Thursday, March 6, 2014

Darjah 6 BML 2014 - Karangan Contoh (Pembetulan)

Selamat sejahtera Cerdik,

Salin karangan berikut sebagai pembetulan. Guna dakwat hijau sahaja!        

_____Samad yakin bahawa Kassim akan dimasukkan ke dalam penjara. Sikap Kassim tidak berubah sejak zaman sekolah rendah. Samad hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun, Samad ada hati mahu menasihati Kassim sekali lagi.

_____Kassim memekik lantang, “Sudahlah! Engkau jangan membuang masa mahu menasihati aku. Engkau sendiri pun bukannya betul.” (dialog b)

_____Kassim keras hati kerana dia tidak mahu mempercayai kata-kata Samad lagi. Samad pernah membohongi Kassim. Samad pernah mengambil pena Kassim semasa darjah satu tetapi dia tidak mengaku. (konflik 1)

_____“Aku sudah jelaskan beberapa kali. Aku tidak mengambil pena engkau. Mengapa engkau selalu menuduh aku?” Samad cuba menenangkan Kassim. (dialog a)

_____Kassim mendapat tahu bahawa Samad yang menyimpan penanya kerana Ali yang melaporkan kepadanya. Sebenarnya, Ali seorang murid yang hidung tinggi. Dia tidak suka bercampur dengan kawan-kawan yang tidak setaraf seperti dirinya. (konflik 2)

_____Ali berbisik kepada Kassim, “Betul, Sim. Aku ternampak Mad masukkan pena engkau dalam sakunya semasa engkau pergi ke tandas.” (dialog b)

_____Tiba-tiba, sebatang pena terjatuh daripada saku seluar Ali. Pena itu serupa dengan pena Kassim. Ali mengambil pena itu seperti lipas kudung. Rupa-rupanya, pena itu ada dalam simpanan Ali, bukan Samad. (suspen)

_____“Oh, rupa-rupanya engkau yang mengambil pena aku! Engkau memang pembohong!” herdik Kassim kepada Ali. (dialog a)

_____Ali menjadi cemas. Dia tidak boleh berdalih lagi. Pada waktu itu, Samad muncul lalu berjalan ke arah mereka. Kassim tidak tahan hati lalu menumbuk muka Ali. (klimaks)

_____Samad menahan Kassim lalu berkata, “Sabar, Sim! Sabar.” (dialog b)

_____Akhirnya, samad menerangkan bahawa dia ingin memulangkan pena itu kepada Kassim. Dia memberikan pena itu kepada Ali untuk memulangkannya. Barulah Kassim faham. Dia memaafkan Ali secara putih hati. (peleraian) 

_____"Aku juga meminta maaf daripada kamu berdua. Aku telah salah sangka," Kassim berkata perlahan sambil tersenyum. (dialog a)

Maka, karangan BML kamu wajib mengikut struktur yang telah kamu salin tadi, bagi setiap latihan dan peperiksaan.

Selamat maju jaya!






















Tuesday, March 4, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Kefahaman Subjektif 6A (halaman 38)

Salam sejahtera Cerdik,

Berikut ialah jawapan bagi Kefahaman Subjektif, Buku Mekar 6A, halaman 37 (petikan tentang Gua Duyung):

Kahkahkah! Anjot Boboi!

Sudahkah kamu selesai tugasan sebelum menyemak jawapan? Betulkah? Tidak elok membohongi diri sendiri.

Jika jujur, semak jawapan berikut. Buat pembetulan jika perlu.

1. Perkara yang menyebabkan rakan-rakan Yasin benar-benar mahu ke Gua Duyung adalah gua itu penuh misteri (2).

2. Pak Hamid melarang Yasin dan rakan-rakannya pergi ke Gua Duyung kerana dia tidak mahu mereka ditimpa kemalangan (2).

3. Yasin tidak dapat melelapkan mata kerana dia sukar membuat keputusan sama ada menuruti nasihat Pak Hamid (2) atau meneruskan rancangannya (2).

4. Saya berpandangan bahawa keputusan yang harus diambil oleh Yasin adalah tidak meneruskan pengembaraan (2) kerana berbahaya (2). [soalan seperti ini tidak akan keluar semasa PSLE kerana jawapan tidak ada dalam petikan]


Selamat maju jaya untuk peperiksaan BM esok! Ulang kaji petua-petua dan nota-nota yang saya berikan. Setiap usaha wajib dialaskan dengan doa agar mendapat berkat.


Monday, March 3, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Kefahaman Subjektif 6A (halaman 15)

Salam sejahtera Cerdik,

Berikut ialah jawapan bagi Kefahaman Subjektif, Buku Mekar 6A, halaman 15:

Sudah selesai sebelum semak jawapan? Betulkah? Tidak elok membohongi diri sendiri ... Jika jujur, semak jawapan berikut. Buat pembetulan jika perlu.


1. Jeneral Xian Yu ialah pemimpin puak Chu (2).


2. Jeneral Xian Yu hendak menyerang Kota Waihuang kerana dia hendak membalas dendam  terhadap Jeneral Liu Bang (2) yang telah memalukan puaknya (2).


3. Perkara yang menyebabkan Jeneral Xian Yu berasa marah apabila ketua askar datang menghadapnya adalah kota Waihuang telah dapat ditawan tetapi Jeneral Liu Bang dan pasukannya tidak dapat ditemui (2) kerana telah dapat melarikan diri (2).


4. Tindakan Jeneral Xian Yu selepas mendengar bahawa Jeneral Liu Bang tidak dapat ditangkap adalah mengumpulkan semua lelaki kota Waihuang dari umur lima belas tahun ke atas (2) untuk dihukum mati (2).


5. Nangxin datang menghadap Jeneral Xian Yu kerana dia hendak bertanya Jeneral Xian Yu sebab dia ingin membunuh seluruh penduduk lelaki kota Waihuang dari umur lima belas tahun ke atas (2).


6. Saya berpendapat bahawa perbuatan Nangzin menghadap Jeneral Xian Yu wajar kerana dia menggunakan kecerdikannya (2) untuk menyelamatkan semua tawanan (2).


7a. pertengkaran



7b. memeriksa dgn tujuan mendapatkan sesuatu / menyelongkar

7c. berasa pelik / berasa ganjil

Selamat maju jaya untuk peperiksaan BM esok! Ulang kaji petua-petua dan nota-nota yang saya berikan. Setiap usaha wajib dialaskan dengan doa agar mendapat berkat.