Saturday, July 26, 2014

Karangan Darjah 6BM (2014) - Karangan Terbaik 6

(Salin pada kertas A4, pena dakwat hijau: Indra, Sheikh, Adrieana dan Edlan sahaja. Yang lain, buat pembetulan berdasarkan karangan sendiri.)

_____“Amir, suara siapakah itu? Mungkin ada orang yang perlu pertolongan kita,” aku berkata kepada Amir, kawanku.

_____Pada hari Ahad yang lalu [1B], aku dan Amir [2S] berbasikal di pantai yang berdekatan pantai East Coast  [3M]. Kami berdua bagai isi dengan kuku sejak kecil.  Tiba-tiba [4M], aku terkejut [5B] kerana terdengar jeritan yang kuat [6A]. Aku dan Amir berfikir, siapakah yang perlukkan pertolongan?

_____“Alamak! Amir, ada seorang budak perempuan yang lemas! Apakah yang patut kita buat?” aku bertanya kepada Amir dengan nada yang cemas.

_____Sejurus kemudian [1B], aku dan Amir [2S] berada di tempat kejadian itu. [3M] Kami berdua ternampak seorang budak perempuan yang lemas.  Degupan jantungku semain cepat lalu aku mula berasa cemas [5B] kerana sedang mencari jalan untuk menyelamatkan budak perempuan itu [6M].

_____“Afiq, engkau pergi telefon anbulans manakala aku pergi untuk menyelamatkan perempuan itu,” Amir berkata kepada aku lalu aku menganggukkan kepalaku menandakan aku setuju kepada Amir.

_____Tanpa membuang masa, [1B] Amir [2S] membuat keputusan untuk menyelamatkan perempuan itu [3A]. Amir terjun ke dalam laut [4M]. Amir memerah tenaga untuk menyelamatkan perempuan itu [5B] kerana dia tahu bahawa dia sepatutnya menolong perempuan itu [6M].

_____“Afiq! Sini, cepat!” Amir memanggil namaku.

_____Apabila [1B] Amir tiba di darat [2M] dengan perempuan itu, aku dan seorang lelaki [3S] yang mengaku bahawa dia seorang doktor berlari ke arah Amir. Lelaki itu terus memberikan bantuan pernafasan kepada budak perempuan itu [4A]. Aku dan Amir mula berasa risau [5B] kerana kami ambil berat terhadapnya [6m].

_____“Amir! Ambulans sudah tiba!” aku berteriak.

_____Akhirnya [1B], ambulans tiba [2a] di tempat kami [3M]. Paramedik membawa budak perempuan itu ke dalam ambulans. Kami bertiga [4S] lapang dada [5B] kerana perkara tersebut sudah selesai [6M].

_____“Akhirnya, selesai masalah ini,” Amir berkata kepadaku.

_____Selepas [1B] ambulans beredar dari tempat itu [2M], kami berdua [3S] besar hati [4B] kerana dapat menolong orang pada hari itu [5M]. Kami pun pulang ke rumah untuk berehat [6A].

_____“Selamat tinggal Afiq. Jumpa lagi!” Amir berkata lalu berjalan pulang.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Muhammad Idris Bin Mohammad Asrin
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi – 18
Bahasa – 18

Ulasan guru:

No comments:

Post a Comment