Monday, September 1, 2014

Karangan Darjah 6BM (2014) - Karangan Terbaik 8

_____“Aduhai, penatnya! Tidak ada tempat duduk? Terpaksa aku berdiri,” bisik hati kecil Shafira.

_____Pada petang itu, [1B] Shafira, [2S] baru sahaja selesai bersekolah. [3A] Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah akan menjelang tidak lama lagi. Shafira berasa amat letih. Dia menaiki bas yang mengandungi ramai penumpang. Tidak ada tempat duduk untuknya. [4M] Dia ada akal. Shafira memegang tiang di dalam bas nombor 913, [5M] yang sarat dengan penumpang di dalamnya [6B].

_____“Aaah! Alamak! Apa sedang terjadi?” teriak pemandu bas itu.

_____Tiba-tiba, [1B] bas itu [2A] terberhenti. Penumpang-penumpang [3S] mula cemas. [4B] Malangnya, Shafira lepas tangan tentang keselamatannya. [5M] Dia tidak berpaut erat pada tiang bas itu [6M] lalu terjatuh.

_____ “Aduh! Sakitnya kepala aku! Cuai sungguh diriku ini!” kata Shafira sambil bangkit.

_____Kemudian, [1B] pemandu bas itu [2S] meminta maaf daripada penumpang-penumpang yang ada di dalam bas. [3M] Dia memeriksa penumpang-penumpangnya. [4A] Tidak ada orang yang tercedera. Pak Ali, pemandu bas itu besar hati. [5B] Kemudian, dia menuruni tangga daripada bas itu untuk memeriksa masalah yang dihadapinya [6M].

_____ “Oh! Tayar pancit. Bersabar, ya. Saya akan meminta bantuan,” pesan Pak Ali kepada penumpang-penumpang tersebut.

_____Setelah lima minit menunggu, [1B] para penumpang menjadi bosan. [2B] Mereka ambil hati. Mereka [3S] risau kerana tidak dapat tiba di destinasi mereka tepat pada waktu. [4M] Shafira bernasib baik [5A] kerana rumahnya dekat  dengan bas itu berhenti. Shafira kata putus untuk berjalan pulang walaupun kepalanya masih sakit [6M].

_____“Hmm, malang sungguh nasibku. Kepala sakit, ada banyak kerja sekolah pula," keluh Shafira.

_____Tiba-tiba, [1B] Shafira [2S] tidak ambil berat tentang keadaan di sekelilingnya. [3A] Shafira meneruskan perjalanannya. Dia tidak lihat ada lopak air di hadapannya. [4M] Dia cuai. [5B] Maka, terjadilah sesuatu yang buruk kepadanya [6M].

_____“Whoop! Aduh! “ teriak Shafira apabila dia tergelincir.

_____Tiba-tiba, [1B] mata Shafira mula tertutup. [2A] Dia pitam selama beberapa minit sehinggalah seseorang pemuda terjumpanya lalu membawa Shafira ke hospital. [3M] Baik budi sungguh pemuda itu [4B]. Ibu bapa [5S] Shafira tiba di hospital. Nasib baik, Shafira tidak cedera parah. [6M] Doktor merawatnya. Setelah beberapa minggu dia di hospital, akhirnya, Shafira beransur pulih. Dia begitu bertuah kerana pulih seminggu sebelum Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah.

_____“Mengapakah aku sering ditimpa banyak perkara yang buruk? Aku cuai? Hanya tuhan yang tahu,” kata Shafira bersendirian sambil terfikir sebab punca malapetaka menimpa dirinya berterus-terusan.

(Isi karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:
Nurfaizah Bte Shariff
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - ?
Bahasa - ?

Ulasan guru:
?

No comments:

Post a Comment