Wednesday, September 18, 2013

Karangan Darjah 6BM (2013) - Karangan Terbaik 10


_____"Ah, aku mahu ambil angin di luarlah!" aku berkata dengan perasaan bosan.

_____Aku berasa bosan di rumah lalu berjalan ke arah pintu rumahku. Aku terhidu asap tetapi aku lepas tangan sahaja kerana mungkin itu bau masakan jiranku. Aku membuka pintu itu lalu keluar daripada rumahku. Apabila aku berada di kolong blok rumahku, aku terhidu asap yang lebih kuat. Aku pusing lalu ternampak rumah jiranku terbakar.

_____"Api! Api!" aku pekik meminta tolong daripada orang-orang di sekelilingku.

_____Api itu sangat menyeramkan. Aku ada akal lalu menelefon pasukan polis dan pasukan bomba untuk memadamkan api itu. Aku memberita mereka alamat rumah jiranku. Aku pekik lantang untuk memberitahu penduduk-penduduk di kawasan itu agar menyelamatkan diri. Ternyata, jiranku memberitahu bahawa ada seseorang yang telah terperangkap dalam rumah yang terbakar itu.

_____"Nino! Nino!" bunyi semboyan lori bomba dengan kuat.

_____Aku memberitahu pegawai polis tentang apa yang aku telah saksikan lalu sekumpulan anggota bomba mengeluarkan alat-alat mereka untuk memadamkan api itu. Pasukan itu seperti lipas kudung kerana mereka bergerak pantas. Apabila anggota-anggota bomba telah bersedia, asap semakin berkepul-kepul dari rumah itu.

_____"Satu, dua ,tiga!" pekik anggota-anggota bomba itu dengan suara yang lantang.

_____Mereka ada jalan untuk memadamkan api itu. Mereka gunakan tangga automatik dan pancutan air untuk memadamkan api itu. Hos air itu sangat menakjubkan kerana aku tidak pernah melihat hos bomba yang keluarkan air dengan pantas dan kuat.

_____"Wha!Wha!" jerit seorang budak yang terperangkap di dalam rumah itu.

_____Pasukan bomba itu telah berjaya menyelamatkan nyawa seseorang. Mereka perah tenaga untuk menyelamatkan seorang budak. Ibu budak itu sangat bersyukur lalu berterima kasih kepada aku dan pasukan bomba serta pasukan polis itu.

_____"Aah, Aku berasa kagum terhadap perbuatan mereka!" aku berkata sambil berasa bangga terhadap mereka. 

_____Aku menelefon isteriku untuk membenarkan jiran kami tinggal di rumah kami selama sebulan sahaja kerana rumahnya terbakar. Isteriku bersetuju terhadap keputusanku. Jiranku berterima kasih lalu mahu mengupah aku disebabkan kebaikanku tetapi aku menolak kerana aku putih hati menolongnya.

_____"Tidak mengapa Cik Lee, gunakan wang ini untuk anak-anak kamu, ya?" aku berkata secara ikhlas.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Syarifah Nursyahirah Bte SA
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 17
Bahasa - 18

Ulasan guru:
- rumahku, jiranku, isteriku ... (sambung)
+ jalan cerita tersusun
+ ayat dan dialog dramatik
+ penggunaan peribahasa sesuai
+ struktur D-G-D jelas



No comments:

Post a Comment