Wednesday, May 15, 2013

Karangan Darjah 6BML (2013) - Karangan Terbaik 4


_____Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, Mira ternampak adik perempuannya mengeluarkan beberapa keping wang kertas $10 daripada dompet bapa.

_____"Apa yang Rina buat?" tanya Mira kepada adiknya dengan intonasi yang marah.

_____"Saya perlukan duit untuk membelikan kawan saya sebuah hadiah untuk hari lahirnya," jawab Rina.

_____"Adik tidak boleh mengambil duit itu tanpa meminta izin. Perbuatan itu seperti mencuri," nasihat Mira.

_____Rina pun menundukkan kepalanya tanda menyesal. Dia mula menangis. Tiba-tiba, bapa mereka datang kerana terdengar pertengkaran mereka.

_____"Mengapa Rina menangis?" tanya bapa mereka.

_____Mira tidak memberitahu perkara yang sebenar kerana dia tidak mahu adiknya dimarahi. Dia memberitahu bapanya bahawa Rina perlukan duit untuk membeli kawannya sebuah hadiah.

_____Bapanya pula memberikan duit itu kepada Rina. Dia mengucapkan terima kasih kepada bapanya.

_____"Adik lihat. Lebih baik adik memina izin daripada mencuri. Jikalau tidak, adik akan dimarahi bapa. Kakak tidak memberitahu dia kerana khuatir adik akan dimarahinya," kata Mira.

_____"Terima kasih, kakak," kata Rina.

_____"Ayuh, pergi ke kedai. Kakak akan membeli Rina apa-apa sahaja," tegur Mira.

_____Pada keesokan hari, Rina pergi ke pusat membeli-belah untuk membelikan hadiah untuk kawannya. Dia sampai di majlis kawannya selepas membeli hadiah itu lalu memberitahu kawan-kawannya apa yang telah terjadi semalam. Rina dan kawan-kawannya telah pelajari bahawa jangan mengambil sesuatu tanpa meminta izin.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nur Elmira Binte Abdul Latiff
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 14
Bahasa - 16

Ulasan guru: 
Jalan cerita tersusun tetapi ringkas. Isi-isi menarik agak terhad. Penggunaan struktur dialog yang tepat.



Karangan Darjah 6BML (2013) - Karangan Terbaik 3


_____Sukar untuk aku mempercayainya! Azman ditugaskan sebagai ketua kami. Mustahil aku dapat bekerjasama dengannya dalam projek ini. Sepatutnya, Azman patut bantu kami sahaja. Aku berasa geram kerana khuatir yang kami tidak selesai pada waktu yang ditentukan. Aku tidak faham mengapa Azman boleh jadi ketua sedangkan perangainya tidak berapa baik.

_____Aku tahu sangat perangai Azman itu. Sejak dari kecil lagi, aku berkawan dengannya. Nasib baik aku tidak mengikuti perangainya yang buruk itu. Dia sungguh degil dan panas baran apabila disuruh untuk membuat sesuatu. Azman juga suak buli orang dan juga nakal. Dia selalu tidak menyelesaikan kerja sekolah. Setahu aku, dia seorang budak yang pemalas.

_____Beberapa hari lepas, aku nampak Azman dan gengnya di belakang kantin sedang membuli seorang pelajar.

_____Aku ditegur Azman, "Apa kau lihat-lihat? Kau hendak apa, Johan?"

_____Aku tidak menjawab soalannya lalu beredar dari situ. Kami sedang berbincang bagaimana hendak buat projek itu. Azman sedang termenung sahaja. Guru telah memberi projeks sains tentang 'Adaptation'. Dia menyuruh kami buat rujukan di komputer. Azman pula sudah berhenti termenung. Aku menyuruh dia untuk cadang sesuatu yang sesuai untuk pembentangan kami.

_____Aku sebenarnya mahu dia cakap sesuatu kerana dia ketua kami. Dia pun membahagi kerja projek itu. Aku tanya dia mengapa dia tidak membuat apa-apa. Dia pun menjawab bahawa itu urusannya. Dia pun kata bahawa dia ketua jadi dia boleh buat apa yang dia mahu. Itu sungguh tidak adil.

_____Aku pun berkata kepadanya, "Tidak semestinya ketua boleh duduk goyang kaki sementara yang lain membuat kerja. Ketua pun patut main peranannya!"

_____Azman pun tidak puas hati dengan aku. Tiba-tiba, dia menumbuk mukaku. Terasa sakit pada mukaku. Pada masa itu, guru sains sedang berdiri di pintu kelas kami. Dia menyuruh kami berdua pergi ke pejabatnya. Guru kami menyuruh yang lain untuk membuat kertas yang dia ingin beri. Setelah tiba di pejabat guru, dia mula memarahi Azman. Dia menjelaskan kepada Azman bahawa dia melantik Azman sebagai ketua kerana ada sebabnya. Dia ingin Azman memperbaiki prestasinya dan ingin dia menjadi baik dengan bekerja keras sebagai kumpulan untuk menyelesaikan projek itu. Guru kami faham bahawa Azman perlu berubah menjadi baik. Guru sains kami juga memarahi aku kerana tidak menunjukkan kepada Azman bagaimana hendak berbuat baik.

