Wednesday, March 13, 2013

Karangan Darjah 3 - (1) (Karangan Terbaik)





_____Pada suatu hari, Nizam terperanjat apabila kawan-kawannya membelikan kek untuk dia kerana dia meraikan hari lahirnya. Kemudian, mereka membawa kek itu ke dapur. Kawan-kawannya pun membawa banyak hadiah untuk dia. Nizam berasa sangat gembira.

_____Kawan-kawan Nizam iaitu Haris, Nina dan Hazim menyanyikan lagu hari lahir untuk dia. Mereka pun bertepuk tangan apabila mereka sudah selesai menyanyikan lagu hari lahir.

_____Kemudian, Nizam memotong kek itu lalu memberikan kepada kawan-kawannya. Keknya berwarna coklat dan berkilat-kilat.

_____Selepas itu, mereka menyuruh Nizam membuka sampul hadiah-hadiahnya. Haris memberi sebuah kereta mainan kepada Nizam.

(Isi karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:

Dina Insyirah Binte Ismail
3E
Sekolah Chongfu

Markah:

Isi - 8/10

Ulasan Guru:

Anggota keluarga Nizam perlu ada dalam cerita.

No comments:

Post a Comment