Thursday, March 6, 2014

Darjah 6 BML 2014 - Karangan Contoh (Pembetulan)

Selamat sejahtera Cerdik,

Salin karangan berikut sebagai pembetulan. Guna dakwat hijau sahaja!        

_____Samad yakin bahawa Kassim akan dimasukkan ke dalam penjara. Sikap Kassim tidak berubah sejak zaman sekolah rendah. Samad hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun, Samad ada hati mahu menasihati Kassim sekali lagi.

_____Kassim memekik lantang, “Sudahlah! Engkau jangan membuang masa mahu menasihati aku. Engkau sendiri pun bukannya betul.” (dialog b)

_____Kassim keras hati kerana dia tidak mahu mempercayai kata-kata Samad lagi. Samad pernah membohongi Kassim. Samad pernah mengambil pena Kassim semasa darjah satu tetapi dia tidak mengaku. (konflik 1)

_____“Aku sudah jelaskan beberapa kali. Aku tidak mengambil pena engkau. Mengapa engkau selalu menuduh aku?” Samad cuba menenangkan Kassim. (dialog a)

_____Kassim mendapat tahu bahawa Samad yang menyimpan penanya kerana Ali yang melaporkan kepadanya. Sebenarnya, Ali seorang murid yang hidung tinggi. Dia tidak suka bercampur dengan kawan-kawan yang tidak setaraf seperti dirinya. (konflik 2)

_____Ali berbisik kepada Kassim, “Betul, Sim. Aku ternampak Mad masukkan pena engkau dalam sakunya semasa engkau pergi ke tandas.” (dialog b)

_____Tiba-tiba, sebatang pena terjatuh daripada saku seluar Ali. Pena itu serupa dengan pena Kassim. Ali mengambil pena itu seperti lipas kudung. Rupa-rupanya, pena itu ada dalam simpanan Ali, bukan Samad. (suspen)

_____“Oh, rupa-rupanya engkau yang mengambil pena aku! Engkau memang pembohong!” herdik Kassim kepada Ali. (dialog a)

_____Ali menjadi cemas. Dia tidak boleh berdalih lagi. Pada waktu itu, Samad muncul lalu berjalan ke arah mereka. Kassim tidak tahan hati lalu menumbuk muka Ali. (klimaks)

_____Samad menahan Kassim lalu berkata, “Sabar, Sim! Sabar.” (dialog b)

_____Akhirnya, samad menerangkan bahawa dia ingin memulangkan pena itu kepada Kassim. Dia memberikan pena itu kepada Ali untuk memulangkannya. Barulah Kassim faham. Dia memaafkan Ali secara putih hati. (peleraian) 

_____"Aku juga meminta maaf daripada kamu berdua. Aku telah salah sangka," Kassim berkata perlahan sambil tersenyum. (dialog a)

Maka, karangan BML kamu wajib mengikut struktur yang telah kamu salin tadi, bagi setiap latihan dan peperiksaan.

Selamat maju jaya!






















No comments:

Post a Comment