Wednesday, April 14, 2021

D5BML 2021 - Tugasan #3 (Karangan BML 4B)

Arahan: Salin semula karangan ini dari perenggan permulaan hingga ke perenggan akhir. Selitkan satu peribahasa yang sesuai dalam setiap perenggan (bukan dialog). Serlahkan setiap peribahasa dan makna. Sila hantar tugasan ini pada hari Jumaat, 8.00 pagi sewaktu kelas Bahasa Melayu.

_____Pada pagi hari Sabtu lalu, cuaca amat mendung. Angin bertiup kencang menerusi jendela kamar tidurku. Aku cepat-cepat menutup daun-daun jendelaku sebelum tempias hujan membasahi langsir. Aku tanam budi kerana aku berbuat baik. (32p)

_____Aku berdengus lalu berbisik, “Brr, sejuknya kamarku ini!” (8p)

_____Suhu dalam kamarku begitu dingin meskipun aku tidak menyalakan alat hawa dingin. Aku menggosok-gosok kedua-dua telapak tanganku untuk mendapatkan haba. Perbuatanku bagai cembul dengan tutup kerana memang sesuai benar. Namun begitu, aku masih menggigil kesejukan. (35p)

_____Aku menggosok-gosok kedua–dua telapak tanganku sambil bertanya, “Apakah yang ada di televisyen?” (12p)

_____Kemudian, aku memulas tombol pintu kamarku untuk pergi ke kamar istirahat untuk menonton rancangan di televisyen. Sebenarnya, aku berseorangan di rumah kerana keluargaku menghadiri majlis walimah Pak Cik Irfan, sepupu ayahku. Selalunya, aku bagai lebah menghimpun madu kerana sangat rajin. Namun, pada hari ini, aku berasa letih lalu enggan mengikuti mereka. (51p)

_____Aku memegang alat kawalan jauh televisyen lalu berfikir, “Mujur aku dapat berehat.” (12p)

_____Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu bunyi dentingan di kamar dapur. Barangkali daun-daun jendela di kamar dapurku belum ditutup. Pasti angin kencang menembusi jendela lalu meniup sudu dan garpu yang mengakibatkan bunyi berdenting. Aku pun berjingkit-jingkit untuk menuju ke kamar dapur. Aksiku seperti air dalam kolam kerana tenang sikap dan tingkah lakuku. (51p)

_____Aku pergi ke dapur lalu terpekik, “Ah, lipas!” (8p)

_____Aku mengurut-urut dadaku. Seekor lipas berterbangan dalam kamar dapurku seolah-olah sebuah helikopter yang mahu membuat pendaratan kecemasan. Aku cuba mengelak daripada terkena lipas yang menggila itu. Aku ayam tambatan kerana orang harapan. Aku mencapai sebuah tin penyembur serangga lalu menyembur racun ke arah lipas itu. (45p)

_____Aku menekan penyembur racun sambil meneriak, “Ha, mati engkau!” (9p)

_____Akhirnya, lipas itu tersembam ke lantai kamar dapur. Aku berpuas hati kerana tidak perlu berasa geli-geleman lagi. Ia terbujur kaku. Aku mencapai sebatang penyapu dan penadah sampah lalu mengalihkan bangkai itu ke dalam tong sampah. Aku tidak seperti lipas itu. Aku seperti menatang minyak yang penuh kerana sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya. (53p)

_____Aku pun duduk semula di kamar istirahat sambil berbisik, “Manalah ibu bapaku?” (12p)


328 perkataan


No comments:

Post a Comment