Wednesday, August 27, 2014

Karangan Darjah 6BML (2014) - Karangan Terbaik 7

_____Aku duduk termenung di sudut tangga yang terletak di kantin sekolah. Aku berasa menyesal atas perbuatan aku. Aku telah menyebabkan sahabatku dihukum oleh Cikgu Hazim padahal aku yang bersalah dan keras hati.

_____Ali menjerit kepada aku, “Engkau ini, pembohong! Aku tidak mahu tengok muka engkau lagi!”
            
_____Aku masih ingat lagi apa yang terjadi. Aku dan Ali (1S) bagai isi dengan kuku (2B). Kami bersahabat baik (3A). Kami selalu bermain, belajar dan pulang ke rumah  bersama-sama setiap hari. Pada suatu hari, (4B) aku berasa cemburu terhadap kawan sedarjah kami, Ahmad, kerana dia ada telefon bimbit yang baru dibeli oleh kedua-dua orang tuanya (5M). Aku sedang berada di kantin (6M) apabila aku ternampak Ahmad sedang menggunakan telefon bimbitnya yang baru.
            
_____“Eh, Ali, aku hendak telefon Ahmad! Cantik sungguh! Mari kita mencurinya apabila dia tidak nampak,” aku berkata kepada Ali.
            
_____Apabila (1B) Ali (2S) mendengar cadanganku, dia terus menggeleng kepalanya. Dia menyatakan bahawa mencuri adalah perbuatan yang salah dan aku tidak sepatutnya melakukannya (3A). Aku berasa geram (4M) apabila Ali berkata begitu kerana dia adalah seorang yang baik budi (5B) dan bukan seorang budak yang nakal. Aku cuba memujuknya untuk mencuri tetapi dia masih tidak mahu. Dengan perasaan geram, Ali mula meninggalkanku untuk pulang ke rumah (6M).
            
_____Ali berkata, “Kalau kamu hendak mencuri, jangan berkawan dengan saya. Saya tidak mahu berkawan dengan pencuri.”
            
_____Selepas beberapa minit kemudian (1B), Ali (2S) berjalan keluar dari sekolah (3M) lalu pulang ke rumah (4M). Aku membuat kata putus untuk mencuri telefon bimbit itu (5A). Aku tidak pedulikan apa yang Ali kata tadi (6B). Lagipun, dia bukan kawanku lagi, dia seorang yang pengecut.
            
_____“Eh, Imran apa yang kamu sedang lakukan? Kamu sedang mencuri, ya?” tanya Ahmad apabila dia ternampak aku memegang telefon bimbitnya.
            
_____Aku (1S) telah mencuba untuk mencuri telefonnya tetapi (2A) aku telah ditangkap semasa berbuat begitu. Ahmad sedang memandangku dengan wajah yang marah (3M). Aku hanya membisu. Tiba-tiba, aku ada akal (4B). Aku memberitahu Ahmad bahawa Ali yang telah mencuri telefon bimbitnya semasa Ahmad pergi ke tandas (5M) lalu aku telah mengambil telefon bimbitnya daripada Ali. Aku berasa salah untuk menyalahkan Ali tetapi aku tidak mahu dipersalahkan. Ahmad berasa sungguh marah apabila dia mendengar bahawa Ali mahu mencuri telefon bimbitnya. Dia pun memberitahu Cikgu Hazim, guru disiplin kami yang berada berdekatan tentang (6M) apa yang telah terjadi. Cikgu Hazim pun menelefon ibu Ali.
            
_____Dengan nada yang tegas, Cikgu Hazim berkata dalam telefon, “Assalamualaikum Puan, ini Cikgu Hazim. Saya mahu memberitahu puan bahawa anak puan, Ali, telah mencuri sebuah telefon bimbit tetapi sekarang telefon itu telah dipulangkan kepada pemiliknya. Ali akan dihukum di sekolah esok. Hukumannya ialah dua sebatan rotan. Terima kasih.”
            
_____Pada keesokan harinya, (1B) Ali telah dihukum oleh Cikgu Hazim (2S). Aku berasa sungguh bersalah. Namun, aku tidak berani untuk mengaku (3A). Ali berasa sangat marah (4B) kepada aku. Apabila kami nampak satu sama lain di sekolah, (5M) kami seperti anjing dengan kucing (6M). Aku menyesal atas perbuatan aku. Sekarang, tiada orang akan berkawan bersama Ali.
            
