Wednesday, October 14, 2020

Darjah 4 (2020) - Karangan 7B

 


     Pada hari Rabu yang lalu [1Bi], Omar [2S] membeli anting-anting untuk isterinya [3A] kerana hari itu hari lahir isterinya [4M]. Dia ambil berat kerana memberikan perhatian kepada anting-anting yang cantik itu. Dia berasa gembira [5Ba]. Dia berada di sebuah kedai yang menjual barang kemas [6Di].

     Kemudian [1Bi], dua orang yang bertopeng [2S] memasuki kedai itu lalu mengeluarkan pistol [3A] kerana mahu merompak banyak wang [4M]. Seorang pekerja di situ mati akal kerana tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Omar pula berasa takut [5Ba]. Dua orang bertopeng itu berada di kaunter [6Di].

     Seterusnya [1Bi], seorang pegawai polis [2S] berjalan di luar kedai barang kemas itu [3Di]. Pekerja-pekerja di situ berasa amat gembira [4Ba] kerana polis itu akan menangkap perompak-perompak itu [5A] kerana mereka mahu merompak wang [6M]. Perompak-perompak itu otak udang kerana bodoh mahu merompang wang.

     Akhirnya [1Bi], pekerja-pekerja di kedai barang kemas [2S] itu berterima kasih banyak kali kepada pegawai polis itu  [3A] kerana dua orang bertopeng itu telah ditangkap olehnya [4M]. Pekerja-pekerja itu dan Omar besar hati kerana bangga dengan perbuatannya. Perompak-perompak itu dimasukkan ke dalam kereta ronda polis [5Di]. Semboyan kereta itu berbunyi [6Ba] semasa meninggalkan tempat itu.

(165 perkataan)

Bahasa dalam karangan telah dibaiki.

Dikarang oleh:
Raja Ariqah Dania Binte Raja Muhd Qamarul Razie
4 Opal
Kampung Punggol View

Markah:
Isi - 7/7
Bahasa - 8/8

Ulasan Guru:
Syabasangat! Susunan isi dalam karangan kamu amat baik. Kamu berjaya menggunakan peribahasa dan makna dengan tepat. 

No comments:

Post a Comment