Wednesday, March 30, 2011

Karangan Darjah 5 - (3) Peristiwa Sakit di Rumah 21.02.11 (Karangan Terbaik)

_____”Ah, panas terik sungguh hari ini,” aku berbisik sendirian.

_____Aku baru sahaja pulang dari sekolah dengan adikku, Herman. Peluh menitis keluar dari dahiku dan adikku. Setelah sampai di rumah, aku ternampak ibuku, Puan Rima, memicit pelipis kepalanya. Ibuku tinggal di rumah seorangan kerana ayahku, Encik Shah, bekerja di kilang sementara kami pula pergi ke sekolah. Aku memegang bahu ibuku. Ibuku terkejut lalu memandang aku. Kemudian, aku menyuruh ibuku berhenti mengemas rumah untuk beristirehat. Selepas itu, aku memapah ibuku masuk ke dalam biliknya.

_____Aku membaringkan ibuku di atas katil sebelum menyentuh dahi ibuku. Panas sungguh dahinya. Aku mengambil air suam lalu meletakkan cawan itu di meja yang berada di sebelah katil ibuku. Setelah itu, aku melangkah keluar dari bilik ibuku.

_____Aku menghidangkan makanan di atas meja makan lalu menjamu selera bersama adikku. Lazat sungguh makanan itu. Aku dan adikku makan dengan gelojoh sekali kerana kami terlalu lapar dan juga kerana makanan itu enak-enak belaka.

_____Selepas makan, aku mencuci pnggan sehingga bersih untuk menghilangkan sisa-sisa makanan. Adikku pula sedang menyalin pakaiannya. Aku ada akal untuk belajar setelah makan tengah hari. Peperiksaanku akan menjelang beberapa minggu lagi.

_____Setelah itu, aku pun menyalin pakaian lalu belajar. Walaupun aku penat, aku memerah otak untuk menyelesaikan soalan-soalan yang susah itu. Aku mengajar Herman membuat kerja sekolahnya. Aku berasa gementar apabila teringat tentang peperiksaanku yang akan menjelang.

_____Setelah itu, aku dan Herman memasuki bilik ibu bapaku dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat muka ibuku pucat lesu. Kemudian, ibuku muntah. Aku segera menelfon ambulans yang tiba dalam beberapa minit sahaja. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa ibuku hamil. Akhirnya, kami mendapat seorang lagi anggota keluarga. Ibuku bercadang untuk menamakan adikku, Puteri Emas.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:

Nurul’ain Bte Nazrin

Diligence 5-1

Markah:

Isi – 16

Bahasa – 16

Ulasan guru:

Awasi gelaran orang pertama, kedua dan ketiga. Permulaan ayat setiap perenggan tidak bervariasi.

Sunday, March 27, 2011

Karangan Darjah 4 - (4) 07.03.11 (Karangan Terbaik 2)


_____Pada suatu petang, dalam pukul 3.30, ada seorang budak nakal bernama Firash bermain dengan sekotak mancis. Dia menyalakan sebatang mancis.


_____Tiba-tiba, mancis yang dia nyalakan, tercampak kerana tangannya terkena api. Mancis yang tercampak itu terkena langsir yang berada di sebelahnya. Api di langsir itu menjadi besar dan besar. Firash berasa gamam.


_____Firash berasa amat takut. Firash berlari ke bilik ibu bapanya lalu menutup pintu. Ibu dan ayah Firash sedang nyenyak tidur kerana mereka baru balik dari pejabat manakala Firash baru balik dari sekolah.


_____Ibu dan bapa Firash terkejut kerana dia bermain dengan mancis lalu api itu terkena langsir baru ibunya. Bapa Firash mengambil air lalu menyimbah ke arah api itu. Bapanya menelefon pasukan bomba untuk menolong kerana api itu telah semarak. Dengan segera, pasukan bomba itu tiba. Mereka terkejut kerana sebatang mancis boleh menyebabkan api yang besar itu. Seorang anggota bomba mengambil paip lalu menyemburkan air ke arah api itu. Dia berjaya memadamkan api itu. Firash dan keluarganya terselamat daripada api itu lalu Firash berjanji yang dia tidak akan bermain dengan api lagi.


(Karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:


Dyana Atiqah Bte Abdul R


Loyalty 4-5


Markah:


Isi- 7


Bahasa - 6


Ulasan guru:


Bahagian akhir karangan ini menarik.

Karangan Darjah 4 - (4) 07.03.11 (Karangan Terbaik 1)

_____Pada suatu hari, Ali sedang berehat di rumah kerana hari itu cuti sekolah. Ali sedang berfikir untuk melakukan sesuatu kerana dia bosan di rumah. Kemudian, Ali hendak pergi ke dapur untuk mengambil makanan kerana dia lapar. Selepas makan, Ali mahu meminum air kerana dia dahaga. Selepas mengambil air, Ali terjumpa sekotak mancis. Dia mahu mengambil mancis itu tetapi tidak boleh kerana dia teringat pesan bapanya. Dia berdegil juga lalu dia mengambil kotak mancis itu. Ali terus pergi ke biliknya lalu menyalakan sebatang mancis.


_____Api pun sudah bernyala lalu ditiup angin kencang. Ali terperanjat kerana melihat api itu membakar langsir. Ali kelam-kabut kerana dia mati akal.


_____Dia terus pergi ke bilik ibu bapanya untuk mengejutkan mereka tetapi mereka tetap nyenyak tidur. Ali mati akal sekali lagi.


_____Dia terus berfikir lalu memiliki idea. Dia mengambil sebaldi air lalu terus pergi ke biliknya untuk menyiram air ke arah api itu. Ali berjaya memadamkan api itu tersebut. Kemudian, ibu bapanya bangun lalu pergi ke biliknya. Mereka terkejut apabila ternampak lubang besar di langsirnya. Ali meminta maaf kerana menyebabkan langsir iutu terbakar kerana bermain dengan api. Ali berjanji agar tidak akan bermain dengan api lagi. (Karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:

Muhammad Irfan Bin Moksein

Loyalty 4-5

Markah:

Isi- 7

Bahasa - 6


Ulasan guru:

Pemilihan perkataan yang baik.

Karangan Darjah 5 - (4) 07.03.11 (Karangan Terbaik)

_____Lin, bangun! Jam sudah menunjukkan pukul enam pagi!" ibu Marlina membangunkan anaknya.


_____Mata Marlina sayu. Dia begitu letih semalam kerana hendak menyelesaikan projeknya. Dia bangkit daripada katilnya dan sukar untuk meninggalkan bantal yang lembut dan empuk. Rasanya dia mahu tidur sekali lagi. apabila dia bangkit daripada katilnya, dia terfikir untuk pergi ke tandas. Perut dan punggungnya terasa sakit kerana hendak membuang air besar. Marlina terus masuk ke dalam bilik air lalu bersiap-sedia untuk berangkat ke sekolah.


_____Setelah bersarapan, Marlina terasa hendak membuang air sekali lagi. Ibunya, Mak Tini, berasa risau terhadap anaknya. Sebenarnya, Marlina ada penyakit cirit-birit. Setiap dua jam, pasti dia hendak pergi ke tandas.


_____Walaupun Marlina dalam keadaan begitu, dia tetap seorang yang bertanggungjawab menghasilkan projek itu untuk rakan-rakan dan gurunya. Marlina berjalan dengan pantas menuju ke perhentian bas suapa dia dapat membuang air di tandas sekolahnya. Marlina menunggu ketibaan bas itu dengan sabar walaupun selalu memicit-micit punggung dan perutnya.


_____Dalam beberapa minit kemudian, bas bernombor 911 pun sampai. Dalam perjalanan pergi ke destinasinya, Marlina dengan tidak sengaja membuang angin sambil memicit-micit perutnya. Nasib baik Marlina sedang duduk dan tiada seseorang pun yang boleh hidu bau yang tidak disenangi itu. Kemudian, seorang warga tua sedang mencari tempat duduk. marlina berasa kasihan terhadap warga tua itu. Dengan murah hati, dia pun memberi tempat duduknya kepada warga tua itu sambil memicit perutnya.