_____“Maafkan saya, Ali, maafkan saya. Saya tidak sengaja” aku merayu apabila aku nampak Ali di sekolah.

            
_____Namun, dia hanya tidak mempedulikanku.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Irra Umairah Bte Syukur Ali
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 19
Bahasa - 18

Ulasan guru:
+ konflik, suspen dan klimaks sesuai

Thursday, August 21, 2014

Darjah 6 BM (2014) - Set 17

Salam Sejahtera Cerdik, 

Berikut ialah jawapan bagi Set 17. Pastikan kamu menjawab kesemua soalan terlebih dahulu sebelum memeriksa jawapan. Buat pembetulan, jika jawapan asal kamu salah.

1. (2)
2. (1)
3. (1)
4. (3)
5. (3)
6. (4)
7. (2)
8. (4)
9. (4)
10. (3)

11. (1)
12. (2)
13. (2)
14. (3)
15. (4)

16. (3)
17. (1)
18. (4)
19. (2)

20. (3)
21. (2)
22. (3)
23. (4)

24. mengeluarkan
25. boleh
26. cerdas
27. sempurna
28. kejayaan
29. menjamin
30. amat / sentiasa
31. penglibatan


32. (3)
33. (1)
34. (4)
35. (2)

36. Perkara yang menyebabkan Ayah tersenyum semasa memandu adalah dia bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan seorang cahaya mata (2).

37. Ali menitiskan air mata kerana berfikir bahawa ibu bapanya tidak sayangkannya lagi (2) dan tiada orang tidak mengendahkannya lagi (2). ATAU semua orang asyik berbual tentang Taufik (2)

38. Bukti-bukti untuk menyokong bahawa Kak Lina seorang kakak yang menyayangi adik-adiknya adalah selalu melayan Ali bermain dan mengajarnya membaca (2) serta memujuk Ali ketika dia bersedih (2).

39. Kata-kata Kak Lina tentang sangkaannya salah adalah semua orang masih sayang dan pedulikannya (2) walaupun dia berfikir bahawa semua orang tidak lagi mahukannya (2).

40. Dua pengajaran yang diperoleh Ali daripada peristiwa itu adalah jangan buruk sangka terhadap orang lain (2) dan menyayangi adik-beradik (2) ATAU akan menjadi seorang abang yang terbaik untuk adiknya (2).

41a.
(i) sedih / dukacita / susah hati / masyghul
(ii) mempedulikan / memberikan perhatian kepada sesuatu
(iii) menggoyang kepala kiri ke kanan

41b. bersyukur




Perhatian: Setiap jawapan kefahaman subjektif mesti dalam bentuk sepotong ayat.

Monday, August 18, 2014

Karangan D6 BML (7) - Soalan

_____Aku duduk termenung di sudut sebuah tangga yang terletak di kantin sekolah. Aku berasa menyesal atas perbuatanku. Aku telah menyebabkan sahabatku dihukum oleh Cikgu Hazim, padahal aku ...  

Sunday, August 17, 2014

Kuiz Arif Budiman

1.  Cadangkan apakah yang perlu seseorang guru lakukan kepada seseorang murid yang pemalas.

2.  Apakah seseorang murid yang pemalas lakukan agar dia sentiasa dihormati dan disanjungi guru-guru dan kawan-kawan?

3.  Apakah cara yang terbaik untuk seseorang guru lakukan agar murid-muridnya menjadi arif dan budiman?

4.  Apakah cara terbaik seseorang murid menunjukkan sifat arif dan budiman?

5.  Apakah hukuman yang sesuai bagi murid-murid pemalas dan pembohong?


6.  Patutkah seorang guru yang berdedikasi menerima sikap-sikap buruk pelajar-pelajarnya? Mengapa?

PESTA BAHASA UTARA 2014

(Latihan): https://www.facebook.com/mohamedhizammuddin/media_set?set=a.10152634116761575.1073741832.749371574&type=3

(Acara): https://www.facebook.com/mohamedhizammuddin/media_set?set=a.10152634130801575.1073741833.749371574&type=3

Saturday, August 16, 2014

Karangan Darjah 6BM (2014) - Karangan Terbaik 7

_____“Wohoo! Pasukan Jerman telah memenangi Piala Dunia 2014! Tidak sia-sia aku bertaruh wang dengan Alyph. Lambat laun, wang sepuluh dolar itu akan menjadi milik aku! Engkau sungguh bodoh, Alyph. Aku sudah kata, pasukan Argentina akan kalah! Hahaha! Alamak, sudah pukul 6.50 pagi? Aku sudah lambat untuk pergi ke sekolah!” teriak Fathris.

