Wednesday, May 15, 2013

Karangan Darjah 6BML (2013) - Karangan Terbaik 4


_____Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, Mira ternampak adik perempuannya mengeluarkan beberapa keping wang kertas $10 daripada dompet bapa.

_____"Apa yang Rina buat?" tanya Mira kepada adiknya dengan intonasi yang marah.

_____"Saya perlukan duit untuk membelikan kawan saya sebuah hadiah untuk hari lahirnya," jawab Rina.

_____"Adik tidak boleh mengambil duit itu tanpa meminta izin. Perbuatan itu seperti mencuri," nasihat Mira.

_____Rina pun menundukkan kepalanya tanda menyesal. Dia mula menangis. Tiba-tiba, bapa mereka datang kerana terdengar pertengkaran mereka.

_____"Mengapa Rina menangis?" tanya bapa mereka.

_____Mira tidak memberitahu perkara yang sebenar kerana dia tidak mahu adiknya dimarahi. Dia memberitahu bapanya bahawa Rina perlukan duit untuk membeli kawannya sebuah hadiah.

_____Bapanya pula memberikan duit itu kepada Rina. Dia mengucapkan terima kasih kepada bapanya.

_____"Adik lihat. Lebih baik adik memina izin daripada mencuri. Jikalau tidak, adik akan dimarahi bapa. Kakak tidak memberitahu dia kerana khuatir adik akan dimarahinya," kata Mira.

_____"Terima kasih, kakak," kata Rina.

_____"Ayuh, pergi ke kedai. Kakak akan membeli Rina apa-apa sahaja," tegur Mira.

_____Pada keesokan hari, Rina pergi ke pusat membeli-belah untuk membelikan hadiah untuk kawannya. Dia sampai di majlis kawannya selepas membeli hadiah itu lalu memberitahu kawan-kawannya apa yang telah terjadi semalam. Rina dan kawan-kawannya telah pelajari bahawa jangan mengambil sesuatu tanpa meminta izin.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nur Elmira Binte Abdul Latiff
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 14
Bahasa - 16

Ulasan guru: 
Jalan cerita tersusun tetapi ringkas. Isi-isi menarik agak terhad. Penggunaan struktur dialog yang tepat.



No comments:

Post a Comment