Thursday, May 8, 2014

Karangan Darjah 6BM (2014) - Karangan Terbaik 5


_______“Kakak tolong jaga adik, ya,” kata ibu kepada anak sulungnya.

_______Pada hari Sabtu lalu, 7 pagi (1B), ibu hendak pergi ke pejabat (2A). Di pintu utama rumah (3M), ibu berpesan kepada kakak agar menjaga adik lelakinya (4S). Mereka pula kelihatan gembira (5B). Ibu tahu bahawa kakak ialah seorang kakak yang selalu ambil berat terhadap adiknya (6M).

_______ “Ya, ibu,” kakak menjawab sambil tersenyum.

_______Selepas 30 minit (1B), kakak berjalan ke arah dapur (2M). Dia hendak memasak sesuatu untuk adiknya (3S) kerana adik berasa lapar (4A). Mereka pula ada akal untuk membuat mi segera (5B). Kakak berbuat sedemikian kerana dia tidak mahu adiknya berasa lapar (6M).

_______“Adik tunggu sekejap, ya,” kakak berkata.

_______Semasa menunggu air mendidih(1B), kakak (2S) membaca buku cerita (3A) di bilik tidurnya (4M). Tiba-tiba, dia berasa mengantuk (5B) kerana penat memerah otak pada malam semalam (6M). Dia pun tertidur.

_______ “Aduh!” adik menjerit kesakitan.

_______Tiba-tiba (1B), adik menjerit kesakitan (2A). Kakak terbangun lalu bergegas ke dapur (3M). Apabila ternampak adik (4S), kakak kelihatan cemas (5B). Dia berasa terperanjat lalu cari jalan (6M) untuk menyelesaikan perkara itu.

_______“Tolong! Tolong! Mak Cik Su, adik saya tercedera,” kata kakak kepada jirannya.

_______Beberapa minit kemudian (1B), jiran mereka, Mak Cik Su (2S), duduk di ruang tamu (3M) bersama adik dan kakak. Adik sedang dirawatnya (4A) kerana tangan adik melecur disebabkan terkena air panas. Mak Cik Su pula tahan hati membubuh ubat (5B) kerana tidak mahu adik berasa takut (6M).

_______“Tahan lagi sikit ya adik,” Mak Cik Su berkata.

_______Selepas itu (1B), kakak mengucapkan terima kasih kepada jiran mereka (2A). Kakak (3S) besar hati terhadap pertolongan Mak Cik Su (4B). Mak Cik Su pun tersenyum di ruang tamu itu (5M). Tanpa pertolongan Mak Cik Su, kakak tidak tahu apa yang hendak dilakukannya (6M).

_______ “Terima kasih, Mak Cik Su!” kakak dan adik berkata serentak.

Darjah 6 2014 - Latihan Kefahaman Mendengar 2

Selamat sejahtera Cerdik,

Saay sudah muat naik bahan Kefahaman Mendengar dalam akaun Cybermelayu kamu.

Ada dua bahan. Cubalah kedua-duanya. 

Selamat maju jaya!

Tuesday, May 6, 2014

Karangan Darjah 3 (2014) - Karangan Terbaik 5



_____Pada hari Sabtu lalu, 8 malam, ada seorang wanita berjalan di sebuah pasar malam. Dia hendak membeli sesuatu. Ada seorang lelaki berdiri di belakangnya. Wanita itu tidak tahu bahawa lelaki itu berada di belakangnya. Wanita itu kelihatan gembira kerana ingin membeli sesuatu. Dia tidak tahu lelaki itu keras hati berniat jahat.

_____Tiba-tiba, lelaki dan wanita itu berhampiran. Lelaki jahat itu meragut beg wanita itu. Orang ramai terperanjat melihat lelaki itu meragut beg wanita itu. Dia berlari di depan sebuah gerai. Lelaki itu muka tembok kerana dia mahu wang tanpa bekerja.

_____Lima minit kemudian, polis, seorang saksi dan penjahat itu berlari di ruang pejalan kaki. Penjahat itu cari jalan untuk melarikan diri tetapi polis berjaya menangkapnya. Polis memulangkan beg itu kepada wanita itu.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Izz'raul Azzraei Bin Idie Afdah
3 Achieving
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - tiada
Bahasa - tiada

Ulasan guru:
+ isi tersusun
- sepatutnya ada 4 perenggan dan 4 peribahasa

Monday, May 5, 2014

Karangan Darjah 6BML (2014) - Karangan Terbaik 5


_____Sebaik-baik sahaja tiba [1B] di rumah, [2M] Indera [3S] ternampak adik perempuannya mengeluarkan beberapa keping wang kertas $10 [4A] daripada dompet bapanya. Indera berasa hairan [5B] atas perbuatan adiknya itu [6M]. Indera selalu ambil berat terhadap adiknya. Dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada adiknya tentang apa yang sedang dia lakukan.

