Sunday, February 20, 2022

D6BM 2022 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 1 - Latihan 2)

Selamat Sejahtera, 6 Budiman!

Jika jawapan kamu salah, gunakan pena berdakwat hijau untuk mencatat pembetulan. Ingat! Integriti.



30. (1)
31. (4)
32. (2)

33. menenangkan fikiran sambil merehatkan badan (1) dan mengeratkan hubungan kesemua ahli keluarga (1). Marilah kita melancong ke Malaysia (1)! 

34. Sebab anak-anak saudara penulis bersorak riang adalah setelah melihat beg pelancong yang beroda tersedia di tepi pintu hadapan (2).

35. Dua sebab Hanney perlu tidur dengan secukupnya sebelum berangkat ke Malaysia adalah supaya dia boleh melayan karenah anak-anak saudaranya dalam perjalanan ke destinasi mereka kelak (2) dan tidur yang cukup juga penting supaya dia dapat memberi sepenuh perhatian sewaktu memandu jarak jauh (2).

36. Sebab utama Hanney dan keluarganya berangkat pada awal pagi adalah untuk mengelak sesakan lalu lintas (2).

37. Dua bukti untuk menunjukkan Hanney mementingkan ikatan kekeluargaan adalah anak-anak saudaranya seringkali bermalam di rumahnya (2) dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan demi mengeratkan hubungan kesemua ahli keluarga (2).

38. Dua bukti Hanney ambil berat akan keselamatan ketika memandu adalah semua yang berada di dalam kereta disuruh olehnya untuk memakai tali pinggang keledar (2) dan dia sering memastikan dia mengikut had kelajuan jalan raya ketika memandu (2).

39. Perasaan keluarga Hanney sejenak melalui kastam adalah seronok (2) kerana sebelum sempat menyuruh penumpang keretanya bertenang, kereta MPVnya itu terus bergoyang dengan gelagat anak-anak saudaranya (2). 

40(a). melayan
40(b). murni

No comments:

Post a Comment