Tuesday, July 27, 2021

D5 2021 - Karangan 5A & 5B

Apakah peribahasa yang paling mudah?




Apakah peribahasa yang paling sukar?




ARAHAN:

1. Baca karangan berikut.




_____Pada hari Sabtu lalu [1Bi], Puan Khyra [2S] menasihati Ifah dan Ihsan [3A] agar menjaga diri baik-baik kerana dia ingin bekerja [4M]. Hubungan Ifah dan Ihsan air dicencang tiada putus kerana ikatan persaudaraan antara adik-beradik tiada putus. Ifah dan Ihsan melambai tangan [5Ba] ke arah ibu mereka di pintu ruang tamu [6Di]. --> 46 perkataan

_____Kemudian [1Bi], Ihsan [2S] berasa lapar [3Ba]. Ifah dan Ihsan bagai aur dengan tebing kerana saling membantu. Dia meminta kakaknya untuk memasak mi segera [4A] kerana dia tidak tahu memasak [5M]. Mereka berada di dapur [6Di]. --> 30 perkataan

_____Selepas itu [1Bi], Ifah [2S] pun memasuki bilik tidurnya [3Di] kerana dia ingin membaca buku cerita [4M]. Ihsan menunggu air dalam cerek mendidih [5A]. Perbuatannya bagai menghitung bulu kambing kerana usaha yang sia-sia. Perutnya sudah berkeroncong [6Ba]. --> 31 perkataan

_____Tiba-tiba [1Bi], Ihsan [2S] menjerit kesakitan [3A]. Ifah tersentak daripada tidurnya [4Ba] lalu berlari ke dapur [5Di]. Mulut Ifah ternganga kerana dia menjadi cemas [6M]. Peristiwa itu cubit paha kanan, paha kiri terasa juga kerana apabila seseorang teraniaya, kaum keluarganya akan terasa juga.  --> 37 perkataan

_____Seterusnya [1Bi], Ifah menghubungi jirannya [2A], Kak Arpah [3S], lalu merayu agar Kak Arpah datang segera ke rumahnya [4Di] kerana tangan kanan Ihsan melecur [5M]. Kak Arpah tiba dengan wajah yang tenang [6Ba] lalu memberikan rawatan kecemasan kepada Ihsan. Kak Arpah banting tulang kerana bekerja keras dengan bermati-matian untuk menolong Ihsan. --> 45 perkataan 

_____Akhirnya [1Bi], Ifah [2S] menelefon ibunya [3A] kerana mahu memberitahu perisitiwa yang terjadi kepada Ihsan [4M]. Ihsan berhenti menangis [5Ba]. Ihsan, Kak Arpah dan Ifah lapang dada kerana berasa senang. Mereka berehat di ruang tamu rumah Ihsan dan Ifah [6Di]. -->  34 perkataan


2. Kira jumlah perkataan bagi perenggan 1 hingga 5. Kongsi jumlah itu dalam kelas, esok.


3. Kenal pasti satu peribahasa bagi perenggan 1 hingga 5. Taipkan peribahasa pilihan kamu dalam Padlet: 
https://padlet.com/cikguhizam/5budiman2021a (kata laluan: abangz)


4. Serlahkan warna hijau tetingkap kamu jika selesai.


5. Bersedia untuk berbincang dalam kumpulan dan berikan sebab/pendapat tentang peribahasa-peribahasa pilihan kamu dalam kelas, esok.

No comments:

Post a Comment