_____Indera bertanya, "Adik! Adik! Abang sudah balik! Adik buat apa? Adik ingin mencuri, ya?" (dialog dramatik B)

_____Adiknya tersentak. Kemudian, [1B] dia meletakkan kedua-dua tangannya di belakang badannya. Adik [2S] kelihatan amat cemas [3B]. Adik kelihatan seperti sedang cari jalan untuk menyembunyikan wang kertas $10 itu. Ruang tamu [4M] kesunyian. Indera tidak mampu mengatakan apa-apa kerana terlalu hairan [5M]. Indera mengesyaki bahawa adiknya ingin mencuri duit itu [6A].

_____"Adik! Apa telah adik lakukan? Baik, adik beritahu abang sekarang juga! Kalau tidak, abang beritahu ibu!" ugut Indera kepada adiknya. (dialog dramatik A)

_____Kemudian, [1B] adik mengeluarkan wang  kertas $10 yang telah disembunyikan [2A]. Adik mula menangis. Muka Indera merah padam. Indera marah akan perbuatan adiknya yang tidak lurus akal [3B]. Indera [4S] bertanya kepada adiknya apa yang telah dia lakukan. Adik hanya membisu. Indera, yang berasa sangat kasihan terhadap adiknya yang sedang menangis itu, menghampirinya [5M]. Ruang tamu itu masih sunyi [6M].

_____Indera bertanya, "Adik, kenapa adik menangis? Abang tidak marah. Abang hanya ingin adik bercakap benar." (dialog dramatik B)

_____Tiba-tiba, [1B] adik berhenti menangis [2A]. Dia memberikan wang kertas $10 itu kepada abangnya [3S]. Adik menceritakan niatnya. Adik memberitahu Indera bahawa dia ingin membelikan hadiah untuk dia di pusat membeli-belah [4M] sempena hari lahir abangnya [5M]. Indera berasa terharu [6B]. Dia berasa besar hati terhadap keprihatinan adiknya.

_____"Oh, begitu, ya! Lain kali, tidak perlu membelikan abang apa-apa. Keluarga kita susah. Seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak perlu adik belikan apa-apa. Pulangkan duit itu," nasihat Indera. (dialog dramatik A)

_____Kemudian, [1B] Adik memulangkan duit itu. Adik [2S] belajar apa yang abangnya nasihati. Adik ingin Indera menyimpan rahsianya itu [3A]. Namun, Indera tidak mahu berbohong. Adik berasa risau [4B]. Akhirnya, Indera setuju untuk menyimpan rahsia adiknya [5M] kerana kasihan akan adiknya [6M]. Indera putih hati memaafkan adiknya.

_____Indera berjanji, "Baiklah. Abang akan menyimpan rahsia kamu." (dialog dramatik B)

_____Tiba-tiba, [1B] adik [2S] meloncat kegembiraan. Dia berasa gembira [3B]. Adik Indera berjanji tidak akan buat begitu lagi 4M]. Adik Indera memeluk Indera [5A]. Kemudian, mereka tertawa [6B]. Adiknya pelajari bahawa jangan ada hati untuk mencuri lagi.

_____"Adik sayang abang!" kata adik. (dialog dramatik A)

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nurfaizah Binte Shariff
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 17
Bahasa - 17

Ulasan guru:
xxx

Sunday, May 4, 2014

Kertas 2 Darjah 6BML (2014) - Set 6 Pembetulan

Peribahasa
1. (5)
2. (8)
3. (2)
4. (4)
5. (7)

Mengedit Teks
1. harapan
2. keturunan
3. dikaitkan
4. dikenali
5. sejk / semenhjak

Melengkapkan Teks
1. (2)
2. (4)
3. (7)
4. (5)
5. (3)

Mengenal Pasti Idea Utama
1. tiada golongan maging di pulau-pulau itu wuang menyashikan .
2. tentang anak-anak biawak/

Kefahaman Subjektif
1. Aisha berasa gembira pada malam itu kerana duit simpanannya sudah cukup (1) untuk dia membeli hadiah bagi guru Bahasa Melayunya (1).

2. Bukti bahawa Aisha seorang anak yang pandai berjimat-cermat adalah dia menyimpan wang sakunya (2) dan terbiasa membawa bekal ke sekolah pada setiap hari (2).

3. Perasaan Kak Lina ketika menceritakan tentang kehilangan duit bukunya itu kepada keluarga adalah sedih (2) kerana matanya merah tanda baru menangis (2). 

4. Dua bukti bahawa ayah dan ibu amat menyayangi Aisha dan Kak Lina adalah mereka bangga akan niat Aisha untuk membeli hadiah Hari Guru (2) dan mereka tidak memarahi Kak Lina walaupun dia kehilangan duit buku (2).

5. Bukti bahawa Aisha sangat prihatin dengan keadaan keluarganya adalah dia sanggup menyerahkan duitnya kepada kakaknya untuk membeli buku (2) dan dia tahu yang keluarganya bukan daripada golongan orang berada (2).

6. Pada pendapat saya perkara yang tidak din elsepa Se

7i.menjeling
7ii. titisan