_____Aku
duduk termenung di sudut tangga yang terletak di kantin sekolah. Aku berasa
menyesal atas perbuatan aku. Aku telah menyebabkan sahabatku dihukum oleh Cikgu
Hazim padahal aku yang bersalah dan keras hati.
_____Ali menjerit
kepada aku, “Engkau ini, pembohong! Aku tidak mahu tengok muka engkau lagi!”
_____Aku
masih ingat lagi apa yang terjadi. Aku dan Ali (1S) bagai isi dengan kuku (2B). Kami bersahabat
baik (3A). Kami selalu bermain, belajar dan pulang ke rumah bersama-sama setiap hari. Pada suatu hari,
(4B) aku berasa cemburu terhadap kawan sedarjah kami, Ahmad, kerana dia ada
telefon bimbit yang baru dibeli oleh kedua-dua orang tuanya (5M). Aku sedang
berada di kantin (6M) apabila aku ternampak Ahmad sedang menggunakan telefon
bimbitnya yang baru.
_____“Eh,
Ali, aku hendak telefon Ahmad! Cantik sungguh! Mari kita mencurinya apabila dia
tidak nampak,” aku berkata kepada Ali.
_____Apabila
(1B) Ali (2S) mendengar cadanganku, dia terus menggeleng kepalanya. Dia
menyatakan bahawa mencuri adalah perbuatan yang salah dan aku tidak sepatutnya
melakukannya (3A). Aku berasa geram (4M) apabila Ali berkata begitu kerana dia
adalah seorang yang baik
budi (5B) dan bukan seorang budak yang nakal. Aku cuba memujuknya untuk
mencuri tetapi dia masih tidak mahu. Dengan perasaan geram, Ali mula meninggalkanku
untuk pulang ke rumah (6M).
_____Ali
berkata, “Kalau kamu hendak mencuri, jangan berkawan dengan saya. Saya tidak
mahu berkawan dengan pencuri.”
_____Selepas
beberapa minit kemudian (1B), Ali (2S) berjalan keluar dari sekolah (3M) lalu
pulang ke rumah (4M). Aku membuat kata putus untuk mencuri telefon bimbit itu (5A). Aku tidak
pedulikan apa yang Ali kata tadi (6B). Lagipun, dia bukan kawanku lagi, dia seorang
yang pengecut.
_____“Eh,
Imran apa yang kamu sedang lakukan? Kamu sedang mencuri, ya?” tanya Ahmad apabila
dia ternampak aku memegang telefon bimbitnya.
_____Aku (1S)
telah mencuba untuk mencuri telefonnya tetapi (2A) aku telah ditangkap semasa
berbuat begitu. Ahmad sedang memandangku dengan wajah yang marah (3M). Aku hanya
membisu. Tiba-tiba, aku ada
akal (4B). Aku memberitahu Ahmad bahawa Ali yang telah mencuri telefon
bimbitnya semasa Ahmad pergi ke tandas (5M) lalu aku telah mengambil telefon
bimbitnya daripada Ali. Aku berasa salah untuk menyalahkan Ali tetapi aku tidak
mahu dipersalahkan. Ahmad berasa sungguh marah apabila dia mendengar bahawa Ali
mahu mencuri telefon bimbitnya. Dia pun memberitahu Cikgu Hazim, guru disiplin
kami yang berada berdekatan tentang (6M) apa yang telah terjadi. Cikgu Hazim
pun menelefon ibu Ali.
_____Dengan
nada yang tegas, Cikgu Hazim berkata dalam telefon, “Assalamualaikum Puan, ini
Cikgu Hazim. Saya mahu memberitahu puan bahawa anak puan, Ali, telah mencuri
sebuah telefon bimbit tetapi sekarang telefon itu telah dipulangkan kepada
pemiliknya. Ali akan dihukum di sekolah esok. Hukumannya ialah dua sebatan
rotan. Terima kasih.”
_____Pada
keesokan harinya, (1B) Ali telah dihukum oleh Cikgu Hazim (2S). Aku berasa
sungguh bersalah. Namun, aku tidak berani untuk mengaku (3A). Ali berasa sangat
marah (4B) kepada aku. Apabila kami nampak satu sama lain di sekolah, (5M) kami
seperti anjing dengan
kucing (6M). Aku menyesal atas perbuatan aku. Sekarang, tiada orang akan
berkawan bersama Ali.
_____“Maafkan
saya, Ali, maafkan saya. Saya tidak sengaja” aku merayu apabila aku nampak Ali
di sekolah.
_____Namun,
dia hanya tidak mempedulikanku.
(Isi karangan telah diperbaiki.)
Dikarang oleh:
Irra Umairah Bte Syukur Ali
6 United
Sekolah Chongfu
Markah:
Isi - 19
Bahasa - 18
Ulasan guru:
+ konflik, suspen dan klimaks sesuai
No comments:
Post a Comment