Thursday, August 23, 2012

D6B BML - Jawapan Halaman 57-63

1. (3)
2. (4)
3. (1)
4. (7)
5. (5)

6. menyeluruh
7. menggalakkan
8. perhimpunan
9. dengan
10. dilaksanakan

11. (3)
12. (5)
13. (1)
14. (8)
15. (6)

16. masalah berat badan dalam kalangan murid-murid sekolah semakin meningkat
17. melakar program khas untuk mereka

18. Pengetua sekolah mengucapkan tahniah kepada Amir kerana dia telah berjaya meraih keputusan terbaik dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah.
19. Ketika keputusan tempat pertama diumumkan, Imran berasa syukur dan tidak sabar hendak memberitahu ibu bapanya.
20. Imran tidak berasa kecewa apabila ibu dan ayahnya tidak bersamanya pada hari itu kerana mereka telah bekerja keras untuk memberinya kehidupan yang sempurna dan menjadi sumber inspirasi kepadanya.
21. Dua bukti bahawa Imran berasa cemas apabila diminta Cikgu Sarah pergi ke mejanya ialah dia tidak berani melihat wajah gurunya dan jantungnya berdegup kencang menantikan tidakan lanjutnya.
22. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Cikgu Sarah bersikap prihatin terhadap muridnya ialah dia ingin membantu Imran jika dia bermasalah dan membimbingnya dalam Bahasa Melayu tiga kali seminggu selepas waktu sekolah.
23. Dua sebab Imran berperasaan terharu ialah Amir telah berkongsi cara mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu dan mereka mengambil berat akan dirinya.
24(i). mendatangkan kejayaan
24(ii). merisaukan

Tuesday, July 10, 2012

Tiada Jawapan Set 5

Salam Bidai 2,

Saya minta maaf kerana tidak dapat sediakan jawapan soalan 1-35 bagi set 5 kerana saya lupa bawa pulang set itu (tepuk kepala) ...


Salam,
Abg Z

Tuesday, May 8, 2012

D6 BML - Jawapan Halaman 62-63

18 . Perkara yang mengganggu fikiran Hamzah ialah dia tidak dapat menemui kawan baiknya iaitu Razif sejak beberapa hari (2).


19. Keadaan Hamzah semasa Azif tidak ke sekolah adalah risau (2) kerana dia gagal menghubungi Razif (2).


20. Hamzah menghubungi Razif menggunakan khidmat pesanan ringkas (2) dan e-mel (2) ATAU telefon (2) ATAU pergi ke rumahnya (2).


21. Dua bukti bahawa Cikgu Yazid prihatin akan perasaan Hamzah ialah dia memberitahu berita buruk tentang Razif kepadanya terlebih dahulu (2) dan dia menunggu di pintu pagar sekolah agar tidak dilihat oleh sesiapa (2).


22. Dua contoh Cikgu Yazid menjaga hati dan perasaan Hamzah sewaktu dia menyampaikan khabar tentang Razif dan keluarganya ialah dia bercerita dengan nada yang sayu (2) dan mengukir senyuman semasa memberitahu bahawa keadaan mereka stabil (2).


23. Dua sebab Hamzah berperasaan berkecamuk ialah dia bersyukur bahawa Razif dan keluarganya terselamat (2) dan juga berasa khuatir akan keadaan mereka (2).


24 (i) menerima (ii) tidak dapat memegang stereng


Petua - Gunakan ayat sendiri sebanyak mungkin kerana jiak kamu ambil jawapan bulat-bulat daripada teks, makna jawapan itu akan berlainan daripada apa yang dikehendaki dalam soalan. (Pelajar yang banyak bertanya kepada guru akan maju dalam pelajaran.)

Sunday, March 4, 2012

Karangan Darjah 3 - (1) 10.01.12 (Karangan Terbaik)


_____Pada hari Ahad yang lalu, Amir sedang mengulang kaji pelajaran. Amir terlalu letih. Amir pun berehat.

_____Semasa Amir berehat, Amir terhidu bau asap. Amir terbangun daripada tidurnya lalu keluar dari biliknya. Dia mencari-cari di mana punca asap itu. Amir berasa hairan.

_____Amir berlari ke ruang tamu. Dia ternampak langsir itu dijilat oleh api. Amir terkejut apabila langsir itu terbakar.

_____Selepas itu, Amir lari k tandas untuk mengambil baldi. Baldi itu diisikan air. Amir pun memadam api tu. Akhirnya, Amir berjaya memadamkan api itu.

Karangan Darjah 4 - (1) 11.01.12 (Karangan Terbaik)



_____Pada suatu hari, Sarah sedang menangkap kupu-kupu di taman Wodlands. Tiba-tiba, dia ternampak seeko kupu-kupu hinggap di sehelai daun. Dia pun hendak menangkap kupu-kupu itu tetapi ia terbang. Dia pun mengejar kupu-kupu itu ke sebatang pokok.


