Sunday, November 14, 2021

Kosa Kata #2 (Darjah 5 2021)

https://crosswordlabs.com/view/kosa-kata-2-darjah-5-2021

Kosa Kata #2 (Darjah 3 2021)

https://crosswordlabs.com/view/kosa-kata-2-darjah-3-2021

D5BM 2021 - Karangan 7 - Soalan 1B (Amali)

Satu peristiwa yang mengajar kamu nilai bekerjasama.

apa yang berlaku
siapa yang terlibat dalam peristiwa itu
bagaimana kamu mengatasi masalah tersebut
apa pelajaran yang kamu peroleh daripada peristiwa itu


_____Pada hari Jumaat lalu, aku sedang duduk di kantin sekolah. Aku terlihat sekumpulan pelajar sedang betengkar. Mereka seperti anjing dengan kucing kerana selalu bergaduh. Aku teringat semula suatu peristiwa yang berlaku pada bulan Januari. --> 28 perkataan

_____Kumpulan Sofy perlu menyiapkan suatu projek peribahasa di dalam kelas. Sofy mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dia mengajak kumpulannya berbincang tetapi mereka salah faham. --> 28 perkataan

_____Tiba-tiba, Sofy tidak bersetuju lalu mengherdik Shikin. Shikin pun menaikkan suaranya. Efan dan Nafiz yang baru tiba di kelas 5 Budiman dari kelas 5 Arif berasa risau. Mereka campur tangan kerana melibatkan diri dalam hal orang lain. Kelas-kelas mereka terletak di tingkat lima. --> 43 perkataan

_____Sebenarnya, Sofy tidak bersetuju untuk melukis sebuah poster sebagai projek kumpulannya. Shikin keras kepala kerana degil. Dia tetap mahu melukis poster lalu dia dan Sofy saling bertengkar. Efan melaporkan peristiwa itu kepada guru Bahasa Melayu mereka iaitu Cikgu Hazim. Nafiz khuatir Shikin dan Sofy akan tercedera jika mereka bergaduh. Aku juga turut risau semasa memerhatikan gelagat mereka. --> 57 perkataan

_____Mujur, Cikgu Hazim dalam perjalanan ke kelas 5 Budiman. Dia bergegas masuk ke dalam kelas selepas Efan melaporkan pertengkaran antara Sofy dan Shikin. Cikgu Hazim menegur sikap Sofy dan Shikin yang tidak bekerjasama. Cikgu Hazim menasihati mereka bahawa sikap bekerjasama penting dalam kerja berkumpulan. Sepatutnya, Sofy dan Shikin mesti bagai aur dengan tebing kerana saling membantu. --> 56 perkataan

_____Akhirnya, Sofy dan Shikin buang yang keruh, ambil yang jernih kerana berdamai dan melupakan pertelingkahan. Projek yang mereka hasilkan meraih markah tertinggi dan pujian daripada rakan-rakan dan Cikgu Hazim. Peristiwa itu mengajar aku tentang nilai bekerjasama. Selain itu, aku belajar bahawa sifat hormat-menghormati perlu ada dalam kumpulan. Kita perlu berbincang dengan baik agar suasana lebih harmoni. --> 56 perkataan

Jumlah perkataan: 268

Thursday, November 4, 2021

D5BM 2021 - Latihan Kosa Kata

Selamat Sejahtera, 5 Budiman.

Baca arahan-arahan berikut lalu selesaikan tugasan.

1. [
1000h-1010h] (Tembok Kata) Taipkan SEPULUH (10) perkataan baharu atau yang tidak difahami dalam Mentimeter (PIN: 55199182):
https://www.menti.com/74v22p4aon 

2. [1010h-1020h] (Jejak Kata) Cari makna perkataan-perkataan baharu atau yang tidak difahami menerusi www.dbp.gov.my lalu catat dalam Buku Ilmu.

3. [1030h-1040h] (Sambung Lagu Itu) Tonton DUA (2) video berikut lalu catat sekurang-kurangnya LIMA (5) perkataan baharu atau yang tidak difahami dalam Buku Ilmu.
https://www.youtube.com/watch?v=3Jt-flvNKpY

https://www.youtube.com/watch?v=IVFMLpTnX8Y

4. [1040h-1050h] (Baca Berita) Baca TIGA (3) rencana elektronik dalam Berita Harian bertarikh 05.11.21 lalu kenal pasti SATU (1) rencana yang amat kamu minati: https://www.beritaharian.sg/

5. Jika selesai, tonton video-video berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=Wplnu2RsJzQ

https://www.youtube.com/watch?v=1r1G-kAWaPM


















Wednesday, October 27, 2021

D5BML 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 4 - Latihan 1)

Arahan: Gunakan pena berdakwat hijau untuk membuat pembetulan.