_____Tiba-tiba, tayar bas itu terlanggar seketul batu lalu bas itu terhenjut. Penumpang-penumpang bas itu dengan tidak sengaja tertolak Marlina lalu dia pun terjatuh.


_____"Aduh, aduh! Tumpang lalu, tumpang lalu," Marlina menyuruh penumpang-penumpang bas itu memberi laluan kepadanya sambil merangkak dengan muka tembok.


_____Tiba-tiba, bas itu mula berhenti. Marlina sudah tidak sabar untuk pergi ke sekolah. Alangkah terkejut marlina apabila tayar-tayar bas itu pancit. Pemandu bas tersebut menyuruh separuh daripada penumpang-penumpang di dalam bas itu untuk keluar lalu menaiki bas lain. Marlina tidak mahu meninggalkan bas itu walaupun sekolahnya berdekatan. Lagipun, dia sudah ternampak Sekolah Rendah Qihua. Marlina hanya pura-pura tertidur. Pemandu bas sudah menyuruh Marlina keluar tetapi dia keras hati. Malangnya, pemandu bas itu menarik Marlina keluar.


_____Marlina bermasam muka sendirian. Dia tidak mahu berlari kerana khuatir dia akan membuang angin lagi. Dia tidak nampak bahawa ada lopak air yang begitu banyak di hadapannya. Tiba-tiba, Marlina tergelincir lalu baju dan skirtnya basah.


_____Marlina berasa sungguh kesal kerana tidak berhati-hati. Apabila sampai di sekolah, Marlina membuang air sekali lagi dan cuba untuk mengeringkan bajunya. Dia berasa takut yang gurunya akan memarahinya. Namun, gurunya menghantar Parlina pulang kerana dia faham bahawa dia sakit.


(Karangan telah diperbaiki

Dikarang oleh:

Amirah 'Afifah Bte Roslan Diligence 5-2


Markah:

Isi- 18

Bahasa - 17


Ulasan guru:

Jalan dan isi cerita yang menarik. Penggunaan dialog secara betul. Tahniah!

Tuesday, March 15, 2011

Karangan Darjah 6 - (4) 07.03.11 (Karangan Terbaik)

_____Pada hari Sabtu petang lalu, keluarga Nazirul baru pulang dari taman bunga. Mereka gembira pergi ke sana kerana boleh melihat bunga-bunga yang berwarna-warni seperti bunga mawar. Ayah Nazirul mahu memasak hidangan kegemarannya iaitu nasi ikan penyet, khas untuk keluarganya.

_____Ayah Nazirul terus pergi ke pasar di Admiralty untuk membeli ikan dan sayur-sayuran. Selepas setengah jam, ayah Nazirul pulang ke rumah dengan tangannya mengangkat banyak beg plastik yang dipenuhi sayur-sayuran. Ayah Nazirul terus mengeluarkan bahan-bahan masakan yang dibeli.

_____Apabila ayah Nazirul sedang memasak, Nazirul dan adiknya menelaah kerja sekolah mereka. Mereka boleh menghidu bau sayur-sayuran yang digoreng oleh ayah mereka. Mereka terus berhenti menelaah lalu berjalan ke arah dapur. Mereka nampak ayah mereka sedang bersusah-payah memasak makanan kegemaran mereka. Nazirul dan adiknya berdiri sahaja di situ sambil menghidu makanan yang dimasak oleh ayah mereka. Mereka termenung melihat gelagat ayah mereka selama setengah jam.

_____Apabila makanan sudah dimasak, Nazirul dan adiknya tidak sabar untuk menjamu selera. Nazirul nampak banyak makanan yang telah diletakkan di atas meja seperti sayur kangkung, bebola ikan dan ikan penyet. Mereka telah menunggu ibu mereka selesai mencuci baju dan membersihkan dirinya sebelum makan petang.

