Sunday, June 27, 2021

D5BML 2021 - Karangan BML 5C



_____Telefon berdering. Ibu yang sedang duduk di sofa berdiri lalu berjalan ke arah telefon untuk menjawab panggilan itu. Tiba-tiba, wajah Ibu berubah. Ibu  segera meletakkan gagang telefon. Tanpa membuang masa, Ibu mengatur langkah. Ibu bergerak seperti lipas kudung kerana dia cepat dan cekap untuk pergi ke pintu. Saya berasa hairan kerana saya tidak tahu apa yang terjadi.

_____“Ibu, apakah yang terjadi?” saya bertanya kepada Ibu dengan nada suara yang bimbang.

_____Dengan nada suara yang pilu, saya melihat mata Ibu belinangan dengan air mata. Ibu memberitahu saya bahawa bapa dan ibu saudara saya baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya. Perasaan saya berdebar-debar dan saya rasa sungguh terperanjat akan musibah yang dilanda oleh bapa dan ibu saudara saya. Perasaan ini bagai cubit paha kanan, paha kiri terasa juga kerana apabila seseorang teraniaya, kaum keluarganya akan terasa.

_____Ibu bercakap dengan nada yang pantas, “Ayuh, kita harus hospital Khoo Teck Puat sekarang!”

_____Dengan segera, saya dan Ibu bergegas ke hospital Khoo Teck Puat dengan menaiki teksi yang ditempah Ibu sebentar tadi. Bapa dan kakak saya telah pun diberitahu oleh Ibu tentang berita yang sedih itu dan mereka pun akan bergegas ke hospital. Memang malang tak berbau kerana kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya kepada diri kita atau orang yang disayangi. Saya hanya boleh berharap keadaan mereka tidak parah.

_____Setibanya di hospital Khoo Teck Puat, saya pun berbisik dengan sendirian, “Di manakah ibu dan bapa saudara saya?”

_____Tanpa membuang masa, ibu dan saya bergegas ke arah Wad Kecemasan dan Kemalangan. Apabila kami tiba di sana, saya terlihat bapa saudara saya sedang duduk di kerusi roda dan seluar yang dipakai olehnya berlumuran darah. Saya berasa sungguh sedih melihat bapa saudara saya dalam keadaan begitu. Kulit pada kakinya terkoyak dan ada luka yang amat parah. Ibu saudara saya pula tidak sedarkan diri kerana dilanggar oleh sebuah teksi. Saya dan Ibu saya tanam budi kerana kami berbuat baik untuk melawat mereka.

_____“Apakah yang sebenarnya terjadi kepada mereka?” saya bertanya sendirian. 

_____Semalam, ibu saudara saya berada di wad kecemasan kerana dia masih tidak sedarkan diri. Dia mengalami gegaran pada otaknya. Rupa-rupanya, motosikal yang ditunggang oleh bapa saudara saya dilanggar oleh sebuah teksi yang pada masa itu telah dipandu dengan amat laju. Motosikal yang ditunggang oleh mereka dilanggar oleh teksi itu apabila teksi itu cuba membelok dan tanpa menuju ke arah yang sama. Impak dan pelanggaran itu amat kuat. Bapa saudara saya tercampak dari motosikalnya lalu tergolek sejauh beberapa meter dari tempat yang dia jatuh. Ibu saudara saya juga tercampak daripada motorsikal lalu kepalanya terhentak pada permukaan jalan raya. Ibu memberitahu saya yang keadaan motosikal mereka mengalami rosakan yang amat teruk. Bapa dan ibu saudara saya bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana kesusahan yang datang berturut-turut. Bukan sahaja mereka mengalami kecederaan yang parah tetapi mereka juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki motosikal mereka.

_____Saya berbisik sendirian,”Teruknya keadaan mereka sekarang.”

_____Kemudian, ibu saya berceritakan kepada saya lagi. Apabila bapa saudara saya ternampak ibu saudara saya pengsan, dia mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mujur, ada seorang pengguna jalan raya lain ternampak apa yang berlaku. Pengguna jalan raya itu menelefon ambulans untuk memberikan rawatan kecemasan kepada bapa dan ibu saudara saya.

_____“Semoga ibu dan bapa saudara saya diberi kesihatan,” saya berbisik sendirian.

_____Setelah selang dua hari, saya sekeluarga memberi sokongan dan kata-kata perangsang kepada bapa dan ibu saudara saya kerana mereka sedang menghalapi masalah. Namun kami berasa bersyukur dan gembira mereka masih boleh bercakap dengan kami. Bapa saudara saya seperti air dalam kolam kerana dia orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya. Lagipun dia tidak berasa cemas walaupun menghadapi masalah yang berat pada waktu itu. Mujur keadaan ibu saudara pun beransur pulih. Imbasan X-ray pula menunjukkan bahawa dia tidak mengalami cedara yang parah pada bahagian kepalanya. Dia akan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

_____Saya pun bercakap kepada bapa dan ibu saudara saya, “Semoga Pak Cik Mat dan Mak Cik Min segera sembuh.”

_____Walaupun peristiwa yang malang itu telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu, peristiwa itu masih sukar untuk kami sekeluarga lupakan. Namun, peristiwa itu telah mengajar kami agar lebih berhati-hati apabila berada di jalan raya. Peristiwa itu juga membuatkan hubungan keluarga saya lebih rapat dan akrab seperti air dicencang tiada putus kerana ikatan persaudaraan tidak boleh diputuskan.


701 perkataan


Dikarang oleh:
Farisya Alyssa Waryuni Binte Muhammad Nazry
5 Diamond
Kampung Punggol View

Markah:
Isi - 20/20
Bahasa - 19/20

Ulasan Guru:
Syabasangat! Susunan isi dalam karangan kamu amat baik. Kamu berjaya menggunakan peribahasa dan makna dengan tepat. Kamu juga menggunakan dua peribahasa yang tiada dalam sukatan tetapi betul penggunaannya. Kamu berjaya mengikuti format pemerengganan yang telah diajarkan. 


No comments:

Post a Comment