1. (4) - D3/D4 - (parafrasa) petah bercakap
2. (7) - BML - (parafrasa) pulang ke tanah airnya
3. (5) - D5/D6 - (parafrasa) melupakan sengketa
4. (1) - D3/D4 - (parafrasa) tulisannya yang kecil dan sukar dibaca
5. (8) - D5/D6 - (parafrasa) hanya tahu hal-ehwal di sekeliling


6. situasi / tujuan / kegunaan 
(kata-->kata/imbuhan)
7. dan (kata-->kata)
8. kehidupan (imbuhan-->imbuhan)
9. menyiapkan (imbuhan-->imbuhan)
10. pada (kata-->kata)


(Salin pembetulan bagi soalan-soalan yang tidak diberikan markah penuh.)
11. kelapa atau dikenali juga dengan nyiur (2).
12. dijadikan kelapa parut, santan dan minyak masak (2).
13. Pokok Kelapa Pokok Serbaguna (2)
Semua bahagian pokok kelapa boleh dimanfaatkan (2).
14. 
Salah (1). Bagi tanaman secara komersil, pokok kelapa sesuai ditanam di kawasan lapang (1).
Betul (1). Mengikut tradisi masyarakat Melayu, air kelapa muda dikatakan boleh jadi penawar kepada demam campak atau keracunan (1). 
15. penawar
16. sekadar


17. Hubungan Yasmin dan ibunya mesra (2).

ATAU rapat (2).

18. Dua bukti yang menjelas perasaan Puan Suliah terhadap panggilan telefon yang diterima oleh anaknya adalah Yasmin baru cuti dua hari (2) dan dia belum puas meluangkan masa dengan Yasmin (2).

19. Bukti bahawa Yasmin kenal akan pesakit itu adalah bibirnya mengukir senyuman apabila mengamati wajah pesakit yang tidur lena itu (2).

20. Bantuan yang dihulurkan oleh Cikgu Hussein kepada Yasmin adalah menghulurkan satu dolar kerana Yasmin tidak ada duit untuk membeli makanan (2) dan membeli barang-barang keperluan sekolahnya (2). 

21. Dua sebab Cikgu Hussein mahu membantu Yasmin sehingga menjadi seorang manusia berguna adalah beliau mengenali ayah Yasmin sejak kecil (2) dan Yasmin anak yang pintar dan rajin (2).

ATAU beliau tidak mahu Yasmin patah semangat untuk belajar kerana kemiskinan (2).

22. Cara Yasmin dapat membalas budi Cikgu Hussein adalah belajar rajin-rajin supaya masuk ke universiti (2) dan merawat ibunya dan Cikgu Hussein jika mereka sakit (2).

23i. melihat dengan sedih (2)
23ii. dihukum (2)

Tuesday, October 26, 2021

D5BM 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 4 - Latihan 3)

Selamat Sejahtera, 5 Budiman!


Pastikan kamu telah menyelesaikan Kertas 2 (Penggal 4 - Latihan 3) terdahulu sebelum menyemak jawapan. Integriti.

Jika jawapan kamu salah, gunakan pena berdakwat hijau untuk mencatat pembetulan. Ingat! Integriti.


1. (3)
2. (1)
3. (1)
4. (1)
5. (1)
6. (4)
7. (4)
8. (2)
9. (2)
10. (4)

11. (3)
12. (2)
13. (3)
14. (4)
15. (2)


16. (4)
17. (2)
18. (2)
19. (1)
20. (1)

21. (1)
22. (4)
23. (3)
24. (2)
25. (3)

26. (5)
27. (1)
28. (3)
29. (6)

30. (4)
31. (3)
32. (1)

33. 'Bijak Belajar Matematik' yang mengajar formula Matematik melalui kaedah permainan (1) dan 'Ayuh, Kawal Stres!' yang mengajar bersenam, makan sihat dan mengatur masa untuk kurangkan tekanan (1). Ayuh, kita menyertai Program Istimewa Bimbingan Pelajar (1)!

34. Perkara yang akan dilakukan oleh Dani setiap kali dia ke rumah datuknya adalah meneroka kawasan semak untuk melihat alam semula jadi di belakang rumah Datuk (2).

35. Sebab-sebab Dani berasa takjub melihat anak burung yang telah menetas adalah seekor daripada anak-anak burung mematuk-matuk kulit telurnya sehingga pecah (2) dan anak burung itu menolak-nolak dirinya untuk keluar daripada kulit telur itu sehingga berjaya (2).

