Monday, October 26, 2020

D4 2020 - Pembetulan 'Term 3 Practice 4 & Term 3 Practice 5' Soalan 17-22

Tulis markah di halaman utama T3P4 dan T3P5. Guna pena berdakwat hijau.

Dapatkan tandatangan waris untuk T3P4 dan T3P5.

Buat pembetulan jika markah tidak penuh bagi setiap soalan. Guna pena berdakwat hijau.



T3P4

17. membuat tugasan yang mudah seperti membersihkan bilik tidur sendiri (2) dan membuang sampah (2). ATAU mengelap meja (2).

18. Perbuatan yang sedang dilakukan oleh Jamal adalah memerhatikan ibunya mencuci beras di dapur.

19. Sebab Puan Aslinda tidak membuang air cucian beras itu adalah dia hendak gunakan air itu untuk menyiram pokok-pokok bunganya.

20. Perbuatan yang dilakukan Jamal dengan surat-surat khabar itu adalah membawanya ke pusat kitar semula di kolong bloknya.

21. Satu sifat Jamal adalah bertanggungjawab. Satu bukti untuk menyokong jawapan saya adalah Jamal mahu surat-surat khabarnya dikitar semula.

22. membazir


T3P5

17. menjadikan tubuh kita kuat dan sihat (2) serta membuat otak kita cerdas (2).

18. Perbuatan yang sedang Suhana lakukan pada malam itu adalah menaip di komputernya (2). ATAU menyelesaikan ulasan buku yang diberikan sebagai kerja sekolah (2).

19. Sebab Suhana bergegas ke arah tingkap biliknya adalah dia terhidu bau asap (2).

20. Sebab anak bongsu Pak Cik Rahman dikejarkan ke hospital adalah dia mengalami sesak nafas akibat terhidu asap yang tebal (2).

21. Bukti bahawa ayah Suhana seorang yang baik hati adalah dia mempelawa Pak Cik Rahman sekeluarga tinggal di rumahnya untuk beberapa hari (2). ATAU menelefon bomba (2). 

22. letih

No comments:

Post a Comment