_____Tiba-tiba, Sarah ternampak sekumpulan lebah berkerumun di pokok iu. Dia pun berlari lintang-pukang.


_____Lebah-lebah itu pun menyerang Sarah. Dia pun berasa cemas. Dia pun disengat oleh lebah-lebah itu.


_____Sarah pun terjatuh lalu lebah-lebah itu menyerangnya. Tiba-tiba, ayah Sarah ternampak Sarah disengat oleh lebah-lebah lalu dia melempar seketul batu ke arah lebah-lebah itu. Ayah Sarah pun berlari ke arah Sarah lalu menyelamatkannya. Sarah berjanji bahawa dia tidak akan menangkap kupu-kupu lagi.

Monday, January 30, 2012

Karangan Darjah 6 - (1) 09.01.12 (Karangan Terbaik)




_____”Shila, Ahmad bangun. Sudah pukul enam setengah pagi. Bangun!” ibu Shila dan Ahmad mengejutkan dua beradik itu agar pergi ke sekolah.

_____Selepas Shila dan Ahmad bangun lalu mahu pergi ke bilik air untuk mandi, mereka ternampak ibu mereka sedang sibuk melakukan kerja rumah. Mereka bersimpati terhadap pengorbanan ibu mereka.

_____Beberapa minit kemudian, Shila dan Ahmad mahu berangkat ke sekolah. Mereka masih melihat ibu mereka sedang bekerja keras untuk membersihkan rumah.

_____Pada jam satu petang, Shila dan Ahmad baru pulang dari sekolah.

_____”Ibu! Kami sudah pulang! Ibu, mengapa ibu memegang dahi ibu sambil menyapu lantai? Ibu terasa pening?” Shila bertanya kepada ibunya.

_____Apabila Shila dan Ahmad mendekati ibu mereka kerana mereka mahu menyalami tangan ibunya, tiba-tiba, ibu mereka terjatuh ke lantai.

_____Shila dan Ahmad cepat-cepat mencampakkan beg mereka di kerusi ruang tamu lalu mereka memapah ibu mereka masuk ke bilik ibu mereka. Setelah membawa ibu mereka masuk ke dalam bilik, Shila pergi mengambil ubat untuk ibunya yang tersayang supaya ibunya dapat makan agar cepat sembuh. Selepas itu, dia memegang dahi ibunya untuk memeriksa suhu badan ibunya.

_____”Mujurlah ibu tidak demam tetapi ibu masih harus beristirahat kerana mungkin ibu rasa penat kerana membuat kerja rumah sepanjang hari,” kata Shila.

_____Sebelum keluar dari bilik, ibunya berkata bahawa dia telah memasakkan lauk-pauk untuk Shila dan Ahmad. Mereka harus menghidangkan lauk-pauk ke dalam pinggan mangkuk.

_____Shila pun menghidangkan lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibunya ke dalam pinggan mangkuk.

_____Shila dan Ahmad meninggalkan sedikit lauk-pauk untuk ibu dan ayah mereka. Selepas itu, mereka mengangkat pinggan mangkuk ke singki untuk dicuci.

_____Kemudian, Shila dan Ahmad mandi lalu menyiapkan buku-buku aktiviti yang ada kerja sekolah untuk dibuat. Sementara Ahmad mandi, Shila mencuci pinggan mangkuk. Selepas mencuci pinggan mangkuk, dia masuk ke dalam bilik ibunya untuk menyuapkan ubat ke dalam mulut ibunya.

_____”Ibu! Bangun ibu. Ibu harus makan pil dan minum ubat ini supaya ibu cepat sembuh,” Shila mengejutkan ibunya supaya minum dan makan ubat.

_____Selepas beberapa minit, Shila dan Ahmad pergi belajar bersama-sama di ruang tamu. Jika Ahmad menghadapi masalah semasa menjawab soalan, Shila kan membantu untuk menerangkan jawapannya. Ahmad berasa bangga dan bersyukur kerana mendapat kakak yang baik hati, penyayang dan pandai.

_____Tidak lama kemudian, Ahmad dan Shila terdengar ibu mereka memanggil mereka. Ibu mereka sedang muntah di dalam bilik air yang berada di dalam bilik ibu mereka. Ibu mereka sering muntah dan berasa mual sehingga esok pagi.

_____Pada keesokan hari, bapa mereka membawa ibu mereka pergi ke klinik. Mujurlah ibu mereka hanya pening-pening sahaja. Doktor berkata bahawa mereka akan mendapat seorang adik baru. Mereka menjadi amat gembira.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Auni Zafirah Bte Taufek
Peseverance 6-4
Sekolah Rendah Qihua

Markah
Isi – 15
Bahasa – 16

Ulasan Guru:
Isi agak padat. Susunan ayat yang baik.