36. Cara Dani mahu menolong burung-burung itu adalah mencarikan cacing di kebun Datuk dan berikan kepada burung-burung itu (2).

ATAU betulkan sarang yang kelihatan rosak di bahagian tepi (2).

37. Sebab-sebab anak-anak burung berdecit-decit keriuhan adalah sarang burung itu bergoyang-goyang dengan kuat sehingga sebiji telur burung tergolek keluar dari sarang itu (2) dan menarik perhatian ibu bapa burung (2).

38. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Dani berasa risau tentang keselamatan anak-anak burung itu adalah dia telah ke kawasan semak itu (2) dan mengambil telur yang terjatuh lalu meletakkannya ke dalam sarang semula (2).

39. Bukti bapa burung seekor burung yang bijak adalah ia terbang mendekati Dani yang sedang berada tidak jauh dari situ (2) untuk mendapatkan bantuan Dani (2).

40(a). kesempatan
40(b). disangka-sangka

Sekarang, catatkan markah-markah dalam ruang pada hamanan utama (cover page) dengan menggunakan dakwat hijau.

Sunday, October 24, 2021

D5BM 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 4 - Latihan 4)

Selamat Sejahtera, 5 Budiman!

Pastikan kamu telah menyelesaikan Kertas 2 (Penggal 4 - Latihan 4) terdahulu sebelum menyemak jawapan. Integriti.

Jika jawapan kamu salah, gunakan pena berdakwat hijau untuk mencatat pembetulan. Ingat! Integriti.

1. (3)
2. (3)
3. (2)
4. (1)
5. (2)
6. (3)
7. (2)
8. (1)
9. (1)
10. (2)

11. (4)
12. (4)
13. (3)
14. (2)
15. (1)


16. (4)
17. (1)
18. (4)
19. (1)
20. (3)

21. (4)
22. (3)
23. (4)
24. (4)
25. (3)

26. (2)
27. (1)
28. (4)
29. (3)

30. (3)
31. (1)
32. (2)

33. borang awak telah ditandatangani oleh ibu bapa atau waris sebelum 30 Oktober (1) dan awak mesti mengikuti semua kelas Membuat Kek anjuran Ketuhar (1). Ayuh, masukilah pertandingan ini (1)!

34. Aidil tidak datang ke sekolah selama empat hari kerana dia demam selesema (2).

35. Satu nasihat yang diberikan Doktor Hisyam kepada Aidil adalah banyak minum air kerana cuaca panas (2).

ATAU banyak berehat di rumah kerana dia masih lemah (2).

36. Dua sebab Aidil berasa bosan duduk di rumah adalah dia duduk seorang diri di rumah kerana ibu dan bapanya terpaksa bekerja di pejabat (2) dan dia tidak dapat bermain bola sepak dengan kawan-kawannya di sekolah (2).

ATAU dia keseorangan di rumah selama dua hari (2) .

37. Dua bukti bagi menyokong pernyataan bahawa ibu dan bapa Aidil mengambil berat terhadap diri Aidil adalah sebelum keluar bekerja, ibunya akan menyiapkan makanan untuknya (2) dan setiap empat jam, bapanya pula akan menelefonnya untuk bertanya tentang keadaannya dan mengingatkannya supaya makan ubat (2).

38. Dua perkara yang Aidil risaukan apabila dia tidak dibenarkan pergi ke sekolah adalah dia akan ketinggalan dalam pelajaran (2) dan dia belum selesai mengulang kaji Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah yang akan didudukinya beberapa bulan lagi (2).

39. Dua bukti yang menyokong pernyataan bahawa Aidil ialah seorang pelajar yang bertanggungjawab adalah dia setuju akan kebenaran kata-kata ibunya (2) dan dia tidak mahu menjadi penyebab kawan-kawannya tidak ke sekolah (2).

40(a). memujuk
40(b).

Sekarang, catatkan markah-markah dalam ruang pada hamanan utama (cover page) dengan menggunakan dakwat hijau.

Saturday, August 21, 2021

D5BM 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 3 - Latihan 2)

Selamat Sejahtera, 5 Budiman!

Pastikan kamu telah menyelesaikan Kertas 2 (Penggal 3 - Latihan 2) terdahulu sebelum menyemak jawapan. Integriti.

Jika jawapan kamu salah, gunakan pena berdakwat hijau untuk mencatat pembetulan. Ingat! Integriti.

