Tuesday, June 3, 2014

Wawancara

1. Apakah perasaan kamu sekarang ketika menghadiri Seminar Bahasa Melayu 2014?

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Hizam, kerana memberi saya peluang menghadiri Seminar Bahasa Melayu 2014. Saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang model karangan yang murid-murid Sekolah Chongfu pelajari. 

Kedua, saya amat tertarik dengan pameran-pameran daripada sekolah-sekolah lain kerana banyak ilmu baru saya timba yang boleh mempersiapkan saya menghadapi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. 

Terakhir, saya berpeluang berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan murid-murid daripada sekolah-sekolah lain dan juga peringkat sekolah menengah.

2. Apakah yang pengalaman yang kamu tidak dapat lupakan?

Saya fikir pameran daripada sekolah xxx amat baik kerana memberi kesan kepada saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pameran itu. Sebelum ini, saya tidak pernah menghadiri majlis ilmu seperti ini. Jika ada peluang seperti ini lagi, saya mahu menyertainya bersama kawan-kawan.

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment