Thursday, August 11, 2022

D6BM 2022 - Latihan Lisan 11-12.08.22

Contoh-contoh Soalan Lisan #2 dan #3


Sila rujuk rajah berikut bagi struktur isi-isi jawapan Soalan 2 dan Soalan 3.


Soalan #2 (Pengalaman)
- Mengapakah sifat bertanggungjawab penting? Jelaskan.
- Membersihkan kawasan tempat tinggal kita adalah penting. Jelaskan.
- Ceritakan pengalaman kamu membuat sesuatu yang kamu suka.
- Ceritakan pengalaman kamu melihat suatu situasi yang kurang sopan.
- Keharmonian kaum amat penting di Singapura. Jelaskan.
- Ceritakan pengalaman kamu menunjukkan sifat penyayang di rumah.
- Menjaga alam sekitar amat penting. Jelaskan.
- Pernahkah kamu melihat seseorang yang tidak menunjukkan sifat penyayang kepada orang lain? Terangkan.
- Pernahkah kamu nampak seseorang kawan yang tidak mempamerkan sifat hormat-menghormati kepada kawan-kawan lain. Ceritakan.
- Apakah tempat di negara jiran yang kamu ingin kunjungi. Mengapa?


Soalan #3 (Program/Kempen/Kegiatan)
- Ceritakan kempen sifat bertanggungjawab di sekolah kamu.
- Ceritakan cara sekolah kamu menggalakkan sifat bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
- Ceritakan cara ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak beriadah di rumah.
- Ceritakan kempen memupuk nilai hormat-menghormati dalam kalangan pelajar di sekolah kamu.
- Ceritakan cara sekolah kamu boleh memupuk sifat harmoni dalam kalangan pelajar.
- Ceritakan cara masyarakat kita boleh menunjukkan sifat penyayang antara satu sama lain.
- Ceritakan cara keluarga kamu menjaga alam sekitar di rumah.
- Apakah perkara-perkara baik jika masyarakat hidup dalam keadaan harmoni? Terangkan.
- Apakah perkara-perkara positif jika sesebuah keluarga hidup saling membantu? Ceritakan.
- Pada pendapat kamu, beriadah lebih seronok atau belajar? Mengapa?

No comments:

Post a Comment