1. (4)
2. (3)
3. (1)
4. (1)
5. (1)
6. (4)
7. (2)
8. (3)
9. (2)
10. (4)

11. (2)
12. (1)
13. (4)
14. (2)
15. (2)

16. (4)
17. (3)
18. (4)
19. (2)
20. (1)

21. (4)
22. (1)
23. (1)
24. (4)
25. (3)

26. (2)
27. (1)
28. (5)
29. (6)

30. (2)
31. (4)
32. (3)

33. Ibu boleh menghadiri kursus menjahit beg (1) dan menghadiri kursus menjahit kusyen dan alas meja (1). Marilah Ibu mendaftarkan diri sekarang (1)!

ATAU menjahit busana moden (1).

[Mengapakah ada dua isi hijau?]

34. Perkara yang menyebabkan Zaki tersenyum adalah dia merupakan calon ketua kelas (2).

35. Bukti-bukti yang menunjukkan Zaki yakin teman-temannya akan memilihnya menjadi ketua kelas adalah dia merupakan murid yang cemerlang dalam pelajaran (2) dan dia juga peramah dan tiada masalah berkawan dengan teman-teman sekelasnya (2).

36. Sebab perkara ini berlaku adalah Cikgu Rina mengumumkan bahawa Faiz menjadi ketua kelas (2).

ATAU Zaki tidak percaya bahawa Faiz telah dipilih menjadi ketua kelasnya (2).

37. Dua sebab Faiz dipilih menjadi ketua kelas adalah dia mendapat undian yang tertinggi kerana kawan-kawannya memilihnya (2) dan perwatakannya yang baik dapat dijadikan contoh tauladan kepada murid-murid lain (2).

ATAU dia baik hati (2).
ATAU dia akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi masalah (2).
ATAU dia menghormati orang tua (2).
ATAU tutur katanya juga sopan dan tidak pernah menyakiti hati orang lain (2). 

[Mengapakah ada lima isi biru?]

38. Dua perkara yang menunjukkan bahawa Zaki berusaha untuk berubah adalah dia mahu membuang sifat pentingkan diri sendiri dan akan berbuat baik kepada semua orang (2) dan tidak akan mengharapkan sebarang balasan daripada mereka (2). 

ATAU dia perlu berbaik sangka dan akan menjauhi sifat-sifat yang negatif (2).

[Mengapakah isi ketiga merah jambu?]

39. Perkara yang menyebabkan Zaki yakin bahawa Faiz layak dipilih sebagai ketua kelas adalah semasa Zaki terjatuh, Faiz menolongnya bangun lalu memapahnya ke pejabat untuk mendapat rawatan (2) dan Faiz juga telah melaporkan kejadian itu kepada Cikgu Rina (2).

40a. muktamad
40b. sopan

Sekarang, catatkan markah-markah dalam ruang pada hamanan utama (cover page) dengan menggunakan dakwat hijau.

Tuesday, August 17, 2021

D5BM 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 3 - Latihan 1)

33. ... sakit kepala yang teruk (1) dan mengambil masa yang lama untuk sembuh (1). Marilah kita membasmi pembiakan nyamuk Aedes di rumah (1)!

ATAU loya dan muntah-muntah (1) / sakit otot dan sendi (1) / demam panas dan ruam (1) + menyebabkan pesakit mengalami penderitaan (1).  



Kefahaman 2

Latihan kali ini bertujuan agar kamu:
- menyalin semula batang soalan
- mengenal pasti isi-isi jawapan yang betul
- memahami cara markah diberikan
- memahami cara markah dikurangkan


34. Perasaan Sulaiman setelah memasuki rumahnya itu adalah berdebar-debar (2). ATAU takut (2). ATAU gementar (2).

35. Perkara yang sedang dilakukan oleh keluarga Sulaiman ketika dia masuk ke dalam biliknya adalah ayahnya sedang duduk di sofa di sisi telefon (2) manakala ibunya pula duduk di kerusi meja makan sambil memerhatikan adiknya yang sedang mengulang kaji pelajaran (2).

36. Satu sebab ibu bapa Sulaiman tidak membelikannya alat permainan PS4 untuknya adalah dia hanya akan membuang masa (2). ATAU dia akan mula leka dengan permainan itu (2).

37. Dua akibat daripada kelekaan Sulaiman bermain permainan PS4 itu adalah pelajarannya juga akan terjejas (2) dan akibat leka, Sulaiman sudah tidak sedar bahawa waktu sudah menjelang malam dan dia sudah pulang lewat ke rumah (2).

38. Bukti yang menunjukkan Sulaiman mula berasa takut adalah badannya terasa seram macam mahu demam (2) dan dia mula memikirkan nasibnya selepas mandi nanti (2). ATAU dia gugup ketika bercakap dengan ibunya (2).