____Tiba-tiba, ibu mereka terperanjat kerana dia ternampak hidangan yang banyak dihidangkan di atas meja makan itu. Mereka mencuci tangan mereka sebelum menjamu selera bersama-sama. Ayah mereka mencedukkan nasi untuk semua. Nazirul mengambil hidangan ikan penyet kerana dia kelaparan sejak pulang dari taman bunga. Selepas 15 minit, mereka sudah selesai makan petang.

_____Selepas makan petang, Nazirul menolong ibunya mencuci pinggan sementara ayah dan adiknya mengelap meja. Selepas itu, mereka duduk di sofa untuk menonton rancangan 'Jangan Betulkan TV Anda' di televisyen sehingga pukul 9 malam. Selepas itu, mereka pergi ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur kerana mereka perlu bangun awal pada esok pagi untuk bersenam di taman senaman.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Muhammad Zaidani B Yusop
Perseverance 6-8

Markah:
Isi - 15
Bahasa - 13

Ulasan:
Awasi tanda baca dan imbuhan. Bezakan penggunaan ayahnya dan ayah mereka, jika mengaitkan dua orang atau lebih.

Sunday, March 13, 2011

Karangan Darjah 5BML - (2) 21.02.11 (Karangan Terbaik)

_____Tidak terniat aku untuk menyebabkan sahabat karibku susah hati. Aku menyesali perbuatanku itu. Aku telah menyebabkan persahabatan kami selama tiga tahun putus. Pada hari Sabtu lalu, kami telah berjanji untuk meninjau-ninjau beberapa permainan video yang baru sahaja dikeluarkan.

_____Kami pun terus pergi ke pusat membeli-belah Vivo City. Apabila kami menjejakkan kaki kami ke dalam pusat permainan itu, mataku mula terlekat ke satu set permainan video. Aku inginkan set permainan itu tetapi aku tidak mampu membelinya.

_____Niat untuk mengambil set itu terlintas di fikiranku. Aku pun menoleh ke kiri lalu ke kanan untuk memastikan bahawa tiada orang yang memerhatikan aku. Aku pun mencuri set itu. Jantungku mula berdegup kencang. Tanpa aku sedari, Iffah sedang memerhatikan aku. aku pun bergegas keluar dari pusat itu. Iffah terkejut dengan perbuatanku yang salah itu.

_____Aku pun denga nsegera membuka kotak set itu. Iffah mengambil semula permainan itu lalu menanyaku sebab aku melakukan perbuatan itu. Aku menengking Iffah lalu merampas permainan itu daripadanya. Aku pun segera pulang ke rumah.

_____Pada malam tersebut, aku tidak dapat mememejamkan mataku. Aku teringat semula kejadian itu. Aku telah bercadang untuk memulangkan permainan itu kepada pusat itu.

_____Pada keesokan hari, aku memberi semula permainan itu kepada jejaka yang sedang berdiri di tepi beberapa set permainan video. Dia pun memarahiku lalu aku menitiskan air mata. Dia memberitahu aku bahawa dia akan memberikan aku peluang untuk kali itu.Aku mengucapkan terima kasih lalu menelefon Iffah untuk meminta maaf kerana perbuatanku telah menyebabkan dia khuatir. Aku berasa bahagia kerana telah bersikap jujur pada diriku.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nur Amirah Bte Kamarzaman
Diligence 5-2

Markah:
Isi - 14
Bahasa - 15

Ulasan:
Bahagian keresahan perlu diceritakan lebih lanjut. Tidak menerangkan dengan kukuh sebab persahabatan terputus.

Karangan Darjah 6 - (3) Bersikap Biadab 23.02.11 (Karangan Terbaik)

_____Ramadhan dan Uzair sedang bergaduh di kolong blok kerana salah faham. Mereka bergaduh seperti anjing dengan kucing. Mereka saling bertumbuk dan terpekik-pekik. Mereka juga saling menggunakan kata-kata kesat.

_____Tiba-tiba, seorang kurang upaya lelaki ternampak pergaduhan antara Ramadan dan Uzair. Lelaki itu bernama Nabil. Nabil menyuruh mereka berhenti bertengkar. Ramadan dan Uzair menyuruh Nabil beredar dari kolong blok itu.