_____Selepas beberapa hari, projek kumpulan kami semakin bagus. Azman juga memberi cadangan dan lain-lain untuk projek kami. Aku berasa sungguh gembira. Aku tidak sabar untuk membentangkan projek kami. Azman dan aku juga sudah berbaik dan berkawan baik seperti dahulu. Tentang gengnya pula, dia sudah memberitahumereka untuk berhenti membuli orang kerana tidak mahu menjadi samseng sekolah. Mereka menjadi budak yang baik. Hari yang dinanti-natikan pula sudah menjelang. Aku berasa gementar tetapi gembira untuk membuat pembentangan. Sudah masa kami berdiri di depan kelas. Kami mencari banyak maklumat yang menarik perhatian ramai orang. Kami secara bergilir membentangkan projek. Apabila ketua bercakap, dia cakap dengan yakin. Aku kagum akannya. Dia sudah banyak berubah. Kini, apabila aku melihat wajahnya, dia akan senyum kepadaku. Selepas kumpulanku selesai, tepukan gemuruh diberi oleh kawan-kawan. Aku berasa sangat gembira.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Shera Binte Jizman
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 14
Bahasa - 15

Ulasan guru:
Awasi penggunaan 'guru' vs 'cikgu'. Banyak struktur ayat lisan. Susunan cerita agak baik.



Darjah 6BML (2013) - Kefahaman Subjektif 1


Salam Sejahtera Cerdas, 

Berikut ialah jawapan bagi KS 1. Pastikan kamu membuat pembetulan!

1. Perkara yang dilakukan Azman ketika waktu rehat pada pagi itu adalah duduk seorang diri di bawah pokok mangga (2).

2. Perasaan Azman pada pagi itu adalah malu (2) kerana Cikgu Umairah sudah beberapa kali berpesan kepadanya tentang pembayaran yuran persekolahan (2). [Bukti meminta jawapan perbuatan]

3. Dua masalah yang sedang dihadapi Azman dan keluarga ialah ayah Azman terlantar di hospital akibat kemalangan di tempat kerja (2) dan tidak dapat melunaskan yuran persekolahan (2).

4. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Rahmat bersikap bijaksana dalam membantu untuk menyelesaikan masalah Azman adalah dia meminta ayahnya membantu membayarkan yuran persekolahan Azman dahulu (2) dan menawarkan ibu Azman bekerja sebagai seorang tukang masak di restoran ayahnya (2). [Bukti meminta jawapan perbuatan]

5. Dua contoh bantuan yang diberi Rahmat dapat menolong Azman ialah yuran sekolah Azman dapat dilunaskan (2) dan ibunya boleh mendapat gaji setelah bekerja untuk menampung kos kehidupan keluarganya (2).

6. Dua sebab mengapa Azman berbuat demikian adalah dia bersyukur kerana Rahmat ingin membantunya (2) dan Rahmat seorang kawan yang baik (2).

7.
(i) termenung / berkhayal / mengelamun
(ii) mengambil berat / memberi perhatian

Perhatian: 
- Salin batang soalan sebelum menulis isi jawapan.
- Setiap jawapan mesti dalam bentuk sepotong ayat.

Monday, May 13, 2013

Darjah 6 (2013) - Set 10

Salam Sejahtera Cerdas, 

Berikut ialah jawapan bagi Set 10. Pastikan kamu menjawab kesemua soalan terlebih dahulu sebelum memeriksa jawapan. Buat pembetulan, jika jawapan asal kamu salah.

1. (4)
2. (2)
3. (2)
4. (3)
5. (4)
6. (1)
7. (2)
8. (2)
9. (1)
10. (3)

11. (3)
12. (2)
13. (4)
14. (1)
15. (2)

16. (3)
17. (3)
18. (1)
19. (2)

20. (1)
21. (2)
22. (4)
23. (3)

24. gelisah
25. terlantar
26. pada
27. panjang
28. menuruni
29. menerkam
30. menembusi
31. duduk (bukan terjerembab)


32. (5)
33. (1)
34. (2)
35. (6)

36. Midon terpaksa menjalani kehidupan yang susah kerana bapanya telah meninggal dunia (2).

37. Midon tidak dapat membantu ibunya sejurus selepas kematian bapanya kerana dia baru berusia enam tahun (2).

38. Bukti-bukti yang menyokong bahawa Midon seorang anak yang baik ialah dia membantu ibunya membawa kuih untuk dijual di sekolah (2) dan mencari kayu api pada waktu petang (2).

39. Kata-kata Midon bermakna ibunya telah bersusah-payah menoreh getah dan membuat kuih-muih setiap pagi (2) lalu dia ingin gigih berusaha dalam pelajaran (2).

40. Dua pengajaran yang boleh diperoleh daripada petikan ini adalah seseorang tidak boleh berputus asa (2) dan berusaha untuk membantu keluarga (2).

41a.
(i) sedih / hiba / 
(ii) membela / menanggung
(iii) melebihi

41b. pensyarah


Perhatian: Setiap jawapan kefahaman subjektif mesti dalam bentuk sepotong ayat.

Thursday, May 2, 2013

Darjah 6 (2013) - Penilaian Alternatif Penggal 2

Salam Sejahtera Cerdas,

Arahan:

1. Sila klik pautan berikut untuk tonton tiga cuplikan video: 

2. Kenal pasti alat dan perkakas yang digunakan watak Indiana Jones. Alat dan perkakas itu merupakan sebahagian daripada keperluan pengembaraan.

3. Catatkan 10 alat dan perkakas yang kamu saksikan dalam cuplikan video. Kongsi senarai itu di dalam bilik darjah, esok.

4. Contoh alat dan perkakas: kompas, tali, topi, dll.

5. Guna www.dbp.gov.my untuk alih bahasa Inggeris kepada Melayu.

6. Selamat mencuba!