39. Contoh-contoh yang menunjukkan bahawa orang tua Sulaiman merupakan ibu bapa yang mengambil berat tentang pelajaran Sulaiman dan adiknya ialah mengambil berat akan penjagaan anak-anak mereka terutama dalam hal pelajaran, kebebasan dan akhlak (2) dan mereka mahu Sulaiman dan adiknya terus pulang ke rumah selepas sekolah (2). ATAU buku-buku pelajaran mereka selalu disemak (2). ATAU jika mereka ada kegiatan di sekolah, perlu mereka diberitahu dahulu sebelum Sulaiman dan adiknya ke sekolah (2).


Panduan Pemarkahan:
- setiap jawapan perlu ada batang soalan
- 1 isi untuk 2 markah
- 2 isi untuk 4 markah (isi-isi mestilah  berbeza makna)
- jika jawapan ada 1 atau 2 isi tetapi tiada batang soalan, potong 1 markah
- jika jawapan ada batang soalan tapi isi salah, 0 markah

Tuesday, July 27, 2021

D5 2021 - Karangan 5A & 5B

Apakah peribahasa yang paling mudah?




Apakah peribahasa yang paling sukar?




ARAHAN:

1. Baca karangan berikut.




_____Pada hari Sabtu lalu [1Bi], Puan Khyra [2S] menasihati Ifah dan Ihsan [3A] agar menjaga diri baik-baik kerana dia ingin bekerja [4M]. Hubungan Ifah dan Ihsan air dicencang tiada putus kerana ikatan persaudaraan antara adik-beradik tiada putus. Ifah dan Ihsan melambai tangan [5Ba] ke arah ibu mereka di pintu ruang tamu [6Di]. --> 46 perkataan

_____Kemudian [1Bi], Ihsan [2S] berasa lapar [3Ba]. Ifah dan Ihsan bagai aur dengan tebing kerana saling membantu. Dia meminta kakaknya untuk memasak mi segera [4A] kerana dia tidak tahu memasak [5M]. Mereka berada di dapur [6Di]. --> 30 perkataan

_____Selepas itu [1Bi], Ifah [2S] pun memasuki bilik tidurnya [3Di] kerana dia ingin membaca buku cerita [4M]. Ihsan menunggu air dalam cerek mendidih [5A]. Perbuatannya bagai menghitung bulu kambing kerana usaha yang sia-sia. Perutnya sudah berkeroncong [6Ba]. --> 31 perkataan

_____Tiba-tiba [1Bi], Ihsan [2S] menjerit kesakitan [3A]. Ifah tersentak daripada tidurnya [4Ba] lalu berlari ke dapur [5Di]. Mulut Ifah ternganga kerana dia menjadi cemas [6M]. Peristiwa itu cubit paha kanan, paha kiri terasa juga kerana apabila seseorang teraniaya, kaum keluarganya akan terasa juga.  --> 37 perkataan

_____Seterusnya [1Bi], Ifah menghubungi jirannya [2A], Kak Arpah [3S], lalu merayu agar Kak Arpah datang segera ke rumahnya [4Di] kerana tangan kanan Ihsan melecur [5M]. Kak Arpah tiba dengan wajah yang tenang [6Ba] lalu memberikan rawatan kecemasan kepada Ihsan. Kak Arpah banting tulang kerana bekerja keras dengan bermati-matian untuk menolong Ihsan. --> 45 perkataan 

_____Akhirnya [1Bi], Ifah [2S] menelefon ibunya [3A] kerana mahu memberitahu perisitiwa yang terjadi kepada Ihsan [4M]. Ihsan berhenti menangis [5Ba]. Ihsan, Kak Arpah dan Ifah lapang dada kerana berasa senang. Mereka berehat di ruang tamu rumah Ihsan dan Ifah [6Di]. -->  34 perkataan


2. Kira jumlah perkataan bagi perenggan 1 hingga 5. Kongsi jumlah itu dalam kelas, esok.


3. Kenal pasti satu peribahasa bagi perenggan 1 hingga 5. Taipkan peribahasa pilihan kamu dalam Padlet: 
https://padlet.com/cikguhizam/5budiman2021a (kata laluan: abangz)


4. Serlahkan warna hijau tetingkap kamu jika selesai.


5. Bersedia untuk berbincang dalam kumpulan dan berikan sebab/pendapat tentang peribahasa-peribahasa pilihan kamu dalam kelas, esok.

Tuesday, July 20, 2021

D5BML 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 3 - Latihan 1)

Arahan: Gunakan pena berdakwat hijau untuk membuat pembetulan.

