_____Sukar untuk aku mempercayainya! Azman ditugaskan sebagai ketua kami. Mustahil aku dapat bekerjasama dengannya dalam projek ini. Sepatutnya, Azman patut bantu kami sahaja. Aku berasa geram kerana khuatir yang kami tidak selesai pada waktu yang ditentukan. Aku tidak faham mengapa Azman boleh jadi ketua sedangkan perangainya tidak berapa baik.
_____Aku tahu sangat perangai Azman itu. Sejak dari kecil lagi, aku berkawan dengannya. Nasib baik aku tidak mengikuti perangainya yang buruk itu. Dia sungguh degil dan panas baran apabila disuruh untuk membuat sesuatu. Azman juga suak buli orang dan juga nakal. Dia selalu tidak menyelesaikan kerja sekolah. Setahu aku, dia seorang budak yang pemalas.
_____Beberapa hari lepas, aku nampak Azman dan gengnya di belakang kantin sedang membuli seorang pelajar.
_____Aku ditegur Azman, "Apa kau lihat-lihat? Kau hendak apa, Johan?"
_____Aku tidak menjawab soalannya lalu beredar dari situ. Kami sedang berbincang bagaimana hendak buat projek itu. Azman sedang termenung sahaja. Guru telah memberi projeks sains tentang 'Adaptation'. Dia menyuruh kami buat rujukan di komputer. Azman pula sudah berhenti termenung. Aku menyuruh dia untuk cadang sesuatu yang sesuai untuk pembentangan kami.
_____Aku sebenarnya mahu dia cakap sesuatu kerana dia ketua kami. Dia pun membahagi kerja projek itu. Aku tanya dia mengapa dia tidak membuat apa-apa. Dia pun menjawab bahawa itu urusannya. Dia pun kata bahawa dia ketua jadi dia boleh buat apa yang dia mahu. Itu sungguh tidak adil.
_____Aku pun berkata kepadanya, "Tidak semestinya ketua boleh duduk goyang kaki sementara yang lain membuat kerja. Ketua pun patut main peranannya!"
_____Azman pun tidak puas hati dengan aku. Tiba-tiba, dia menumbuk mukaku. Terasa sakit pada mukaku. Pada masa itu, guru sains sedang berdiri di pintu kelas kami. Dia menyuruh kami berdua pergi ke pejabatnya. Guru kami menyuruh yang lain untuk membuat kertas yang dia ingin beri. Setelah tiba di pejabat guru, dia mula memarahi Azman. Dia menjelaskan kepada Azman bahawa dia melantik Azman sebagai ketua kerana ada sebabnya. Dia ingin Azman memperbaiki prestasinya dan ingin dia menjadi baik dengan bekerja keras sebagai kumpulan untuk menyelesaikan projek itu. Guru kami faham bahawa Azman perlu berubah menjadi baik. Guru sains kami juga memarahi aku kerana tidak menunjukkan kepada Azman bagaimana hendak berbuat baik.
_____Selepas beberapa hari, projek kumpulan kami semakin bagus. Azman juga memberi cadangan dan lain-lain untuk projek kami. Aku berasa sungguh gembira. Aku tidak sabar untuk membentangkan projek kami. Azman dan aku juga sudah berbaik dan berkawan baik seperti dahulu. Tentang gengnya pula, dia sudah memberitahumereka untuk berhenti membuli orang kerana tidak mahu menjadi samseng sekolah. Mereka menjadi budak yang baik. Hari yang dinanti-natikan pula sudah menjelang. Aku berasa gementar tetapi gembira untuk membuat pembentangan. Sudah masa kami berdiri di depan kelas. Kami mencari banyak maklumat yang menarik perhatian ramai orang. Kami secara bergilir membentangkan projek. Apabila ketua bercakap, dia cakap dengan yakin. Aku kagum akannya. Dia sudah banyak berubah. Kini, apabila aku melihat wajahnya, dia akan senyum kepadaku. Selepas kumpulanku selesai, tepukan gemuruh diberi oleh kawan-kawan. Aku berasa sangat gembira.
(Isi karangan telah diperbaiki.)
Dikarang oleh:
Shera Binte Jizman
6 Observant
Sekolah Chongfu
Markah:
Isi - 14
Bahasa - 15
Ulasan guru:
Awasi penggunaan 'guru' vs 'cikgu'. Banyak struktur ayat lisan. Susunan cerita agak baik.
No comments:
Post a Comment