Wednesday, September 21, 2022

D6BM 2022 - Karangan (Pra-PSLE)

Selamat sejahtera, 6 Budiman.

Karangan Pra-PSLE sudah siap. Isi-isi karangan telah difikirkan oleh Kumpulan Dahlia. Sila salin karangan berikut lalu hantar esok kepada guru. 

Jika ada kesilapan, maklumkan kepada guru esok.

Selamat berlatih!


Salam hormat,
Abang Z


--------------------------------------------------------



_____Pada hari Isnin [1Bi], Cikgu Latifah [2S] memberitahu murid-murid tentang lawatan ke taman haiwan [3A]. Mereka pergi ke sana untuk belajar tentang haiwan-haiwan di situ [4M]. Mereka berasa besar hati kerana gembira [5Ba] di dalam kelas [6Di]. --> ___p

_____“Hore, kita akan pergi ke taman haiwan!” pekik Adi kegembiraan. --> ___p

_____Selepas itu [1Bi], semua murid [2S], menaiki bas [3A] untuk ke taman haiwan [4M]. Mereka berasa ghairah [5Ba] di dalam bas [6Di]. Adi keras kepala kerana degil semasa menaiki bas tidak mahu beratur dengan betul. --> ___p

_____“Jangan tarik beg saya!” bentak Syawal kepada Adi. --> ___p

_____Kemudian [1Bi], Adi [2S] merampas makanan [3A] Layla di dalam bas [4Di]. Adi tidak sabar untuk makan [5M]. Layla berasa marah terhadap perbuatan Adi [6Ba]. Adi muka tembok kerana tidak tahu malu. --> ___p

_____“Cikgu, Adi merampas makanan saya!” jerit Minah kepada Cikgu Latifah. --> ___p
_____Tiba-tiba [1Bi], semasa Adi [2S] turun dari bas sekolah [3Di], ada seekor monyet [4A] menghampiri Adi di taman haiwan. Adi menarik perhatian monyet itu dengan mengibas begnya [5M]. Adi degil kerana tidak menuruti nasihat gurunya [6Ba]. Perbuatan Adi otak udang kerana bodoh. --> ___p

“Hei, monyet itu meragut beg saya!” pekik Adi kerana terperanjat. --> ___p

_____Seterusnya [1Bi], monyet [2S] itu merampas beg [3A] Adi lalu melarikan diri dengan memanjat pokok [4Di]. Ia hendak menyelamatkan dirinya [5M]. Adi dan kawan-kawannya berasa kesal kerana menggangu monyet itu [6Ba]. Adi mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk mendapatkan begnya semula. --> ___p

_____“Aduh, sakitnya muka saya!” dengus Adi sambil memegang pipinya. --> ___p

_____Akhirnya [1Bi], monyet itu [2S] membaling beg Adi ke muka Adi [3A]. Dia telah berjaya cari jalan kerana berusaha untuk mendapatkan begnya semula [4M]. Dia memberitahu Cikgu Latifah tentang apa yang terjadi. Cikgu Latifah terperanjat setelah mendengar cerita Adi [5Ba]. Dia menyuruh murid-muridnya menaik bas semula untuk pulang ke sekolah [6Di]. --> ___p      


Jumlah perkataan: ___

No comments:

Post a Comment