1. (2) - D3/D4 - (parafrasa) memintanya semula
2. (8) - D3/D4 - (bulat) hadiah yang diberikan sebagai kenang-kenangan
3. (6) - D5/D6 - (bulat) cepat dan cekap
4. (4) - D5/D6 - (parafrasa) dengan alasan
5. (7) - BML - (parafrasa) membantu ... didermakan


6. diubatkan (imbuhan-->imbuhan)
7. selera (kata-->kata)
8. bahawa (kata-->kata)
9. menghapuskan (imbuhan-->imbuhan)
10. kebersihan (imbuhan-->imbuhan)


(Salin pembetulan bagi soalan-soalan yang tidak diberikan markah penuh.)
11. tauhu.
12. pengisaran dan pemasakan tidak boleh melebihi 10 minit.
13.
Cara membuat tauhu
Perenggan 2 hingga perenggan 5 menjelaskan cara-cara untuk membuat tauhu.
14.
Salah. Sebelum serbuk kapur tauhu, air asam dicampurkan agar tauhu menggumpal.
Betul. Selepas air yang masih tercampur dalam tauhu itu terperas habis, barulah adunan tauhu boleh dipotong.
15. disaring / ditampi
16. mengendap


17. Perkara yang menyebabkan penulis dan rakan karibnya berasa tertekan adalah mereka harus memenuhi harapan ibu bapa mereka yang mahu mereka melangkah masuk ke Institusi Kenanga (2).
18. Perbuatan Arif yang membuat hubungan dengan penulis menjadi renggang adalah setiap kali penulis cuba mendekatinya untuk bertanya khabar, dia akan memekik dan menyuruh penulis pergi (2).
19. Dua bukti yang menunjukkan bahawa penulis bimbang akan keadaan Arif adalah penulis tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran yang diajarkan oleh guru kerana penulis asyik memikirkan keadaan Arif (2) dan pergi ke rumah Arif selepas menghadiri kelas tambahan Bahasa Melayu (2).
20. Perbuatan-perbuatan Arif itu adalah telinga Arif bertindik (2) dan menghisap rokok sambil menghidu gam (2).
21. Dua sebab penulis benar-benar mahu menolong Arif adalah persahabatan mereka terjalin sejak darjah satu (2) dan tanggungjawabnya sebagai seorang teman (2).
22. Sebab penulis masih dihantui dengan kejadian itu adalah dia rasa bersalah (2) dan melihat wajah Arif yang penuh kebencian (2). ATAU Arif mengherdik penulis sambil memandang ke arahnya degan marah (2).
23i. tidak bersekolah tanpa kebenaran
23ii. melihat dengan teliti tingkah laku

Tuesday, July 6, 2021

D5 2021 - Tembok Kata e-Berita Harian (07.07.21)

Taipkan LIMA (5) perkataan baharu/tidak fahami yang kamu jumpa dalam rencana e-Berita Harian.



Sunday, June 27, 2021

D5BML 2021 - Karangan BML 5C



_____Telefon berdering. Ibu yang sedang duduk di sofa berdiri lalu berjalan ke arah telefon untuk menjawab panggilan itu. Tiba-tiba, wajah Ibu berubah. Ibu  segera meletakkan gagang telefon. Tanpa membuang masa, Ibu mengatur langkah. Ibu bergerak seperti lipas kudung kerana dia cepat dan cekap untuk pergi ke pintu. Saya berasa hairan kerana saya tidak tahu apa yang terjadi.

_____“Ibu, apakah yang terjadi?” saya bertanya kepada Ibu dengan nada suara yang bimbang.

_____Dengan nada suara yang pilu, saya melihat mata Ibu belinangan dengan air mata. Ibu memberitahu saya bahawa bapa dan ibu saudara saya baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya. Perasaan saya berdebar-debar dan saya rasa sungguh terperanjat akan musibah yang dilanda oleh bapa dan ibu saudara saya. Perasaan ini bagai cubit paha kanan, paha kiri terasa juga kerana apabila seseorang teraniaya, kaum keluarganya akan terasa.

_____Ibu bercakap dengan nada yang pantas, “Ayuh, kita harus hospital Khoo Teck Puat sekarang!”

_____Dengan segera, saya dan Ibu bergegas ke hospital Khoo Teck Puat dengan menaiki teksi yang ditempah Ibu sebentar tadi. Bapa dan kakak saya telah pun diberitahu oleh Ibu tentang berita yang sedih itu dan mereka pun akan bergegas ke hospital. Memang malang tak berbau kerana kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya kepada diri kita atau orang yang disayangi. Saya hanya boleh berharap keadaan mereka tidak parah.

