Saturday, August 16, 2014

Karangan Darjah 6BM (2014) - Karangan Terbaik 7

_____“Wohoo! Pasukan Jerman telah memenangi Piala Dunia 2014! Tidak sia-sia aku bertaruh wang dengan Alyph. Lambat laun, wang sepuluh dolar itu akan menjadi milik aku! Engkau sungguh bodoh, Alyph. Aku sudah kata, pasukan Argentina akan kalah! Hahaha! Alamak, sudah pukul 6.50 pagi? Aku sudah lambat untuk pergi ke sekolah!” teriak Fathris.

_____Dengan segera, [1B] Fathris [2S] memakai pakaian seragam sekolahnya [3A] lalu bergegas keluar ke sekolah. Kesemua ahli keluarganya sudah keluar terlebih dahulu. Sikap Fathris yang selalu lepas tangan itu menyebabkan Cikgu Danial selalu memarahi Fathris. [4M] Fathris selalu datang lewat ke sekolah. [5M] Malah, dia juga tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru-gurunya. Fathris khuatir [6B] jika Cikgu Danial memarahinya lagi. Tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang meminta tolong.
                       
_____“Alamak! Semua surat khabar aku sudah bersepahan! Macam mana boleh aku tidak terlihat batu kecil yang ada di depan aku. Geramnya! Adik! Tolong pak cik!” bebel Pak Cik Lim, seorang pengumpul barang lama.

_____Kemudian, [1B] Fathris [2S] menoleh ke arah Pak Cik Lim. [3A] Fathris ambil berat. [4B] Dia ternampak Pak Cik Lim yang telah hilang imbangan. Surat-surat khabar yang telah dikumpul bersepahan di tepi jalan. [5M] Pak Cik Lim berasa sedih kerana surat-surat khabar yang dikumpulkan untuk dikitar semula bersepahan. [6B]

_____“Tidak apa, Pak Cik Lim. Saya akan menolong angkat semua surat khabar pak cik,” pelawa Fathris.

_____Dengan kelam-kabut, [1B] Fathris [2S] mengumpulkan surat-surat khabar itu dengan segera [3A] kerana waktu sudah pukul tujuh pagi dan Fathris sudah lewat untuk ke sekolah. [4M] Fathris besar hati kerana dapat menolong seseorang. [5B] Setelah semua surat khabar itu dikumpul, Fathris meletakannya di atas tempat duduk basikal. [6M]

_____ “Terima kasih, Fathris! Pak Cik harus pergi sekarang. Jumpa lagi!” ucap Pak Cik Lim.

_____Beberapa minit kemudian, [1B] Fathris [2S] melambaikan tangan kepada Pak Cik Lim [3A] tanda mengucapkan selamat tinggal. [4M] Fathris risau. Adakah dia akan dimarahi Cikgu Danial? [5B] Fathris seperti lipas kudung berjalan ke sekolah. [6M] Akhirnya, Fathris sampai di sekolah. Fathris menaiki tangga untuk pergi ke kelas. Setelah sampai di depan pintu kelas, Fathris ternampak Cikgu Danial merenung ke arah Fathris dengan wajah berang.

_____“Fathris! Masuk sekarang! Kenapa kamu lewat sekali lagi? Saya dapat tahu tentang kamu dan Alyph. Wang pertaruhan itu haram! Kenapa awak lakukan sedemikian? Saya kecewa. Kamu akan didenda!” jerit Cikgu Danial, berang.

_____Setelah mendengar kata gurunya, [1B] Fathris meminta maaf [2A] daripada Cikgu Danial [3S] lalu duduk di tempat duduknya. [4M] Fathris menyesal [5B] kerana tidak mendengar nasihat Cikgu Danial. [6M] Fathris berjanji untuk berbaik budi sejak hari itu.

_____“Fathris, saya akan memberikan awak satu lagi peluang. Jangan buat lagi!” kata Cikgu Danial.

_____Tiba-tiba, [1B] Fathris  berasa gembira [2M]. [3B] Dia [4S] tidak sangka bahawa dia akan mendapat satu lagi peluang [5A] kerana Cikgu Danial sebenarnya seorang yang keras hati. [6M] Cikgu Danial memaafkan Fathris.


_____ “Yay! Terima kasih, Cikgu. Saya sayang Cikgu!” kata Fathris.

(Isi karangan telah diperbaiki.)


Oleh:
Nurfaizah Binte Shariff
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 20
Bahasa - 17

Ulasan guru:
:)

No comments:

Post a Comment