bercerita. Aku amat benci dengannya kerana walaupun dia seorang yang baik hati, dia selalu sahaja ada masalah untuk melakukan kerja atau sebagainya selepas waktu sekolah.

_____"Hai, Rafi. Awak marahkah kerana awak tidak dapat menjadi ketua dalam kumpulan kita? tanya kawanku, Nurul.


_____Aku membisu. Aku tidak mahu menunjukkan bahawa aku tidak setuju dengan pilihan guru. Aku pun bangkit daripada kerusiku lalu berjalan ke arah meja Azrul. "Eh, mentang-mentang awak dapat menjadi ketua, jangan endak tunjuk lagak!" aku berbisik kepada Azrul.


_____Azrul terpegun sebentar. Dia kemudian tersenyum ke arahku. Aku kembali ke tempat dudukku sebelum menyambung membuat kerjaku. Aku berfikir untuk mencuba menunjukkan kepada guru bahawa Azrul bukan seorang pelajar yang baik seperti yang dijangkakan.


_____Apabila tiba masa untuk melakukan kerja kumpulan, aku pun mencuba untuk melakukan kerja dengan sempurna supaya mungkin Cikgu Amirah akan mengubahkan ketua kumpulan kami. Aku bekerjsama dengan ahli kumpulan yang lain seperti Nurul dan Auni. Aku ingin Azrul faham bahawa sebenarnya aku tidak suka kepadanya.


_____Pada suatu hari, aku jatuh sakit lalu aku tidak pergi ke sekolah. Aku tinggal di rumah untuk beristirehat. Aku sedang menonton televisyen apabila aku terdengar seseorang memberi salam. Aku berjalan ke arah pintu lalu alangkah aku terkejut apabila ternampak Azrul berdiri di hadapan pintu rumahku. Dia pun memberikanku beberapa kertas dan juga kertas ujian set 8.


_____Dia menerangkan kepada aku apa yang harus aku lakukan. Aku mendengar arahan dengan teliti. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana dia telah meluangkan masanya untuk pergi ke rumahku. Aku kemudian meminta maaf daripadanya. Aku menundukkan kepalaku tanda malu. Dia mengukirkan senyuman ke arahku. Air mata menitis turun daripada mataku Aku berjanji bahawa aku tidak akan mengulangi kesilapanku lagi. Malah, semenjak hari itu, aku dan Azrul sering bekerjasama. Sekarang, aku pun faham mengapa ramai orang mengenalinya sebagai 'ASPYPHBH' yang bermaksud Azrul Seorang Pelajar Yang Putih Hati dan Juga Baik Hati.


(Karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:

Nurul'ain Bte Nazrin

Diligence 5-1

Sekolah Rendah Qihua


Markah:

Isi - 16

Bahasa - 16


Ulasan guru:

x

No comments:

Post a Comment