_____Nabil ternampak seorang yang sedang mengayuh basikal hendak pergi ke arah Ramadan dan Uzair. Nabil terus pergi ke arah mereka. Ramadan dan Uzair sudah berhenti bergaduh. Nabil melanggar penunggang basikal itu untuk mengelak daripada melanggar Ramadan dan Uzair.

_____Air mata Nabil merembes kerana dia terjatuh daripada kerusi rodanya. Penunggang basikal itu meminta maaf lalu memapah Nabil ke kerusi rodanya. Ramadan dan Uzair terperanjat apabila melihat Nabil terjatuh.

_____Kejadian itu menarik perhatian orang ramai. Nabil pun memaafkan penunggang basikal itu. Ramadan dan Uzair pun pergi ke arah Nabil untuk meminta maaf kerana bersikap biadab tadi.

_____Ramadan dan Uzair pun membalas budi baik Nabil dengan memberinya sebatang coklat. Nabil mengucapkan terima kasih kepada mereka. Ramadan dan Uzair membawa nabil ke rumah mereka. Ibu Ramadan dan Uzair memasakkan makanan istimewa untuk Nabil. Selepas memakan makanan istimewa ibu Ramadan dan Uzair, Nabil pun pulang ke rumahnya.


(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang Oleh:
Hazry Shah B Abdul Halim
Perseverance 6/6

Markah:
Isi – 15
Bahasa - 16

Ulasan:
Bahasa amat baik. Prestasi karangan kamu semakin meningkat.

Thursday, March 3, 2011

Karangan Darjah 5 - (2) Penyeluk Saku 11.02.11 (Karangan Terbaik)

_____“Ring!” loceng jam yang berwarna-warni itu berdering dengan nyaring dan lantang sehingga membingitkan kedua telinga Salim. Dia langsung bangkit daripada tilamnya yang lembut dan empuk itu apabila ibunya menyuruh Salim untuk mandi. Sikap keakurannya itu membuatkan ibunya berasa bertuah kerana dapat memiliki anak seperti Salim.

_____Tiga puluh minit kemudian, Salim telah bersiap-sedia untuk pergi ke sekolah. Salim telah sampai di suatu perhentian bas. Apabila bas nombor 240 telah tiba, dia pun menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu. Tanpa disedari, kawan Salim, Saiful, telah berada di sebelahnya. Apabila bas itu berhenti, Salim terlanggar Saiful lalu dari situlah mereka pergi ke sekolah bersama-sama.

_____Malangnya, jalan raya itu penuh sesak. Apabila mereka sedang berbual dengan rancak, mereka juga sedang memerhatikan seorang lelaki yang berusia lebih kurang tiga puluh tahun kerana dia sungguh mencurigakan. Semasa mereka perhatikan lelaki itu, tiba-tiba, lelaki itu menyeluk saku orang yang berada di sebelahnya dengan perlahan-lahan.

_____ “Eh, awak nampak, lelaki itu sedang menyeluk saku orang tua itu?” kata Salim dengan cemas.

_____Apabila dompet berwarna coklat itu berada di tangan lelaki itu, dua orang saksi itu pun berteriak dengan lantang untuk meminta tolong. Tidak jauh dari situ, terdapat seorang anggota tentera terdengar jeritan mereka lalu menoleh. Tanpa berlengah lagi, anggota tentera itu pun melipat lengannya dengan erat lalu mengheret dia ke balai polis yang terdekat. Salim serta rakannya, Saiful, berasa bangga kerana dapat menyelamatkan masyarakat daripada jenayah.

(Karangan telah diperbaiki.)



Dikarang Oleh:
Nabilah Bte Halim
Diligence 5/5

Markah:
Isi – 18
Bahasa - 18

Ulasan:
Cerita berbentuk naratif yang baik dan lancar. Namun, bahagian akhir boleh dikembangkan. Apa yang berlaku kepada penyeluk saku itu setelah diserahkan kepada pihak polis?