Thursday, March 3, 2011

Karangan Darjah 5 - (2) Penyeluk Saku 11.02.11 (Karangan Terbaik)

_____“Ring!” loceng jam yang berwarna-warni itu berdering dengan nyaring dan lantang sehingga membingitkan kedua telinga Salim. Dia langsung bangkit daripada tilamnya yang lembut dan empuk itu apabila ibunya menyuruh Salim untuk mandi. Sikap keakurannya itu membuatkan ibunya berasa bertuah kerana dapat memiliki anak seperti Salim.

_____Tiga puluh minit kemudian, Salim telah bersiap-sedia untuk pergi ke sekolah. Salim telah sampai di suatu perhentian bas. Apabila bas nombor 240 telah tiba, dia pun menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu. Tanpa disedari, kawan Salim, Saiful, telah berada di sebelahnya. Apabila bas itu berhenti, Salim terlanggar Saiful lalu dari situlah mereka pergi ke sekolah bersama-sama.

_____Malangnya, jalan raya itu penuh sesak. Apabila mereka sedang berbual dengan rancak, mereka juga sedang memerhatikan seorang lelaki yang berusia lebih kurang tiga puluh tahun kerana dia sungguh mencurigakan. Semasa mereka perhatikan lelaki itu, tiba-tiba, lelaki itu menyeluk saku orang yang berada di sebelahnya dengan perlahan-lahan.

_____ “Eh, awak nampak, lelaki itu sedang menyeluk saku orang tua itu?” kata Salim dengan cemas.

_____Apabila dompet berwarna coklat itu berada di tangan lelaki itu, dua orang saksi itu pun berteriak dengan lantang untuk meminta tolong. Tidak jauh dari situ, terdapat seorang anggota tentera terdengar jeritan mereka lalu menoleh. Tanpa berlengah lagi, anggota tentera itu pun melipat lengannya dengan erat lalu mengheret dia ke balai polis yang terdekat. Salim serta rakannya, Saiful, berasa bangga kerana dapat menyelamatkan masyarakat daripada jenayah.

(Karangan telah diperbaiki.)



Dikarang Oleh:
Nabilah Bte Halim
Diligence 5/5

Markah:
Isi – 18
Bahasa - 18

Ulasan:
Cerita berbentuk naratif yang baik dan lancar. Namun, bahagian akhir boleh dikembangkan. Apa yang berlaku kepada penyeluk saku itu setelah diserahkan kepada pihak polis?

No comments:

Post a Comment