_____Dengan segera, [1B] Fathris [2S] memakai pakaian seragam sekolahnya [3A] lalu bergegas keluar ke sekolah. Kesemua ahli keluarganya sudah keluar terlebih dahulu. Sikap Fathris yang selalu lepas tangan itu menyebabkan Cikgu Danial selalu memarahi Fathris. [4M] Fathris selalu datang lewat ke sekolah. [5M] Malah, dia juga tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru-gurunya. Fathris khuatir [6B] jika Cikgu Danial memarahinya lagi. Tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang meminta tolong.
                       
_____“Alamak! Semua surat khabar aku sudah bersepahan! Macam mana boleh aku tidak terlihat batu kecil yang ada di depan aku. Geramnya! Adik! Tolong pak cik!” bebel Pak Cik Lim, seorang pengumpul barang lama.

_____Kemudian, [1B] Fathris [2S] menoleh ke arah Pak Cik Lim. [3A] Fathris ambil berat. [4B] Dia ternampak Pak Cik Lim yang telah hilang imbangan. Surat-surat khabar yang telah dikumpul bersepahan di tepi jalan. [5M] Pak Cik Lim berasa sedih kerana surat-surat khabar yang dikumpulkan untuk dikitar semula bersepahan. [6B]

_____“Tidak apa, Pak Cik Lim. Saya akan menolong angkat semua surat khabar pak cik,” pelawa Fathris.

_____Dengan kelam-kabut, [1B] Fathris [2S] mengumpulkan surat-surat khabar itu dengan segera [3A] kerana waktu sudah pukul tujuh pagi dan Fathris sudah lewat untuk ke sekolah. [4M] Fathris besar hati kerana dapat menolong seseorang. [5B] Setelah semua surat khabar itu dikumpul, Fathris meletakannya di atas tempat duduk basikal. [6M]

_____ “Terima kasih, Fathris! Pak Cik harus pergi sekarang. Jumpa lagi!” ucap Pak Cik Lim.

_____Beberapa minit kemudian, [1B] Fathris [2S] melambaikan tangan kepada Pak Cik Lim [3A] tanda mengucapkan selamat tinggal. [4M] Fathris risau. Adakah dia akan dimarahi Cikgu Danial? [5B] Fathris seperti lipas kudung berjalan ke sekolah. [6M] Akhirnya, Fathris sampai di sekolah. Fathris menaiki tangga untuk pergi ke kelas. Setelah sampai di depan pintu kelas, Fathris ternampak Cikgu Danial merenung ke arah Fathris dengan wajah berang.

_____“Fathris! Masuk sekarang! Kenapa kamu lewat sekali lagi? Saya dapat tahu tentang kamu dan Alyph. Wang pertaruhan itu haram! Kenapa awak lakukan sedemikian? Saya kecewa. Kamu akan didenda!” jerit Cikgu Danial, berang.

_____Setelah mendengar kata gurunya, [1B] Fathris meminta maaf [2A] daripada Cikgu Danial [3S] lalu duduk di tempat duduknya. [4M] Fathris menyesal [5B] kerana tidak mendengar nasihat Cikgu Danial. [6M] Fathris berjanji untuk berbaik budi sejak hari itu.

_____“Fathris, saya akan memberikan awak satu lagi peluang. Jangan buat lagi!” kata Cikgu Danial.

_____Tiba-tiba, [1B] Fathris  berasa gembira [2M]. [3B] Dia [4S] tidak sangka bahawa dia akan mendapat satu lagi peluang [5A] kerana Cikgu Danial sebenarnya seorang yang keras hati. [6M] Cikgu Danial memaafkan Fathris.


_____ “Yay! Terima kasih, Cikgu. Saya sayang Cikgu!” kata Fathris.

(Isi karangan telah diperbaiki.)


Oleh:
Nurfaizah Binte Shariff
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 20
Bahasa - 17

Ulasan guru:
:)