_____Pada hari Sabtu petang lalu, keluarga Nazirul baru pulang dari taman bunga. Mereka gembira pergi ke sana kerana boleh melihat bunga-bunga yang berwarna-warni seperti bunga mawar. Ayah Nazirul mahu memasak hidangan kegemarannya iaitu nasi ikan penyet, khas untuk keluarganya.
_____Ayah Nazirul terus pergi ke pasar di Admiralty untuk membeli ikan dan sayur-sayuran. Selepas setengah jam, ayah Nazirul pulang ke rumah dengan tangannya mengangkat banyak beg plastik yang dipenuhi sayur-sayuran. Ayah Nazirul terus mengeluarkan bahan-bahan masakan yang dibeli.
_____Apabila ayah Nazirul sedang memasak, Nazirul dan adiknya menelaah kerja sekolah mereka. Mereka boleh menghidu bau sayur-sayuran yang digoreng oleh ayah mereka. Mereka terus berhenti menelaah lalu berjalan ke arah dapur. Mereka nampak ayah mereka sedang bersusah-payah memasak makanan kegemaran mereka. Nazirul dan adiknya berdiri sahaja di situ sambil menghidu makanan yang dimasak oleh ayah mereka. Mereka termenung melihat gelagat ayah mereka selama setengah jam.
_____Apabila makanan sudah dimasak, Nazirul dan adiknya tidak sabar untuk menjamu selera. Nazirul nampak banyak makanan yang telah diletakkan di atas meja seperti sayur kangkung, bebola ikan dan ikan penyet. Mereka telah menunggu ibu mereka selesai mencuci baju dan membersihkan dirinya sebelum makan petang.
____Tiba-tiba, ibu mereka terperanjat kerana dia ternampak hidangan yang banyak dihidangkan di atas meja makan itu. Mereka mencuci tangan mereka sebelum menjamu selera bersama-sama. Ayah mereka mencedukkan nasi untuk semua. Nazirul mengambil hidangan ikan penyet kerana dia kelaparan sejak pulang dari taman bunga. Selepas 15 minit, mereka sudah selesai makan petang.
_____Selepas makan petang, Nazirul menolong ibunya mencuci pinggan sementara ayah dan adiknya mengelap meja. Selepas itu, mereka duduk di sofa untuk menonton rancangan 'Jangan Betulkan TV Anda' di televisyen sehingga pukul 9 malam. Selepas itu, mereka pergi ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur kerana mereka perlu bangun awal pada esok pagi untuk bersenam di taman senaman.
(Karangan telah diperbaiki.)
Dikarang oleh:
Muhammad Zaidani B Yusop
Perseverance 6-8
Markah:
Isi - 15
Bahasa - 13
Ulasan:
Awasi tanda baca dan imbuhan. Bezakan penggunaan ayahnya dan ayah mereka, jika mengaitkan dua orang atau lebih.
Perseverance 6-8
Markah:
Isi - 15
Bahasa - 13
Ulasan:
Awasi tanda baca dan imbuhan. Bezakan penggunaan ayahnya dan ayah mereka, jika mengaitkan dua orang atau lebih.
No comments:
Post a Comment