Thursday, October 9, 2014

Karangan Darjah 3 (2014) - Karangan Terbaik 9


_____Pada hari Ahad yang lalu [1B], Hamid dan Ali [2S] berasa bosan di rumah. Mereka berasa bosan kerana [3M] cuaca hujan tetapi Hamid mahu berlari-lari anak [4A]. Hamid menelefon Ali lalu mengajaknya berlari-lari anak [5B]. Ali bersetuju untuk berlari-lari anak selepas hujan reda. Mereka pun bersiap lalu berlari-lari anak di ruang pejalan kaki [6M].

_____Kemudian [1B], Hamid dan Ali ternampak seorang pak cik [2S] yang terjatuh daripada motosikalnya [3A]. Mereka ambil berat tentang pak cik itu lalu membantunya [4B].

_____Selepas itu [1B], mereka membawa pak cik [2S] yang cedera parah itu ke tepi [3M]. Hamid dan Ali menelefon ambulans secepat mungkin [4B]. Mereka khuatir kerana pak cik itu cedera parah [5A]. Mereka menunggu di tepi jalan [6M]. Hamid dan Ali ialah budak-budak yang ringan tulang.

_____Tiba-tiba [1B], mereka terdengar bunyi semboyan ambulans [2A]. Hamid dan Ali segera melambaikan tangan mereka kerana mahu pemandu ambulans [3S] tahu di mana mereka berada. Paramedik mengangkat pak cik itu ke dalam ambulans [4M]. Paramedik itu mengucapkan terima kasih kepada Hamid dan Ali kerana menelefon ambulans [5M]. Mereka ada akal untuk menolong orang yang cedera [6B].

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nur Nadhirah Bte Abdul Kareem
3 Innovative
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi – 8/8
Bahasa – 5/7


Ulasan guru:

No comments:

Post a Comment