Monday, September 30, 2013

Petua Bahasa Melayu Lanjutan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Salam sejahtera Cerdas,

Berikut ialah petua:
PERIBAHASA
1. serlah makna dalam ayat
2. kadangkala, makna itu diparafrasa

MENGEDIT TEKS
1. kombinasi 2 perkataan + 3 imbuhan
2. kombinasi 3 perkataan + 2 imbuhan
3. selalunya, jika berimbuhan, salah imbuhan atau perkataan
4. selalunya, jika perkataan, salah perkataan sahaja
5. cari variasi imbuhan, jika salah imbuhan
dipakai
memakai
terpakai
pakaian
memakaikan
dipakaikan
pemakai
berpakai
berpakai-pakai
berpakaian
pemakaian
sepemakaian

SUSUN AYAT
1. baca keseluruhan teks
2. baca semua pendaya (jawapan)
3. cuba masukkan jawapan dalam setiap ruang kosong
4. pangkah nombor pendaya yang salah
5. baca ayat sesudah dan sebelum ruang kosong selepas isi jawapan agar bersesuaian

IDEA UTAMA
1. cuba rumuskan isi perenggan dalam sepotong ayat (jika sukar, ikut proses berikut)
2. cari ayat tunggal sahaja
3. idea utama selalu berada dalam ayat paling depan, paling belakang atau di tengah-tengah 
4. pangkah ayat yang mengandungi:
contoh, tersebut, bahawa, sebagai, dengan, dan, tetapi, atau, seperti, begitu, begini, itu, ini, walaupun, namun, bagai, juga, ia, dia, mereka, -nya, ialah, adalah, kerana, lalu
5. jika semua ayat mengandungi perkataan yang tersenarai, pilih ayat yang paling kurang pangkah
6. buat rumusan jika kesemua ayat sama jumlah pangkah

Selamat mencuba!


---------------------------------------------
Sudahkah kamu selesaikan tugasan sebelum menyemak?

Jawapan:
1. (1) amat sedih
2. (5) saling bantu-membantu
3. (2) tidak mengharapkan apa-apa balasan
4. (8) sentiasa berusaha
5. (7) tidak boleh berenggang

6. mengenalkan (imbuhan)
7. dijalankan (imbuhan)
8. oleh (perkataan)
9. dikecualikan (imbuhan)
10. ujian (perkataan)

11. (8) tidak seharusnya berlaku
12. (7) peraturan baharu
13. (6) suasana yang tenang penting 
14. (4) prihatinlah akan keperluan mereka
15. (5) terima kasih

16. binatang peliharaan dapat digunakan untuk mengajar nilai-nilai yang baik (2).
17. menjadi buruan manusia untuk tujuan perubatan (1) dan perdagangan (1).

18. Tujuan Sarah pergi ke pejabat Cikgu Hairi adalah meminta maaf kerana tidak dapat membayar yuran sekolah (2).

19. Perasaan Sarah ketika berjumpa Cikgu Hairi adalah (2) takut kerana dia tidak berani memandang wajah Cikgu Hairi(2).

20. Dua punca masalah yang dihadapi Sarah adalah ayahnya sakit lalu tidak dapat bekerja (2) dan pak ciknya yang membantunya telah diberhentikan kerja (2).

21. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Cikgu Hairi bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah Sarah adalah dia membayar yuran untuk Sarah tanpa pengetahuan Sarah (2) kerana dia mahu Sarah berusaha menyelesaikan masalahnya (2).

22. Dua contoh pengalaman masa lalu Cikgu Hairi mempengaruhinya adalah dia juga pernah susah sehingga hampir berhenti sekolah (2) tetapi Cikgu Azlina membantunya mendapatkan biasiswa agar terus gigih belajar (2).

23. Dua sebab Cikgu Hairi berperasaan demikian adalah Sarah berusaha untuk kumpulkan duit tetapi masih tidak cukup (2) dan dia ponteng sekolah kerana tiada orang menjaga adik-adiknya (2).

24i. tidak berjaya dijumpai / tidak dapat ditemui

24ii. risau / khuatir / tidak tenteram / tidak senang

No comments:

Post a Comment