_____Setibanya di hospital Khoo Teck Puat, saya pun berbisik dengan sendirian, “Di manakah ibu dan bapa saudara saya?”

_____Tanpa membuang masa, ibu dan saya bergegas ke arah Wad Kecemasan dan Kemalangan. Apabila kami tiba di sana, saya terlihat bapa saudara saya sedang duduk di kerusi roda dan seluar yang dipakai olehnya berlumuran darah. Saya berasa sungguh sedih melihat bapa saudara saya dalam keadaan begitu. Kulit pada kakinya terkoyak dan ada luka yang amat parah. Ibu saudara saya pula tidak sedarkan diri kerana dilanggar oleh sebuah teksi. Saya dan Ibu saya tanam budi kerana kami berbuat baik untuk melawat mereka.

_____“Apakah yang sebenarnya terjadi kepada mereka?” saya bertanya sendirian. 

_____Semalam, ibu saudara saya berada di wad kecemasan kerana dia masih tidak sedarkan diri. Dia mengalami gegaran pada otaknya. Rupa-rupanya, motosikal yang ditunggang oleh bapa saudara saya dilanggar oleh sebuah teksi yang pada masa itu telah dipandu dengan amat laju. Motosikal yang ditunggang oleh mereka dilanggar oleh teksi itu apabila teksi itu cuba membelok dan tanpa menuju ke arah yang sama. Impak dan pelanggaran itu amat kuat. Bapa saudara saya tercampak dari motosikalnya lalu tergolek sejauh beberapa meter dari tempat yang dia jatuh. Ibu saudara saya juga tercampak daripada motorsikal lalu kepalanya terhentak pada permukaan jalan raya. Ibu memberitahu saya yang keadaan motosikal mereka mengalami rosakan yang amat teruk. Bapa dan ibu saudara saya bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana kesusahan yang datang berturut-turut. Bukan sahaja mereka mengalami kecederaan yang parah tetapi mereka juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki motosikal mereka.

_____Saya berbisik sendirian,”Teruknya keadaan mereka sekarang.”

_____Kemudian, ibu saya berceritakan kepada saya lagi. Apabila bapa saudara saya ternampak ibu saudara saya pengsan, dia mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mujur, ada seorang pengguna jalan raya lain ternampak apa yang berlaku. Pengguna jalan raya itu menelefon ambulans untuk memberikan rawatan kecemasan kepada bapa dan ibu saudara saya.

_____“Semoga ibu dan bapa saudara saya diberi kesihatan,” saya berbisik sendirian.

_____Setelah selang dua hari, saya sekeluarga memberi sokongan dan kata-kata perangsang kepada bapa dan ibu saudara saya kerana mereka sedang menghalapi masalah. Namun kami berasa bersyukur dan gembira mereka masih boleh bercakap dengan kami. Bapa saudara saya seperti air dalam kolam kerana dia orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya. Lagipun dia tidak berasa cemas walaupun menghadapi masalah yang berat pada waktu itu. Mujur keadaan ibu saudara pun beransur pulih. Imbasan X-ray pula menunjukkan bahawa dia tidak mengalami cedara yang parah pada bahagian kepalanya. Dia akan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

_____Saya pun bercakap kepada bapa dan ibu saudara saya, “Semoga Pak Cik Mat dan Mak Cik Min segera sembuh.”

_____Walaupun peristiwa yang malang itu telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu, peristiwa itu masih sukar untuk kami sekeluarga lupakan. Namun, peristiwa itu telah mengajar kami agar lebih berhati-hati apabila berada di jalan raya. Peristiwa itu juga membuatkan hubungan keluarga saya lebih rapat dan akrab seperti air dicencang tiada putus kerana ikatan persaudaraan tidak boleh diputuskan.


701 perkataan


Dikarang oleh:
Farisya Alyssa Waryuni Binte Muhammad Nazry
5 Diamond
Kampung Punggol View

Markah:
Isi - 20/20
Bahasa - 19/20

Ulasan Guru:
Syabasangat! Susunan isi dalam karangan kamu amat baik. Kamu berjaya menggunakan peribahasa dan makna dengan tepat. Kamu juga menggunakan dua peribahasa yang tiada dalam sukatan tetapi betul penggunaannya. Kamu berjaya mengikuti format pemerengganan yang telah diajarkan. 


Thursday, June 3, 2021

Himpunan Pantun (2016-2021)

Dari ladang singgah ke dusun,

     Punggah sebakul tidaklah rumit;

Dari Bishan pulang ke Yishun,

     Singgah sebentar di Noods & Meats.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Ring Road, 20.03.18, 1728h


 

Dari muara dayung ke Bintan,

     Beli sebakul ketang di kedai;

Dari utara ke selatan,

     Bertemu seorang lagi Bidai.


Mohamed Hizammuddin, Jalan Bukit Merah, 24.03.18, h?

 


Daun pandan si daun cekur,

     Keluar buih selepas bilas;

Hujung Ramadan umat bersyukur,

     Berkongsi kuih saya balas.


