Sunday, April 10, 2022

D6BM 2022 - Karangan #3A & #3B

Selamat Sejahtera, 6 Budiman!

Sila ikut arahan guru sebelum menyiapkan tugasan bagi setiap kegiatan.

Kamus Dalam Talian: https://prpm.dbp.gov.my/
Prestasi Kertas 2: 


----------------------------------------------------------------------------


MATLAMAT

1. mengimbas kembali proses BiSAMBaDi & Peribahasa/Makna dalam penulisan Karangan
2. menyisip lima (5) Dialog A dalam Karangan


----------------------------------------------------------------------------




Pada pagi Jumaat lalu [1Bi], Efa ingin pulang ke rumah [2S] dengan menaiki bas [3A]. Dia dan penumpang-penumpang bas berasa terperanjat [4Ba] kerana bas bergegar [5M]. Mereka berada di dalam bas nombor 117 [6Di]. Efa berani mati kerana tidak berasa takut walaupun akan menghadapi bahaya. --> 39 perkataan

 “Eh, rosakkah bas ini?” tanya Efa kepada seorang penumpang dewasa. --> 10 perkataan

 Tiba-tiba [1Bi], Efa [2S] tersungkur [3A] di lantai bas [4Di] kerana bas itu terhenti secara tiba-tiba [5M]. Dagu Efa berasa sakit [6Ba]. Beberapa orang penumpang ambil berat kerana memberikan perhatian kepada Efa. --> 26 perkataan

 “Aduh, dagu saya luka!” teriak Efa sambil mengeluarkan sehelai tisu. --> 10 perkataan 

Kemudian [1Bi], pemandu bas [2S] keluar dari bas [3A] kerana dia mahu memeriksa keadaan bas [4M]. Dia berdiri di tepi tayar kanan belakang bas [5Di]. Dia mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dia berasa risau [6Ba] kerana bas itu rosak. --> 37 perkataan 

“Saya ingin keluar dari bas ini,” Efa memberitahu pemandu bas itu. --> 11 perkataan 

Seterusnya [1Bi], Efa [2S] turun dari bas lalu tergelincir [3A] di ruang pejalan kaki [4Di]. Ruang pejalan kaki itu basah [5M]. Kini, punggungnya pula berasa sakit [6Ba]. Efa tahan hati kerana tabah. -->26 perkataan 

“Aduh, kini punggungku pula berasa sakit!” keluh Efa kesedihan. --> 9 perkataan 

Akhirnya [1Bi], Efa [2S] tiba di kolong bloknya [3A]. Dia cuba bersembunyi di belakang tembok-tembok kolong bloknya [4Di] kerana pakaiannya basah [5M]. Walaupun pakaian Efa basah [6Ba], dia muka tembok kerana tidak tahu malu. --> 28 perkataan

 

Jumlah perkataan: 196 perkataan


No comments:

Post a Comment