Sunday, September 16, 2018

D6 2018 - Karangan 10A

Matlamat
1. menguji kemahiran menyusun BiDiSAMBa
2. menulis 150 perkataan



_____Pada hari Sabtu lalu, pukul 9.30 pagi [1B], Hady, Arfun, Alfie dan Aqid [2S] berada di gelanggang papan selaju berdekatan dengan blok mereka [3S]. Mereka berasa seronok [4Ba] kerana menghiburkan diri sendiri [5M] dengan bermain papan selaju masing-masing [6A].

_____Kemudian [1B], Hady dan Arfun [2S] berdiri di tepi gelanggang [3D]. Mereka merancang untuk bermain di tempat lain [4A]. Mereka mahu mencuba kemahiran baharu [5M] kerana berasa bosan [6Ba] bermain di gelanggang.

_____Tiba-tiba [1B], di ruang pejalan kaki [2D], Hady dan Arfun ternampak Faah [3S] lalu berasa terkejut [4Ba]. Mereka terlanggar Faah [5A] kerana leka bermain dan tidak berhati-hati [6M].

_____Selepas itu [1B], Faah [2S] menangis teresak-esak [3A] di ruang pejalan kaki [4D]. Kaki kirinya tercedera [5M] dan dia berasa amat sakit [6Ba].

_____Seterusnya [1B], Hady dan Arfun memapah Faah [2S] ke sebuah bangku [3D]. Mereka cuba memujuk Faah [4A] kerana tidak mahu Faah menangis lagi [5M]. Mereka berasa risau [6Ba] akan kecederaan Faah.

_____Akhirnya [1B], Hady, Arfun memapah Faah [2S] ke depan pagar rumah Faah [3D]. Hady dan Arfun memohon maaf daripada ibu Faah [4A] kerana mencederakan Faah [5M]. Mereka berasa menyesal atas perbuatan mereka [6Ba].


(Jumlah perkataan 150)

Markah:
Isi - 14 (band 'Kepujian' 13 - 16)
Bahasa - 20 (band 'Cemerlang' 17 - 20)

No comments:

Post a Comment