Mohamed Hizammuddin, Punggol Place, 04.06.19, 0730h


 

Jalan-jalan di mukim Yishun,    

     Singgah di bawah pohon rendang;

Jalan-jalan nak makan bihun,    

     Singgah di gerai nasi padang.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Ave 9, 17.04.18, 1455h


 

Empat kali menjinjing longan,    

     Menyusun tanah gumpal liat;

Empat hari menyingsing lengan,    

     Menyusun amanah dengan giat.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, ??.10.18, ????h


 

Singa bukan sembarang singa,    

     Singa melaju kalam siasah;

Bunga bukan sembarang bunga,    

     Bunga teraju dalam madrasah.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 06.04.18, 2002h


 

Apalah guna perahu suasa,    

     Kalau setakat bahan di Kampar;

Apalah guna mahu berpuasa,    

     Kalau setakat menahan lapar.


Mohamed Hizammuddin, Serangoon Central, 11.05.19, 1947h



Jadi perisai daripada balah,    

     Bukan jadi kacanya;

Jadi penyelesai kepada masalah,     

     Bukan jadi puncanya.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 20.06.19, 1709h

 


Orang berpantun kita berpantun,

     Orang berbahasa kita berbahasa;

Lidah bersantun mulut bersantun,

     Kerana pulut santan binasa.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 20.10.19, 1135h



Tidak layu periuk kera,    

     Nampak indah di waktu pagi;

Dwiabad Melayu Singapura,    

     Semoga gah berkurun lagi.


Mohamed Hizammuddin, Empress Place, 11.01.20, 1530h


 

Kalau ibunda pintal bintang,

     Alangkah indah suasana;

Kalau tiada aral melintang,

     Insya-Allah saya ke sana.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 21.02.20, 1811h


 

Buah pulasan semakin lebat,

     Rasanya masam pohonnya tegak;

Dua insan menjadi sahabat,

     Gara asam pedas menggelegak.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 21.02.20, 2030h


 

Andai daki si Gunung Ledang,

     Baik lagi Goa ke bulan;

Andai baiki bilah si pedang,

     Baik lagi doa sang polan.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 1021h



Apa guna pisau diasah,

     Kalau si mata tumpul gering;

Apa guna ada siasah,

     Kalau jelata punah kering.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0957h



Siapa guna doa Sulaiman,

     Halau sema semut bergula;

Apa guna arif budiman,

     Kalau cuma junjung piala.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.16, 0948h



Mendengar guruh di langit,

     Tempayan berair dicurahkan;

Membingar geruh dihangit,

     Berkoyan bil air digandakan.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0922h



Setinggi-tinggi awan di langit,

     Akhirnya hujan turun ke bumi;

Setinggi-tinggi kawan dikapit,

     Akhirnya ihsan pulun dek resmi.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0759h



Apa guna pijak berlari,

     Kalau padi dicantas cuba;

Apa guna bijak bestari,

     Kalau budi dibalas tuba.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0743h


 

Luhur padi kesuma padi,

     Isikan padi dalam acuan;

Hulur budi terima budi,

     Inikan budi oleh sang tuan.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0725h



Semai baja di dalam para,

     Cahaya jelita kelak suram;

Tatkala raja asyik mengira,

     Nescaya pelita semakin kelam.


Mohamed Hizammuddin, Punggol Place, 26.03.18, 0815h



Ikan Gelama gigit Mak Iloi,

     Mak Ilai tawa terbahak-bahak;

Jauh di selatan amat berbaloi,

     Pagi berkampung di Yusof Ishak.


Mohamed Hizammuddin, Yusof Ishak House, 17.03.18, 0947h



Si burung gagak si burung helang,

     Sama serumpun si burung hantu;

Maghrib kelak nan Ramadan jelang,

     Kupohon ampun doa dan restu.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 23.04.20, 1630h



Daun pandan tumbuh selia,

     Makan serumpun si ikan patin;

Sambut Ramadan bulan mulia,

     Mohon ampun zahir dan batin.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 12.04.21, 1920h



Buah durian bermacam jenis,

     Mao Shan Wang mahal harganya;

Elak makanan yang terlalu manis,

     Kencing manis potong kakinya.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 27.02.21, ?h



Tuah Jebat bersilang keris,

     Tarung sengit siang dan malam;

Usaha hebat perlulah laris,

     Elak sangit bahasa tak kelam.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 19.02.21, ?h



Kerbau kambing mengunyah tunas,

     Tenang himpun di tepi kantin;

Tidak terambing malah bernas,

     Mohon ampun zahir dan batin.


Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 30.07.20, 1913h