_______“Kakak tolong jaga
adik, ya,” kata ibu kepada anak sulungnya.
_______Pada hari Sabtu lalu, 7
pagi (1B), ibu hendak pergi ke pejabat (2A). Di pintu utama rumah (3M), ibu
berpesan kepada kakak agar menjaga adik lelakinya (4S). Mereka pula kelihatan gembira
(5B). Ibu tahu bahawa kakak ialah seorang kakak yang selalu ambil berat
terhadap adiknya (6M).
_______ “Ya, ibu,” kakak
menjawab sambil tersenyum.
_______Selepas 30 minit (1B),
kakak berjalan ke arah dapur (2M). Dia hendak memasak sesuatu untuk adiknya
(3S) kerana adik berasa lapar (4A). Mereka pula ada
akal untuk membuat mi segera (5B). Kakak berbuat sedemikian kerana dia
tidak mahu adiknya berasa lapar (6M).
_______“Adik tunggu sekejap,
ya,” kakak berkata.
_______Semasa menunggu air
mendidih(1B), kakak (2S) membaca buku cerita (3A) di bilik tidurnya (4M).
Tiba-tiba, dia berasa mengantuk (5B) kerana penat memerah
otak pada malam semalam (6M). Dia pun tertidur.
_______ “Aduh!” adik menjerit
kesakitan.
_______Tiba-tiba (1B), adik menjerit kesakitan (2A). Kakak terbangun lalu bergegas ke dapur (3M). Apabila
ternampak adik (4S), kakak kelihatan cemas (5B). Dia berasa terperanjat lalu cari jalan (6M) untuk menyelesaikan perkara
itu.
_______“Tolong! Tolong! Mak Cik
Su, adik saya tercedera,” kata kakak kepada jirannya.
_______Beberapa minit kemudian
(1B), jiran mereka, Mak Cik Su (2S), duduk di ruang tamu (3M) bersama adik dan
kakak. Adik sedang dirawatnya (4A) kerana tangan adik melecur disebabkan
terkena air panas. Mak Cik Su pula tahan hati
membubuh ubat (5B) kerana tidak mahu adik berasa takut (6M).
_______“Tahan lagi sikit ya
adik,” Mak Cik Su berkata.
_______Selepas itu (1B), kakak
mengucapkan terima kasih kepada jiran mereka (2A). Kakak (3S) besar hati terhadap pertolongan Mak Cik Su
(4B). Mak Cik Su pun tersenyum di ruang tamu itu (5M). Tanpa pertolongan Mak Cik
Su, kakak tidak tahu apa yang hendak dilakukannya (6M).
_______ “Terima kasih, Mak Cik
Su!” kakak dan adik berkata serentak.
No comments:
Post a Comment