Monday, January 27, 2014

Darjah 6 BML (A) 2014 - Halaman 7-8 (Pembetulan)

Salam sejahtera Cerdik,

Jika kamu tidak dapat tanda calit, bermakna kamu wajib menyalin jawapan-jawapan berikut sebagai pembetulan.

1. Hairi mencatatkan pengalamannya di blog ketika di Pulau Langkawi kerana dia ingin merakamkan detik-detik dan tarikh yang bersejarah bagi dirinya dan keluarganya.

2. Hairi berasa seronok ketika menaiki kapal terbang kerana dia kali pertama menaiki kapal terbang untuk bercuti.

3. Pandangan saya terhadap sikap Hairi ialah suka berjimat kerana dia menjimatkan wang, penggunaan air dan elektrik di rumah.

4. Dua sebab bahawa bapa Hairi ialah seorang bapa yang baik adalah dia mahu keluarganya mempelajari sesuatu tentang Pulau Langkawi semasa bercuti dan berharap agar keluarganya bermesra dan mengeratkan hubungan antara keluarga.

5. Pernyataan yang dimaksudkan oleh Hairi ialah keluarganya pergi ke pantai indah yang berhadapan dengan hotel untuk beriadah dan berkelah.

Jika kamu ada pertanyaan, sila hantar SMS atau Whatsapp ke talian 90234134. Saya hanya akan menjawab pertanyaan kamu pada waktu pejabat, Isnin-Jumaat, antara 9 pagi hingga 5 petang.

Berikan buku kamu kepada Faizah, pada 04.02.14, sebelum 7.15 pagi, agar dia boleh menghantarkan kesemua buku kepada saya.

Selamat menyelesaikan tugasan.



1 comment: