Tuesday, August 17, 2021

D5BM 2021 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 3 - Latihan 1)

33. ... sakit kepala yang teruk (1) dan mengambil masa yang lama untuk sembuh (1). Marilah kita membasmi pembiakan nyamuk Aedes di rumah (1)!

ATAU loya dan muntah-muntah (1) / sakit otot dan sendi (1) / demam panas dan ruam (1) + menyebabkan pesakit mengalami penderitaan (1).  



Kefahaman 2

Latihan kali ini bertujuan agar kamu:
- menyalin semula batang soalan
- mengenal pasti isi-isi jawapan yang betul
- memahami cara markah diberikan
- memahami cara markah dikurangkan


34. Perasaan Sulaiman setelah memasuki rumahnya itu adalah berdebar-debar (2). ATAU takut (2). ATAU gementar (2).

35. Perkara yang sedang dilakukan oleh keluarga Sulaiman ketika dia masuk ke dalam biliknya adalah ayahnya sedang duduk di sofa di sisi telefon (2) manakala ibunya pula duduk di kerusi meja makan sambil memerhatikan adiknya yang sedang mengulang kaji pelajaran (2).

36. Satu sebab ibu bapa Sulaiman tidak membelikannya alat permainan PS4 untuknya adalah dia hanya akan membuang masa (2). ATAU dia akan mula leka dengan permainan itu (2).

37. Dua akibat daripada kelekaan Sulaiman bermain permainan PS4 itu adalah pelajarannya juga akan terjejas (2) dan akibat leka, Sulaiman sudah tidak sedar bahawa waktu sudah menjelang malam dan dia sudah pulang lewat ke rumah (2).

38. Bukti yang menunjukkan Sulaiman mula berasa takut adalah badannya terasa seram macam mahu demam (2) dan dia mula memikirkan nasibnya selepas mandi nanti (2). ATAU dia gugup ketika bercakap dengan ibunya (2).

39. Contoh-contoh yang menunjukkan bahawa orang tua Sulaiman merupakan ibu bapa yang mengambil berat tentang pelajaran Sulaiman dan adiknya ialah mengambil berat akan penjagaan anak-anak mereka terutama dalam hal pelajaran, kebebasan dan akhlak (2) dan mereka mahu Sulaiman dan adiknya terus pulang ke rumah selepas sekolah (2). ATAU buku-buku pelajaran mereka selalu disemak (2). ATAU jika mereka ada kegiatan di sekolah, perlu mereka diberitahu dahulu sebelum Sulaiman dan adiknya ke sekolah (2).


Panduan Pemarkahan:
- setiap jawapan perlu ada batang soalan
- 1 isi untuk 2 markah
- 2 isi untuk 4 markah (isi-isi mestilah  berbeza makna)
- jika jawapan ada 1 atau 2 isi tetapi tiada batang soalan, potong 1 markah
- jika jawapan ada batang soalan tapi isi salah, 0 markah

No comments:

Post a Comment